Monday, October 31, 2011

Lan A To Z kahwin lagi


Lan kahwin lagi setelah membujang beberapa tahun. Isterinya dulu cantik jelita. Namanya Marcella. Mereka ada tiga orang anak yang comel. Kini dia bersama-sama anaknya telah tinggal di England. Buka perniagaan kecantikan. Rezeki ada di mana-mana.

Lan A To Z telah solo selama 4 tahun. Namun dia masih menyanyi. Jodohnya masih ada dan akan berkahwin pada 11 November 2011. Dia bertemu seorang gadis muda dan cantik juga. Berusia 24 tahun. Namanya Siti Nur Ain Daut.

Kedua-dua keluarga merestui hubungan mereka. Itu le yang terbaik. Mereka akan bernikah di masjid Kuala Kubu Bharu jam 11 pagi. Mereka juga bersanding di Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia, Rawang Selangor jam 11 jam. Angka 11.11.11 itu amat mendebarkan Lan A Ti Z yang kini berusia 42 tahun.

Dia akan menempuh penghidupan baru. lepas kahwin kononnya mereka akan melawat anak-anaknya di England. Bagus jugak jika cam tu. Cuma apa pulak perasaan mercella. Dia berfikiran terbuka tentunya...harap2 gitu le

Abby dan Zul apa dah jadi?


Apa dah jadi cinta abby abadi dan zul berbadan sasa tu? Tup tup gempar di akhbar hubungan cinta mereka bermasalah. Abby pula mencurahkan perasaannya dalam blog. Dah tentu ramai membacanya. Apa lagi senang le beritanya tersiar.

Namun aku kurang setuju dengan tindakan Abby tu. Ia kurang manis kerana menghebahkan kat internet. Tentu sebarannya antarabangsa. Yang tak sedapnya tu dia seorang wanita. Seolah2 dia menagih simpati. Wajarnya dia buat am tu? Apa yang aku tau takat ini Zul tak pernah pun mengaku dia mencintai Abby. Apakah Abby bertepuk sebelah tangan? Atau Zul belum bersedia untuk terikat?

Usah le menghebah2kan kesah2 diri. Abby pun penuh jaga imej. Alangkah malunya jika anak2nya boleh membaca curahan rasa keciwanya. Sepatutnya Abby dan Zul berbincang secara tertutup bukan diluahkan di internet. Pandai2lah bawa diri di maya ini. Nanti apa orang kata pulak tentang diri Abby tu!!!! Abby ibu tunggal. Jadi faham2 saja le.

Zul pulak semakin popular. Nama kian meningkat. Dia pun berbakat. Ada stail jaid hero. Cuma memang Abby yang banyak ketengahkan Zul. Lebih2 lagi ketika dia baru berpisah dengan Norman Hakim dulu. Dia kerap kemana2 dengan Zul. Apakah motif Abby ketika itu? Adakah dia nak tunjuk kepada bekas suaminya bahawa dia mampun mendapat seorang lelaki yang segak, muda dan bergaya? Sedangkan ketika itu dia baru saja bercerai. Cuma dia saja yang tahu di sebalik tindakan itu.

Abby seolah merayu pada Zul. Dia sedia dihubungi jika Zul susah. Baiknya hati si Abby ni....

makanan emak di kampung



Memang emak di kampung telah lama mengamalkan makanan kurang lemak. Dia selalu masak cara rebus saja. Jadi tip mengurangkan pengambilan makan yang berminyak dan bergoreng telah dilaksanakan. Ketika itu saya tidak terfikir pun itulah tip kurangkan lemak. Cuma alasan emak dia tidak suka makan berminyak.

Manakala emak juga suka makan betik. Sebiji betik (sederhana kecil) boleh abis dimakannya. Di awal pagi lagi dia sudah makan betik. Betik pula boleh dipetik di sekeliling rumah. Memang asli. Tidak diperap. Apa lagi menggunakan ubat pemerap. Alasan emak makan betik baik untuk melawaskan.

Sayuran pulak ditanam sendiri. Sesekali rebung dicari. Masakpun cuma ditumis dengan sedikit minyak saja. Pucuk ubi dan pucuk betik jadi ulam. Begitu juga dengan ulam raja, daun pegaga dan pucuk gajus. Sambal belacan yang sedang2 pedasnya sudah cukup.

Ikan pun emak rebus. Sesekali dibakar. Makan dengan sambal kicap dan campur bawang dan cili. Emak tidak selera makan ikan goreng. Kebetulan ikan di kampung harganya sederhana. Jadi kerap beli ikan putih, merah dan tongkol. Sesekali beli ikan kembung, kerusi dan ikan uji rashid.

Aduhai....emak telah lama makan dan masak mengurangkan lemak

Wanita dan haid

Mari kita hayati....bermula usia 30 ke atas, hormon wanita mula mengalami perubahan berbanding sebelumnya. Ia semakin ketara di ketika usia 40-an yang menunjukkan tanda-tanda menopaus. Usah risau kerana ia proses kehidupan seorang wanita.

Yang nyata ialah berlaku kitaran haid yang tidak menentu. Malahan ada yang berlebihan. Pasti ada yang takut dan risau keadaan ini. Apa lagi ia cukup mengganggu aktiviti seharian.

Ada juga yang mengalami kesakitan ketika haid, rasa pening disebabkan anemia, sesak nafas dan sakit kepala. Nah! bayangkan jika setiap haid mengalami simptom demikian. Maka, pasti ia mengganggu aktiviti dan mood seharian. Mulalah jadi pemarah. Ada ketikanya merajuk pada perkara yang bukan2.

Menurut Dr. Haw Wan lye biasanya wanita mengalami haid berlebihan itu berbeza peringkatnya. Ada wanita yang terkena di usia 30 hingga 45 tahun . Ia jugak disebabkan beberapa perkara yang berkaitan dengan perjalanan hidup seseorang wanita itu.

Sumber: Ruang Kesihatan M2 Mingguan Malaysia

Kurangkan lemak


Dengar saja lemak banyak aku jadi risau. Kesihatan bisa terganggu disebabkan kewujudan lemak dalam badan. Lemak itu hadir dalam badan tidak kira orang kurus atau gemuk. Memang amat membahayakan.

Apa itu lemak? Lemak merupakan nutrien yang membekalkan tenaga dan membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K. Tapi awas! pengambilan lemak yang berlebihan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan.

Apa kesan lemak?

Mari kita tengok sejenak pengambilan lemak yang berlebihan:

- meningkatkan berat badan
- meningkatkan paras kolestrol dalam darah
- meningkatkan risiko penyakit kronil seperti
- penyakit jantung
- diabetes
- beberapa penyakit kanser


TAKUT!!!!!!!!!!!
AWASILAH LEMAK BERLEBIHAN!!!!!!

Dia pun pergi

Yang datang dan pergi silih berganti. Pergi bukan bererti benci. Ada kenangan ditinggal. Malah pengalaman pun ada. Bah kata pepatah tempat jatuh dikenang inikan pula tempat mencari rezeki. Sdr Ahmad Nazri Ahmad Tarmizi akhirnya dapat kerja yang lebih baik. Memang dia akui jika boleh mau terus bekerja dengan UKK KKM tapi apa boleh buat ada yang lebih baik.

Dia pun pergi dengan meninggalkan suasana kerja dan kekawan yang dikenalinya lebih setahun yang lalu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pilihan perlu dibuat dengan beberapa sebab. Tempat kerja baru dekat dengan rumah. Ada penjimatan di situ.

Segala khidmat dan jasanya tetap terpahat di UKK. Perkara ini kerap aku hadapi. Begitu juga ketika di KPKK. Beberapa kekawan dapat kerja lain (biasanya jawatan tetap). Mereka dengan sedih dan gembira menerima kerja yang ditawarkan. Namun aku tetap gembira sebab mereka dapat kerja tetap. Rezeki diberikan_Nya.

Salam buat yang kerja sementara. Sabar selalu...moga akan beroleh kerjaya yang lebih baik dan menjamin masa depan ye...

Sunday, October 30, 2011

Redah saja - mana ilmunya?

Kena ingat jangan main redah saja jika berkunjung ke tempat orang. Siapa le kita sesuka hati mau datang gitu saja. Bila nak datang ke rumah orang mesti kena gitau takut tak ada rumah. Lebih penting takut dia tak terima kita datang.

Gitu juga jika mau berkunjung ke pejabat orang tentunya kena ikut aturan. Hantar surat dulu. Sekurang2nya email dengan maklumat berkenaan. Aku cuba urus unit melawat ke BERNAMA. Mujur le PRO beri tarikh 8 November boleh datang. Orang besar unit aku terima cadangan itu. Awal pagi tadi dia gitau mau pegi dua orang saja. Katanya buat apa mau datang ramai2. Tujuan datang mau jual produk. Besar sangatkah produk itu? Alamak tuan...pegi macam tak serius saja ni...

Baru nak mula ni katanya. Jika hasil ok dan BERNAMA mau bahan mereka boleh call sendiri bahagian2 berkenaan. Memang luar biasa pendapat ini. Siapa le kita minta itu dan minta ini. Berpengaruh besarkah kita ini? Alahai....komunikasi masalah jika macam ni. Matilah aku....

Aku terkejut. Rasa hilang arah seketika. BERNAMA kata kementerian ini tak pernah melawat. Jadi kena bawa pegawai2 lain. Jika datang dua atau tiga orang saja tidak berbaloi. Tuan rumah pun pelik nanti. Mereka bersedia menyambut tetamu tapi berlaku sebaliknya. Apa punya cerita le ni...

Fail dulu fail sekarang

Hari ini Isnin memang macam2 datang. sesekali ada tekanan. Ada saja timbul masalah. Aduii...susah susah susah! Rasa semuanya seperti lepaskan batuk di tangga. Masing2 menyalah pada yang lalu. Kononnya cuma meneruskan saja keja2 berkenaan. Tuhan bagi akal fikiran. Sia-sia jika tidak digunakan sepenuhnya.

Pagi ini pasal fail timbul lagi. Keadaan fail kelam kabut. Nak cari surat atau bahan lepas amat susah. Malahan mungkin fail yang ada di Unit ini tidak berdaftar di Bahagian berkenaan. Main buka saja. Agaknya kebanyakan surat masuk dalam fail am. Teruk le jadinya.

Pegawai ramai. Memang pintar dan pandai semuanya. Namun sayangnya...tak mahu memberi pendapat. Kata seorang pegawai itu, mereka tak mahu dikatakan memandai2. Kenapa anggap seperti itu? Macam pasif pulak! Mereka sudah ada pengalaman. Pengetahuan pun pasti banyak. Ilmu jugak. Bersuara le...demi kebaikan

Aku baru beberapa jam. Memang tak mampu menjadikan hasil keja beratsu2 jam. Macam2 kena tengok. Niat untuk kebaikan bersama. Mahu tengok Unit terserlah. Ketika bincang dengan seorang KPSU ternyata unit ini tidak senarai failnya dalam rekod mereka. Jadi tak terbukti unit ini buat keja...

Fail itu penting. Semua surat mesti masuk fail ikut peraturannya. Mesti ada nombor masuk dan nombor keluar. Bila mau cari senang jumpa.

Salam fail..

Thursday, October 27, 2011

Menjejak kemiskinan

Alangkah bersyukurnya jika rezeki banyak. Mau makan apapun boleh dibeli. Jika melancong rezeki masih berlebih jugak. Segalanya bahagian masing2. Yang penting usaha dulu lepas bertawakal. Namun bagaimana dengan mereka yang memang hidup susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Memang amat memedihkan.

Begitulah bila kemiskinan menimpa. Ada yang menyatakan miskin itu diwarisi. Takat mana kebenarannya agak kurang tepat. Ini disebabkan sebuah keluarga yang miskin akan berubah jika ada di kalangan anaknya berjaya dalam pelajaran. Kehidupan miskin atau susah ini di mana2 pun ada.

Yang nyata miskin di bandar lebih sukar dikesan. Siapa sangka di tengah2 kepesatan kota yang serba canggih dan mewah masih ada golongan miskin. Mereka kesempitan hidup dan serba kekurangan. Ada juga anak2 tidak terurus. Selain itu keadaan sekitar tempat tinggal tidak bersih. bau persekitaran kurang enak dan kemudahan awam tidak teratur.

Biasanya pangsapuri kos endah yang secara puratanya 15 tingkat diduduki mereka yang kurang mampu. kebanyakan lif rosak dan tangganya pula tidak berpalang dan kotor. Sekali pandang memang tidak larat tengok apa lgi tinggai di kawasan berkenaan. Tetapi disebabkan keperitan hidup dan bah kata pepatah ala bisa tegal biasa.

Mereka ini perlu dibantu. Badan kerajaan dan NGO hendaklah melawat kawasan yang bagai tidak berpenghuni ini....

Apakah makna sepi itu?

Kenapa bulan oktober berlalu sepi? Sedangkan ada program penuh makna. Adakah memang orang-orang sekarang tidak prihatin atau tidak gemar dgn program itu? Siapa yang boleh menjawab?

Adakah anda semua ingat atau tau bahawa bulan Oktober adalah Bulan Bahasa? Jika tidak tau apa sebabnya? Sedangkan banyak program disusun dan dilaksanakan. Semuanya untuk memartabatkan bahasa Melayu yang terpetri dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan.

Kementerian Penerangan Komuniksi dan Kebudayaan telah menyusun atur program khusus untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. Sayangnya orang yang datang di kalangan kelompok yang sama saja. Begitulah setiap tahun. Kita asyek2 tengok budak sekolah, pelajar universiti dan mereka yang aktif dalam bidang sastera dan budaya. Kenapa begitu jadinya? Seolah2 sasaran cuma mereka yang berkenaan saja. Mana dia NGO2 yang bersuara lantang? Rasa malukah mendaulatkan bahasa Melayu?

Sepi itu datang sebab memang ramai yang tidak hiraukan pendaulatan bahasa kebangsaan ini. Tidak dinafikan di kalangan orang Melayu sendiri tidak mengambil berat terhadap bahasa Melayu. Terdapat juga orang Melayu lebih megah dan selesa menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa melayu. Ada yang beranggapan jika mau terkenal, maju dan dihormati mesti berbahasa Inggeris. Sedih bunyinya tapi kenyataannya demikian.

Perlu dinyatakan terlalu sedikit kaum bukan Melayu yang mau dan bangga berbahasa Melayu. Mereka tidak ada semangat kepunyaan. Ini amat berbeza dengan suasana perjuangan bahasa Indonesia. Di sana semua diwajibkan menggunakan bahasa Indonesia dan begitu juga dengan nama- semuanya nama Indonesia. Andainya perkara ini dipratikkan di Malaysia ramai le terasa jatuh klas dan sebagainya.

Sikap acuh tak acuh rakyat Malaysia negara ini menyebabkan bahasa kebangsaan sudah kehilangan jiwanya. Untuk bangkit dan berikan semangat dan jiwa bukan kerja mudah. Pastinya mereka mempunyai pengaruh dan kuasa yang boleh bangkitkan bahasa itu di tempatnya sepeti zaman dahulu. Ramai tahu bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua frangka. Punya tinggi pencapaiannya. Ia menjadi bahasa perdagangan ketika kegemilangan Negeri Melaka. Bahasa Melayu dihayati semasa Zaman Pedagang2 China di Melaka.

Jika dipandang sepintas lalu Malaysia mudah untuk memantapkan bahasa Melayu jika semua kaum berkerja sama dan sedar bahawa mereka perlu melelakkan kepntingan Bahasa Melayu. Hendaknya pelbagai kaum bersatu untuk memajukan bahasa pusaka intu. Itulah perjuangan sebenarnya.

tahi lalat punya cerita

Macam2 cerita tentang tahi lalat ni. Tak usaha terlalu percaya. Apa lagi menjadi risau jika ada tahi lalat di mana2. Mungkin segalanya kebetulan. Ada tahi lalat kononnya pembawa tuah dan menjadi pemanis. Tahi lalat juga sebagai tanda lahir (jika sazinya besar). Malah juga orang suka buat tahi lalat palsu. Kenapa? Di mana? Mengapa jadi cam tu? Mereka yang berkenaan saja tau jawabannya.

Gini...kononya tahi lalat kat telapak atau kawasan kaki menyebabkan seseorang itu suka berjalan. Dengan kata lain ada kegemaran untuk melancong. Manakala tahi lalat kat kepala kononnya orang itu pintar atau pandai. Orang yang punya tahi lalat di belakang leher akan tanggung suami (bagi wanita). Tahi lalat di bawah mata menyebabkan seseorang itu mudah menangis. Ada juga menyatakan mereka yang punya tahi lalat di bibir menunjukkan dia banyak bercakap. Manakala tahi lalat di kawasan dagu atau di bawah bibir menjadi pemanis pulak!

kerana kari pap tinggal sebiji

Kerana kari pap tinggal sebiji kami tak datang lagi.... dia pun rugi. what to do? bukan aku yang minta tapi dia yang bagi alasan cam tu.

Bila nampak saja gerainya terus ingat dan jadi sebutan. ada sebiji lagi belum laku. belum boleh goreng. begitulah alasan wanita berbadan kecil itu dengan selamba. Kuih kari pap di gerainya cantik buatan. aku memang suka makan kuih kari pap. emak saya dulu pembuat dan penjual kuih lama itu.

Terdapat beberapa gerai di hentian seri kembangan itu. aku dan suami kerap singgah selepas waktu kerja. kawasannya bersih. kebetulan jugak surau yang ada di situ begitu selesa. kami selalu makan petang di situ. memang kari pap di situ sedap. sup claypot pun sedap!

Lucu memang lucu kerana kari pap tinggal sebiji kmi tidak mau lagi ke gerainya. dia menggelak untuk goreng yang baru. kami mau makan yang panas2. sedap!! mujur le gerai sebelah jugak ada jual kuih itu. maka, kamipun beralih. Kini, setiap singgah di situ mesti teringat 'ada sebiji lagi belum boleh goreng...".

Wednesday, October 26, 2011

Ruth Sahanaya cantik, dulu pemalu


Dia pemalu dan tidak yakin dengan diri tapi itu dulu. Dia bertuah, cantik dan bergaya. Masih gantang. Suaranya merdu. Selama 25 tahun dalam industri seni. Dia masih bertahan sebagai penyanyi tersohor Indonesia. Namun sang suami, Jeffry adalah penyokong kuat kerjayanya. Mereka berkahwin pada tahun 1994. Kini mereka dikurniakan dua orang anak perempuan.

Untuk memantapkan kerjaya seninya. Sang suami mengizinkan Ruth membuat pembedahan plastik untuk payu daranya. Bukan untuk menunjuk2 tapi demi melancarkan kerjaya. Yang penting izin dan restu suaminya.

Ruth berada di negara ini sempena dengan promosi ulangtahun ke-25 tahun dalam bidang seni . Konsert bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat KonvensyenmKuala Lumpur pada 17 Disember 2011.

Dia tersohor dalam bidangnya tapi tidak sanggup menerima gelaran diva. Namun ia berterima kasih kepada media kerana memberi gelaran itu. Kenapa? Beliau ada sebab yang tersendiri. Yang nyata untuk berada di tempat sekarang Ruth telah menempuh pelbagai cubaan yang mencabar.

Tiket RM50 membebankan


Apa sudah jadi? Tiket bola pun naik harga. Kenaikannya pun agak tinggi. Seolah2 yang tengok bola itu golongan yang memang duit banyak. Tapi anggapan itu salah sama sekali. Penyokong dan peminat bolasepak di negara ini adalah mereka yang berpendapat sederhana. Ternyata benar harga itu membebankan rakyat. Memang betul cadangan Menteri belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya harga itu diturunkan.

Piala Malaysia sekian lama diadakan. Namun perlawan akhir antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini betul2 catat sejarah sendiri. FAM langsung tak terima cadangan dan bantahan pasal harga tiket itu. Apakah tujuan mereka? Mereka mau penonton atau mereka mau RM50? Ye FAM ada kuasa dalam hal ini. Suka hati mereka le.

Mungkin juga Piala Malaysia musim ni bertarung di stadium yang mahal sewanya? Sebabnya FAM menyatakan RM50 itu untuk menanggung kos termasuk bayaran kepada stadium.

FAM perlu fikir2kan ye. Jangan samapi disebabkan tiket bolasepak slogan 1Malaysia dilanggar. Rakyat terbeban bukan didahulukan ini....

Monday, October 24, 2011

Kota Bangkok ditawan banjir


Musibah. Musibah! Musibah! Nah! Kota Bangkok ditawan banjir. Banjir bermula di utara Thailand. Kini banjir telah memusnah Thailand dan penduduknya hingga ke selatan.
Beratus2 kenderan terperangkap di kota Bangkok. Lebih 40 daripada 78 wilayah di Thailand ditenggelami air. Sebanyak tujuh kawasan perindustrian tenggelam. Ia menjejaskan hampir 400,000 pekerja. Manakala 75 jalan raya di kawasan luar bandar juga ditenggelami banjir.

Yang menyedihkan lebih 356 orang terkorban. Tentu ada kehilangan anak, ibu, ayah dan saudara. Banjir dijangka akan berterus sehingga empat hingga enam minggu lagi. Lama lagi tu...macam2 boleh berlaku...

Air boleh menjadi sahabat tapi airnya boleh memudaratkan....

Sunday, October 23, 2011

Bila mayat jadi sasaran

Cuba bayangkan mayat seorang bekas pemimpin seoalh terbiar. Dibekukan dan diletakkan di supermarket untuk tontonan umum. Kenapa begini jadinya? Bagaimana perasaan keluarganya? Di manakah letaknya rasional apa perlu dilakukan untuk mayat? Adakah ia dilakukan demikian kerana Gaddafi dianggap amat kejam? Lalu ramailah yang membalas dendam. Tidak dapat memukul dengan mencemuh mayat pun sudah berbaloi.

Maklumat dibaca Muammar Gaddafi dulunya seorang pejuang. Berjuanglah sehingga berkuasa begitu lama. Kuasa menjadikan dia mungkin lupa diri. Dulu penyokongnya ramai. Namun penyokong jadi pembenci nombor satunya.

Peristiwa Gaddafi wajar diambil ikhtibar. Kuasa itu boleh menjadikan seorang pejuang tersasar jauh. Cukuplah mayat Gaddafi saja jadi tontonan. Cukuplah mayat Gaddafi saja jadi cacian. Biarlah bila mati mayat terus diurus dan disemadikan...

wanita di pintu masjid

Inilah pertama kali aku melihat lagak wanita di pintu masjid bagaikan seorang samseng. Mungkin bukan wanita tempatan. Dia bekerja....tekaanku gitu. Aku hairan dan terkejut...

Gini ceritanya....

Aku duduk di kerusi batu berdepan pintu masjid (pintu masuk untuk wanita) . Ada dua tiga orang lagi ada di situ. Mungkin mereka menunggu seseorang. Aku sedang menanti kawan menunaikan solat Zohor.

Datang seorang wanita bertudung bunga2 . Pakai t-shirt kuning dan seluar panjang berwarna krim. Di dadanya tergantung kad. Mungkin juga pas kerja. Muka dia tidak manis. Tiba2 dia tegur dan bercakap suatu dengan tetamu yang baru datang. Aku kurang jelas apa mereka bualkan. Namun lama2 wanita itu tinggikan suaranya. Ooooh dia marah pasal selipar/kasut diletakkan di tangga masuk ke masjid itu. Aku terus melihatnya...

Wanita itu tak puas hati dengan penjelasan tetamu. Lalu dia menendang semua kasut dan selipar. Semuanya berlonggok di sudut tangga. Mulut dia tak berhenti mengomel. Dia siap menarik perhatian tetamu yang datang tentang notis yang diletakkan di dinding.

"Mana le saya tau . Ini pertama kali saya datang ke sini". balas seorang tetamu wanita lingkungan 40-an. Jawapan itu menjadikan wanita itu lagi kelihatan marah.

Dia nampak ad selipar yang diletak di bawah rak. Dia terus membuangkan selipar itu ke dalam tong sampah bersama beberapa selipar lain yang ada berdekatan. kesian mereka tentu tercari2 di mana perginya selipar atau kasut yang diletakkan di situ. Tentunya timbul tanggapan ada yang mencuri....

Aku perhatikan gelagat wanita itu terlampau. Tidak ada budi bahasa langsung. Mungkin dia diarah untuk kebersihan masjid tapi tindakannya menyebabkan tetamu tersinggung. Berada di pintu masjid tapi lagaknya macam di pintu penjara.

Murni tugasnya menjaga pintu masjid. Menjaga kebersihan. Namun caranya macam samseng sudah tentu Allah SWT pun tidak suka.

Salam dari Masjid Jalan Masjid India...

Amalan untuk sihat

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan????????

KKM menggariskan beberapa prinsip makan secara sihat. Mari ikuti panduan menghidang dan menyediakan makanan, iaitu:-

1. Sajikan jus buah2an atau buah segar untuk sarapan di samping makanan yang disarankan.

2. Sajikan satu atau dua jenis kuih untuk minum pagi dan minum petang mengikut saiz yang disarankan di samping buah2an.

3. Hidangkan kuih muih atau makanan yang tidak mengandungi pewarna tiruan.

4. Sajikan satu jenis makanan berasaskan ikan/daging/ayam/kekacang dan dua jenis sayur2an sama ada yang telah dimasak atau ulam2an untuk waktu makan utama.

5. Sajikan susu rendah lemak dan gula secara berasingan bagi minuman kopi/teh. Penggunaan krimer manis atau bukan tenusu adalah tidak digalakkan.

6. Sekiranya sarapan disediakan untuk mesyuarat, minum pagi tidak perlu lagi dihidangkan.


Salam kalori yang terjaga

Sumber: Menu mesyuarat pagi KKM

Jalan Masjid India Ditawan lagi


Semalam seawal jam 9.00 pagi saya bersama Gee (sahabat lama) mengisi hari Ahad dengan riadah minda. Kami telah lama tidak berjalan sama. Program ini telah diatur seminggu lebih awal. Kebetulan saya pun memang mau membeli beberapa barang keperluan. Memang tidak sabar menunggu hari ahad. Macam2 plan yang ada dalam minda. Destinasi kami Jalan Masjid India. Kawasan ini jugak antara yang digemari pengunjung Kuala Lumpur.

Dia tiba jam 8.00 pagi. Kami selalu datang awal kerana utk dapat parking yang mudah dan selesa. Aku lewat sikit sebab abg hantar kerana dia bertugas. Seronok juga sebab abang hantar. jadi tak perlu sibuk cari parking.

Tiba saja di Jalan Masjid India aku terus ke pasaraya Mydin. Tersalah masuk Mydin pulak! Gee di Mydin jual pakaian. Sesegeranya aku ke sana. Dia sudah memilih beberapa barang. Aku pun melihat senarai nak mau dibeli termasuklah sarung tangan, stokin, jubah, serkup kepala dll. Tak semuanya ada di situ kerana tidak menepati citarasa. Kami simpan barang ke kereta. Selepas itu kami pi makan kat gerai makan makcik pandai cakap orng putih. Itulah gelaran kami bagi. Sudah menjadi kebiasaaan setiap turun ke Jalan Masjid India di hujung mingu kami akan ke gerainya. Masakannya sedap dan harganya pun patut. Aku memang lapar. Makan dgn lauk - 2 jenis ikan, sayur dan tauhu. Gee cuma makan kuih dan minum teh tarik. Katanya sarapan pun dia kat situ dan makan nasi lemak.

Jam sudah 12.30 tengahari. Kami teruskan misi pi tengok jubah dan tudung. Semuanya dapat dibeli. Malah kami beli baju kurung lagi. Memang tak ada dalam senarai pun. Tapi kainnya cantik dan harga murah. Macam2 warna tudung dibeli. Jubah hitam dan putih pun ada. Sekali lagi semua barang itu diletakkan ke bonet kereta.

Melewati jalan itu memang semakin sesak kerana gerai2 utk deepavali semakin ramai pengunjungnya. Pelbagai fesyen India. Berkelip2 dan mengerlip gi. Namun yang nyata semua kaum ada di situ. Di hujung jalan terletak pentas yang lengkap dengan alat siaraya dan kerusi VIP serta tetamu. Ada orang besar datang rupanya. Gerai2 sepanjang jalan dan jaln ditutup.

Dalam perjalanan tu kami singgah beberapa kedai. Gee sempat beli sehelai baju batek. Cantik dan harganya menawan di sebuah kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Lepas tu kami ke Sogo. Ramainya orang. Ada jualan murah lagi. Sogo selalu cam tu. Sempat beli beberapa barangan diri. Kami agak lama jugak di situ. Tiba2 aku teringat mungkin abang dah siap keja. Risau dia menunggu pulak! Mujur le dia dalam perjalanan balik dari Putrajaya.

Memang betul2 lepas geram semalam. Namun enjoy. Satu terapi. Kami pi jalan2 dan beli2 dari pagi hingga lewat petang. Masing2 sibuk. Setelah lewat jam 5.00 petang kami pun memutuskan untuk tangguhkan dan sambungkan perjalanan itu ke suatu ketika yang lain...

Thursday, October 20, 2011

makanan segera

Lambakan makanan segera di pasaran menjadikan kita keliru dengan beberapa persoalan. Antaranya, bagaimana begitu banyak kewujudannya? Adakah perniagaan makanan segera itu amat menguntungkan? Atau makanan segera itu mudah disediakan. Modal pun tidak membebankan barangkail?

Bagaimana dengan impak makanan segera? Macam2 cerita kita dengar. Namun sekadar cerita tapi sumbernya tidak nyata. Jadi amat payah untuk mempercayainya. Terdapat beberapa panduan yang boleh dilaksanakan dalam membincangkan kekerapannya, iaitu antaranya:

i. Jangan biarkan anak anda menikmati makanan segera terlalu kerap. Malahan jangan jadikan makanan segera sebagai ganjaran.

ii. Jangan gunakan makanan segera sebagai jalam mudah jika tiada masa untuk menyediakan makanan berkhiasat.

iii Jika ke kedai mkanan segera, buat pilihan yang sihat. Pilih sandwic bykan ayam goreng.

iv. Pilihan hidangan sampingan yang lebih sihat sepeti salad dan gantikan minuman berkabornat dengan jus buah atau susu.

Tiba2 saja

Tiba2 saja aku dikalah dek suasana. Aku tidak mahu menipu diri sendiri dan kekawan lain. Terasa amat mengantuk petang ni. Bagai tidak terbuka kelopak mata. sedang jam baru menunjukkan jamnya pukul 2.30 petang. Aku teras penat dn letih. Sesegeranya aku memaksa diri untuk menaip semula. Aku ingin menulis segala terpancar di ingatan.

Entah inilah cabaran agaknya . Mengantuk menyebabkan kurang cergas, tidak selesa dan mood kerja hilang. Idea agak tersekat2. Namun kupaksa jua kreativitiku. Aku tidak mengalah dengan sentuhan ngantuk ini. Ngantuk meragut tenangku.

Begini le ada ketikanya aku ingin mencatatkan segalanya selama berpuluh tahun yang lalu. Kemampuan untuk mengingat faktorku tersekat menulis. Apa boleh buat segalanya dari_nya jua. Kuteguk air suam bagai ada tersangkut di kerongkong. Risau jadinya. Ada saia yang mencabar diriku dalam girang dan riang ini.

Tu yang pertama

Jumaat hari yang berkat dan membahagiakan. Masa rehatnya agak panjang. Tambahan pula hari ni pertama kaliku keluar bersama kawan -cik pauzan pi jamu mata. Apa lagi kami pun membeli belah. Memang seronok. Sehelai baju cantik dan tudung saiz M yang kurasa sesuai untuk diri.

Aku ikut ke pejabatnya buat pertama kali. Memang mempesonakan keadaannya. Kemas dan teratur. Cuma agak sunyi sebab masa rehat tenghari. Aku masuk ke biliknya. Kelihatan lapang dan selesa. Di dinding nampak poster PM dan TPM berserta ayat2 quran. Di suatu sudut ruang perbincangan - sebuah meja dan kerusi sederhana.

Seketika bersamanya kami sempat mencipta blog peribadi dia. Tercatat beberapa baris ayat yang amat berkaitan dengan diri. Ini pertama kali aku turut sama melahirkan sesebuah blog. Pengalaman yang aku ada (walau sedikit) untuk kongsi bersama.

salam yang pertama kali...

Menyambung nyawa ke tanah suci

Pengurusan haji mengalami perubahan. Pergi haji dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Tempoh perjalanannya berbulan-bulan. Apa tidaknya ketika itu bakal2 haji menaiki kapal laut yang membawa barangan dagangan. Mereka mengharungi lautan. Meredah ombak sudah pastinya. Cabaran untuk menunaikan haji ketika itu memang besar.

Kapal laut Mendam Berahi dan Subulus Salam dari Tanah Melayu pernah berlabuh di Jeddah sebelum adanya kapal terbang. Nyawa bakal haji bagai telur di hujung tanduk. mereka bersesak2 dan terdedah kepada cuaca yang tidak menentu dalam kapal yang serba kekurangan itu. Jaminan kesihatan memang tidak ada. Mereka menggadai nyawa untuk ke Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Mereka menumpang kapal dagang yang mengelilingi Asia Tenggara menyebabkan mereka berbulan-bulan untuk tiba di Tanah Suci. Namun dalam keadaan menyambung nyawa itu niat suci bakal2 haji tetap sama dengan sekarang iaitu untuk mendapatkan haji mabrur.

maruah artis

Kejayaan Rashidi Ishak menerima ijazah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini mengangkat maruah artis dalam bidang akademik. Tahniah kepada shidi dan keluarganya terutama isterinya Vanida. Artis macam inilah yang sepatutnya diketengah kerana terus mementingkan ilmu walaupun popular. Yang paling nyata tidak leka dengan ganjarannya sebagai artis.

Kebanyakan artis di Malaysia ini kurang ilmu walaupun wang banyak. Ramai di kalangan mereka selepas tingkat lima saja kerana mau menjadi artis. Ada jugak yang bintang cerah sehingga menjadi begitu popular dan bertaraf jutawan. Dengan berbekalkan suara dan promosi yang bagus boleh berjaya dan menjadi kegilaan orang. Namun kedudukan artis di Malaysia ini masih jauh ketinggalan dengan artis luar negara. Tak usah pergi jauh kita bandingkan dengan artis dari Indonesia saja. Ramai artis dari negara jiran itu mempunyai ijazah ataupun sekurang2nya diploma.

Kini yang menyedihkan lagi terdapat artis yang mendapat sokongan ibu bapa pulak. Kononnya anak mereka diajar di rumah saja. Ini disebabkan jadual kejanya penuh sehingga tidak boleh datang ke sekolah. Malah ada juga artis baru yang masih belasan tahun sudah dikelilingi dengan gossip cinta dan putusn cinta. Apa sudah jadi ni terutama anak2 muda. Yang nyata kini ramai kalangan anak2 Melayu lebih utamakan jadi artis ni.

Ingin dinyatakan bahawa tindakan Lisa Surihani untuk menamatkan pelajarannya di luar negara sbelum menceburkan diri sepenuh masa dalam industri seni adalah tindakan yang amat bijak. Mungkin juga dengan sokongan ibunya. Tahniah kepada ibu artis cantik manis itu. Selain daripada itu, tindakan Juliza Azlizan yang melanjutkan pelajaran selepas bergelar juara bintang RTM pun merupakan suatu yang bijaksana. Dia terpaksa berkorban supaya tidak kaya dan glamor dalam usia yang muda kerana kejar ilmu.

Sampai bila anak-anak Melayu terutama terlalu gilakan dunia artis sehingga membelakangkan kepentingan ilmu. Mungkin antara sebab yang lain ialah, malas belajar, mau popular, idola mereka artis, dorongan ibu bapa, glamor boleh jadi kaya, boleh pikat orang berpangkat dan sebagainya.

Wednesday, October 19, 2011

Bijak belanja...

Wang memang ada kuasa. Boleh beli pelbagai barang dengan wang. Malah manusia pun boleh dibeli dengan wang. Tetapi tidak usah menjadi mangsa wang. Beli makanan antara yang sering menggunakan wang banyak. Namun jika mau berjimat dan bijak belanja, maka amalkan strategik berikut:

i. Menggunakan panduan senarai yang disediakan lebih awal. Elakkan dari menyeleweng. Usah terpengaruh dengan promosi barangan walaupun murah. Fikir dahulu tentang kandungan makanan yang mau dibeli itu.

ii. Baca label pemakanan untuk membuat keputusan yang betul.

iii. Pastikan bahan makanan yang dibeli itu belum tamat tempohnya atau hampir tamat tempohnya.

vi. Jangan beli makanan dalam tin yang kemik/berkarat atau dalam bungkusan yang telah bocor.

v. Beli makanan yang mudah rosak seperti ikan, ayam dan sayur sejurus nak pulang.

Selamat belanja dengan bijak.

Sumber: Nutrition Month Malaysia

Mau duit banyak?

Siapa yang tidak mau duit banyak? duit atau wang penting dalam kehidupan. Ada orang dipandang atau dihormati sebab dia byk wang atau kaya. Dengan wang kita boleh membantu. Wang punya kuasa yang luar biasa.

Wang kalah dengan membeli. Orang belanja gunakan wang. Jadi jika mau wang digunakan dengan baik maka belanja dengan bijak. Sebelum berbelanja kena ada perkara berikut:

i. tetapkan waktu yang sesuai supaya tidak tergesa2

ii. bawa senarai barang yang perlu beli

iii. rancangkan putkan pbelanjaan dan tahu di mana mau beli

iv. jangan membeli-belah ketika lapar!!! Ia menyebabkan berbelanja ikut nafsu. Awas!!!

Itu yang pertama....dua

Pembantu Perhubungan Akhbar adalah jawatan pertamaku. Aku benar2 kosong ketika melapor diri di Jabatan Penerangan Kota Kinabalu. Tidak dapat dibayangkan suasana pejabat ketika itu. Aku terasa risau dan takut pertama kali menjejakkan kaki ke pejabat penerangan. Maklumlah aku baru datang dari kampung dan tinggal bersama kakak di Tanjung Aru. Aku cuma keluar ke bandar Kota Kinabalu untuk menghadiri kelas menaip.

Selepas melapor diri di ibu pejabat, aku diminta untuk pejabat Bahagian Akhbar dan Perhubungan yang terletak di kawasan Karamunsing. Sekali lagi aku risau dan terpinga2. Dalam hati tertanya2 di mana pejabat itu. Mujur le abang ipar temankan aku dan kami terus ke pejabat itu. Kami naik bas untuk ke tempat berkenaan.

Aku pun mula bekerja hari itu 15 Disember 1981. Di pejabat itu aku berjumpa dengan Encik Nic. Dia ketua bahagian ketika itu. Aku dimaklumkan ketua yang sebenarnya menyambung belajar di ITM, Shah Alam. Meja untukku bersebelahan dengan pintu masuk dan warna kelabu. Di sebelah kiriku seorang wanita tinggi lampai berhidung mancung. Dia tersenyum melihat padaku. Aku amat lega. Diri terasa disambut dengan baik. Namanya Ros dan masih bujang ketika itu. Rupa2nya dia seorang yang peramah. Hari pertama aku bekerja pelbagai maklumat aku dapat daripada Ros.

Pada hari itu juga aku berkenalan dengan Wak B dan Pak Dollah. Kedua2nya jurufoto. Mereka pun bercerita bahawa aku perempuan pertama bertugas sebagai Pembantu Perhubungan Akhbar. Aku tidak terasa apa2. Mungkin juga masih belum tau segala tugasan. Aku lebih banyak duduk di kerusi pada hari pertama itu.

Bersambung....

Itu yang pertama

Aku pertama kali membeli kain batek terasa amat teruja. Baju batek pertamaku berwarna kuning dan merah yang dipenuhi bunga. Amat cantik aku lihat ketika itu tahun 1980-an di Pulau Labuan. Terasa harga terlalu mahal. Selepas tawar menawar aku dapat harga RM280 sehelai. Berketar tangan mengeluarkan wang untuk membayarnya. Sebelum beli aku telefon emak di kampung . Dia kata, "belilah kerana penat kerja dan memang untuk dibeli". Itu sebab semangat membeli itu lagi menjadi.

Hingga sekarang kedua2 helai batek itu masih ada dalam simpan. Warnanya masih terang dan ceria. Kedua2nya aku buat baju kurung. Setiap kali aku nampak baju itu maka secara pantas teringat le betapa susah untuk membeli kain batek ketika dulu. Gaji pun tidak banyak tapi harganya mahal.

Salam berbatek....

Monday, October 17, 2011

SMS sakit daripada SUS

Kenangan itu suatu yang tidak boleh dilupakan. Kenangan itu akan mencengkam di sukma dan tiba2 saja ia akan datang tanpa dipaksa. Sekian masa aku bertugas di kementerian sebelum ini pelbagai kenangan tercipta. Namun antaranya amat melukakan ialah menerima SMS daripada seorang SUS. SMS itu siap disalinkan kepada beberapa orang yang berkenaan. Namun dia salah orang kerana aku tidak merasa takut walau seinci pun dengan tindakan itu.

SMSnya yang tajam ialah ....."ada orang yang cuba menjadi little Nepoleon. Jangan cuba2 buat pasal ...... Nanti tau le apa akibatnya...." bunyi macam berkuasa le konon. Memang betul2 lupa diri. sedangkan langit itu tidak selalunya cerah.

Seterusnya aku kurang senang jugak sebab eja nama aku salah. Ejaan dia ariyah , memang salah amat. Sudahlah tidak hormat orang yang tua daripadanya berlagak macam pandai sangat. Dia memang buat keja tidak beres. Suruh hantar hadiah kepada saya dalam keadaan bogel dalam beberapa minit sebelum majlis bermula. Macam mana aku tidak geram. Jika berlaku apa2 yang negatif sudah tentu aku dan PR yang terkena.

Ada lagi sms dia, antaranya....Ariyah, I nak tahu siapa yang kata pejabat menteri lepas tangan program ....i tak suka org cakap2 belakang ni. macam bagus..lepas tu dia ckp orang putih...please check whoever those person is and tell her or him dont create thorn with our office...we officer ti minister know exactly what the minister want and dont try to be smart to change our standard sop......and dont try to be Mr or Mrs smart".

Gitu le berlagaknya dia. Sabar aja le

Akan bersambung....

Brokoli dengan makanan pedas lawan kanser

Dalam kajian yang dlakukan oleh Universiti of Illinois adalah didapati gabungan brokoli dengan makanan pedas boleh meningkatkan kemampuan sayuran itu melawan kanser. Ini disebabkan brokoli bekerjasama dengan makanan pedas yang mengandungi enzim myrosinase dalam sistem pencernaan yang bermanfaat bagi kesihatan.

Semakin pedas makanan yang dimakan bersama brokoli, semakin efektif lagi kesannya terhadap kesihatan.

Penyelidikan berkenaan menyatakan ketika brokoli segar dimakan dengan brokoli dalam bentuk serbuk, penyelidik mengukur sebatian bioaktifnya, iaitu sebatian yang ditemui secara semula jadi di dalam makanan yang mempunyai manfaat kesihatan yang memenuhi keperluan nutrisi penting dalam darah.

Penyelidik utama kajian itu telah menerbitkan hasil kajian tersebut di dalam Journal of Nutrition. Menurutnya lagi ramai yang sengaja memasak brokoli kurang dari tempoh empat minit untuk melindungi nutrisi yang terdapat di dalamnya.

Namun, di dalam kajian ini terbukti, jika makan brokoli yang masak sepenuhnya juga, anda masih dapat meningkatkan manfaatnya dengan mencampurkannya dengan makanan lain yang mengandungi myrosinase.

Sumber: Mingguan Wanita

Panduan makanan sihat....empat


Cabaran hidup seharian yang paling besar antaranya ialah makanan. Pelbagai kategori makanan yang disediakan sama ada dibuat sendiri ataupun dibeli. Pemilihan makanan terpulang kepada diri kita sendiri. Cuma perlu diingat makanan yang sedap itu boleh membawa pelbagai masalah dalam kehidupan. Oleh itu antara tips yang mengurangkan beban pada diri adalah perkara berikut:

1. Makan sayur(termasuk ulam) dan buah-buahan setiap hari.

2. Ikan lebih baik daripada daging merah

3. Kurangkan nasi dalam setiap hidangan

4. Kurangkan seminimanya penggunaan minyak. Lebih baik masak sup/rebus/kukus.

5. Banyak minum air kosong (sekurang2nya 8 gelas sehari)

6. Makan ikut masa yang dijadualkan. Makan sebelum lapar.

7.Adalah lebih baik makan buah sebelum makan nasi.

8 Makan malam sebelum jam 8 .

9. Elakkan makanan ringan dan makanan segera.

10. Elak lepaskan tekanan dengan makan.

11. Amalkan diet seimbang - ingatkan diri tentang pemakanan sihat.

12. Dan lain-lain - akan disambung jika ingat ye

Salam pemakanan sihat....

Panduan makanan sihat....tiga

Dalam penyediaan makanan seharian perlu juga diambil berat mengenai penggunaan garam. Berikut panduan menyediakan makanan rendah garam.

i. Gunakan sedikit garam sahaja di dalam masakan dan elakkan menabur garam di atas makanan

ii. Kurangkan penggunaan sos tiram/cili/tomato/, kicap serta serbuk perasa semasa menyediakan makanan. Gantikan dengan perasa semulajadi seperti lada hitam, jintan manis dan lain-lain yang bersesuaian.

iii. Kurangkan penyediaan makanan yang diawet seperti ikan dan telur masin, sayur jeruk dan lain-lain.

Sumber:KKM

Panduan makanan sihat...dua

Makanan rendah gula hendaklah dihidangkan demi kesihatan diri dan keluarga. Terdapat panduan menyediakan makanan rendah gula, iaitu:

i. Kurangkan penggunaan guna semasa memasak.

ii. Elakkan penambahan gula semasa menyediakan makanan sebaliknya maniskan hidangan dengan buah-buahan segar atau kering.

iii. Elakkan menyalut kek dengan gula atau ising.

iv. Elakkan menambah gula dalam jus buah-buahan.

v. Sediakan minuman dengan gula atau susu yang berasingan

vi. Gantikan penggunaan susu pekat manis dengan susu rendah lemak/susu segar.

Sumber:KKM

Panduan makanan sihat...satu

Mari kita teliti panduan menyediakan makanan rendah lemak, iaitu:

i. Buang kulit ayam atau lemak yang kelihatan pada daging sebelum memasak.

ii. Elakkan menggoreng semula makanan yang telah digoreng.

iii. Gunakan tisu atau penyerap minyak untuk menyerapkan lebihan minyak pada makanan bergoreng.

iv. Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti memanggang, membakar, merebus, mengukus atau menggunakan ketuhar.

v. Pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng makanan untuk mengurangkan penyerapan minyak.

vi. Gunakan santan cair atau susu rendah lemak.

vii. Sejukkan sup atau air rebusan daging dan buangkan lemak yang kelihatan di permukaan.

viii. Gunakan salad dressing yang rendah lemak.

Sumber: KKM

Tips untuk berjalan 10,000 langkah

Suasana indah - berjalan kaki sambil
menghidu oksigen



Terdapat beberapa tips yang boleh memudahkan kita untuk berjalan 10,000 langkah setiap hari, iaitu:

i. Pastikan tidak tergesa2, hayun tangan terlalu tinggi, tunduk kepala ke bawah dan pikul beban yang terlalu berat semasa melakukan aktiviti berjalan.

ii. Dapatkan 10,000 langkah ketika di pejabat dengan cara menggunakan tangga, letakkan kereta jauh dari pintu masuk pejabat serta hadkan penggunaan telefon sewaktu berkomunikasi dengan rakan pejabat sebaliknya, berjalan ke tempat mereka, gunakan tandas yang jauh dari meja/bilik atau berjalan ke kafetaria/gerai yang jauh dari pejabat.

iii. Dapatkan 10,000 langkah ketika di rumah dengan cara mengurangkan penggunaan alat kawalan jauh untuk ke tv, radio dan kipas. Maksimumkan penggunaan tangga jika tinggal di pangsapuri, bermain bersama anak, berjalan ke kedai atau ke rumah ibadat, berjalan bersama keluarga atau jiran di taman, menggemas rumah dan gunakan laluan yang jauh untuk ke bilik tidur atau tandas.

Mudah tapi tidak semudah yang disangka kan?

Salam sepuluh ribu langkah sehari...

iii.

Sunday, October 16, 2011

Konflik Sepah


Perpisahan artis berkumpulan ini telah lama tercipta sejarahnya. Memang biasanya mula2 popular macam2 janji gitau media. Kononnya mereka akan berjuang bersama2 untuk dunia seni tercinta. Maka tersiar le di media. Cerita yang cantik. Media mengolah berita dengan indah. Sokongan diberi untuk mereka.

Baru2 ini heboh di media kumpulan Sepah berdepan dengan konflik pulak! Kenapa baru saja jadi Johan Maharaja Lawak dah ada konflik? Adakah salah baca le doanya? Mereka keluar di stesen tv. Cerita mereka jugak tersiar di akhbar. Gempar jadinya. Namun masing2 bagi respon yang mengelirukan. Bagai ada yang disembunyikan. Entah le sepah. Yang jadi musykil kenapa ditubuhkan pula kumpulan Sepahtu. Shuib dan Jep nak jadi penyanyi. Mereka dapat kontrak MW Entertainment. Ini kononnya ada kaitan Mamat ditendang keluar. Betul ke ni. Kebetulan Mamat pun tengah berdepan dengan putus cinta atau cinta tiga seginya yang baru putus itu? Sepah sepah.... sejarah berulang lagi.

Tengok...Apa dah jadi dengan kumpulan rock terkenal? Search dan Wings suatu ketika dahulu makluki bidangnya tersendiri. Media berterusan memberi publisiti. Memang kedua2nya ada taring. Bakat dan kemampuan kedua2 kumpulan ini punya klasnya tersendiri. Tiada yang boleh menandingi mereka ketika itu. Memang terorrr le

Letak ringgit tinggi

Ini cerita seorang artis baru. Artis ini lantik pengurus orang yang paling dekat dengan dirinya. bagus le jika cam tu. Saling memahami dan menjagai. Jaga dan urus betul le supaya langit terus cerah. Usah berlagak lebih. Jangan sudu lebih dari kuah pulak!

Baru2 seorang wanita kecil molek. Manis jugak! Nombor telefon diambil daripada seorang terdekat si artis jugak. Senanglah hati si manis. Dia cuba berurusan dengan artis yang gantang ini. Majlis itu pun dalam bulan sepuluh ni. Maka pengurusnya dihubungi. Harapan si manis itu cukuplah bujet yang diberi.

Suara merdu di talian. Namun alangkah terkejut si manis itu apabila pengurus minta berbelas ribu. Amboi... Mungkin mau jaga standard gitu. Si manis cuba minta kurang. Lagi pun artis itu diperlukan untuk majlis bersama media. Kementerian yang urus pun kementerian yang jaga kesenian dan kebudayaan. Apa dah jadi ni? Pikir2kan lah wahai pengurus. Di situ ramai media. Orang nombor satu negara pun hadir. Tentu banyak faedahnya..

Duit ringgit bukan segalanya untuk bertahan. Yang penting nama si artis tersenarai dalam list orang tertentu. Tengok saja arwah dato Ahmad Jais masih dipanggil untuk sesuatu persembahan hingga di saat2 akhir usianya. Bab bayaran dengan kementerian berkenaan memang tidak tinggi le tapi Penyanyi Nombor 1 negara pun sanggup bersama walaupun ringgitnya tidak tinggi macam di luar sana....Sokongan itu diperlukan. Ramai artis di negara ini berterusan bersama kementerian ini . Kenapa? Sebab pengurusnya pandai dan berbudi bahasa. Artisnya pun pandai dan pintar. Bentuk pelaburannya terjamin dan menjamin. Sikit2 . lama-lama menjadi bukit. Hehehe...Maafkan le jika terlebih-lebih...

Selamat mengurus le

Minta duit ringgit

Apakah perjuangan itu semata2 untuk duit. Perjuangan dikatakan ini berkaitan dengan orang seni. Adakah kejayaan itu tercipta hanya disebabkan duit? Popular itu disebabkan duit ke? Aduh! payah nak cakap sebab sekarang ini duit berada di depan sekali. kenapa?. Semua dah terlalu gilakan duit ke?

Bila menyebut orang seni misalnya penyanyi, pelakon atau pelawak tentu dikaitkan dengan pengurus. Segala urusan hendaklah melalui pengurus. Tukang urus le katakan. Kadang2 pengurus buat urusan itu tak sempat merujuk kepada orang yang diurus. Makanya, pengurus le yang letak harga. Mereka yang tengah naik senang2 saja pengurus letak harga yang tinggi. Yang minta diskaun itu minta maaf le. Tentu tolak ke tepi. Pengurus terlupa suatu ketika yang tinggi itu tidak selamanya tinggi. Tapi apa nak buat duit punya pasal. Letak saja le...

Rancangan di stesen tv ada mengulas seorang pengurus itu ego. Berlagak tak tentu pasal. kenapa jadi cam tu? . Jika tak sedar diri tindakan itu menyebabkan orang tidak suka. Nanti kena boikot pulak! Macam cerita kat akhbar penulis memberi komen ada pengurus seorang artis wanita minta duit untuk menebual artis berkenaan. Kos semangat sampai begitu sekali. Media mau bahan itu bukan untuk kepentingan sebelah pihak. Pengurus itu kena kenang le artis tu dah jadi ikon dan popular seluruh negara. Siapa yang menyebabkan dia popular tu? Jawapannya media yang jadi dia popular. Memang pengurus itu tak sedar diri. Dia minta saguhati RM1000 untuk artis itu datang diinterview. Apalah pengurus ni nak buang tabiat pulak! Bila orang media terangkan tak ada bayaran pengurusan siap bagi syarat lain pulak! Liputan mesti buat untuk aktiviti artis berkenaan. Teruk punya pengurus.

Selamat le..bersambung gi ni

Agama itu indah

Agama Islam itu indah. Dipermudahkan urusan hidup. Hidup kepentingan bersama. Mengambil subjek penderman organ, agama mengharuskannya. Alngkah indahnya dorongan agama itu. Dengan kata lain agama tidak pernah menghalang untuk seseorang itu menderma organ. Ini disebabkan pendermaan itu memberi nyawa kepada orang lain. Manfaatkan orang lain.

Pendermaan organ dilakukan selepas seseorang itu meninggal dunia. Oleh itu betapa pentingnya wasiat untuk menderma organ itu diketahui oleh pihak berkenaan. Ini untuk memastikan penderma berkenaan tercapai niatnya. Namun yang nyata kesedaran untuk menderma organ itu masih kurang mendapat sambutan. Bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai untuk menderma kerana mereka mempunyai alasan-alasan yang tersendiri.

Menderma organ itu harus. Ia ukuran keimanan. Namun yang paling utama niat seseorang untuk menderma. Tiada paksaan untuk menderma. Pemberi dan penerima itu tidak dihadkan kepada agama, keturunan atau kaum. Sebagai contoh sebelum ini orang Melayu mendermakan organnya kepada seorang berketurunan Cina. Hingga sekarang penerima organ itu hidup sihat. Begitu juga dengan penderma berkenaan.

KKM akan meneruskan Kempen Pendermaan Organ untuk membantu mereka yang menderita. Antara organ yang boleh diderma ialah jantung, kornea mata, paru2, buah pinggan dan sebagainya. Sejarah pendermaan organ ini telah bermula di Malaysia sejak tahun 1970-an lagi dengan pemindahan buah pinggang.

Menderma organ si mati menjamin kesejahteraan. Oleh itu, untuk menjayakan kempen ini ialah mesti ada kesedaran dan kefahaman yang amat baik di kalangan masyarakat. Namun timbul pertanyaan, adakah masyakarat kita masih ada ketakutan untuk menderma? Yang penting ternyata keindahan ada dalam agama bagi yang menderma. Untuk menjayakannya Kempen Pendermaan Organ KKM melalui media perlu diteruskan jua....

Mati Otak

Mati otak benarkah suatu kematian? Apakah situasi pesakit? Adakah dia mendengar? Nadinya masih bergerak. Namun apakah fungsinya? Apakah sebabnya mati otak? Mungkinkah disebabkan kemalangan atau seseorang itu sakit berkaitan dengan otak?

Mati otak disebabkan tiada pengedaran darah ke otak. Darah tersekat disebabkan darah beku. Boleh dikatakan jugak saluran ke otak putus. Ada jugak keadaannya otak bengkak dengan teruk. Keadaan ini amat jarang dapat dipulihkan. Orang yang mati otak itu tidak menunjukkan tindakbalas. Tiada pernafasan secara spontan. Pesakit tidak boleh dipaksan untuk hidup. Oleh itu sokongan perubatan sahaja yang boleh memanjangkan denyutan jantungnya.

Dalam keadaan ini kematian adalah mudah tanpa kesakitan. Dengan demikian kematian bagi pesakit otak aalah rahmat.

Demikian antara lain isi pidato yang disampaikan ketika Pertandingan Pidato Sempena Kempen Pendermaan Organ anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dan Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari sabtu yang lalu.

Salam berpidato...

Cinta tak kesampaian

Publisiti itu menyebabkan seseorang dikenali sama di media cetak atau elektronik. Lalu ada yang suka, sayang dan ada jugak yang benci. Segalanya terpulang apakah tujuan dan impak publisiti. Ada ketikanya cerita yang mengada2 menyebabkan orang menyapa membacanya. Bagi orang biasa publisiti tidak nampak atau kurang kesannya. Kenapa? mengapa? Publisiti itu biasanya dikaitkan dengan mereka yang ada nama atau terkenal. Jadi kategori artis, ahli politik, selebriti, penceramah /pendakwa yang biasanya menjadi bahan publisiti.

Publisiti tentang putus cinta dan kahwin antara yang banyak. Cinta tak kesampaian di antara Mamat sepah dan Fida. Begitu juga niat kahwin tak kesampaian Pian cecupak dan Aida Hazira antara yang dipaparkan di dada akhbar. cinta Mamat dan Fida menyebabkan ramai bosan kerana macam kenyataan. Masa mereka saling menyayangi ayat-ayat manis menawan dibaca. Bila cinta tercabar macam ulasan terkeluar. Gitu le dunia artis.

Kena beringat juga dalam memberi kenyataan. Bukan setakat mau publisiti supaya nama sentiasa di mata pembaca. Tengok apa berlaku dengan Pian. Terkedu dia agaknya. Berita telah dijajah. Tersebar merata. Malahan mungkin keluarga pun terasa. Lalu timbul pulak rasa malu apabila sebelah pihak menidakkan. Apa taknya, Aida menafikan akan perkahwinan itu. Dia menyatakan Pian cuma kawan biasa. Bagaimana timbul nak kahwin? Kawan biasa itu dan kawan bakal dinikahi itu tentu berbeza. Dunia...dunia...dunia... Publisiti telah menawan pembaca. Lalu begini pulak jadinya...

Salam berpublisiti

Thursday, October 13, 2011

Cerita lucah??????

Cerita lucah dalam internet ini bukan perkara luar biasa. Mana2 boleh buka asalkan ada talian internet dan tidak dipantau sesiapa. Namun tidak perlu dan tidak ada apa2 keistimewaan pun tengok cerita2 lucah itu. Entah kenapa ramai yang melayari cerita itu sdg boleh rosak minda dan emosi.

Nak dijadikan cerita...baru2 ini aku diminta mengurus jawapan untuk maklumbalas. ikut arahan bos sebab baru bertukar le katakan. Aku pun bertanya tindakan yg telah dan sedang diambil oleh bhg pgurusan maklumat kementerian. Memang tepat orang yang saya tanya. Bila balik ke bilik aku pun terus mencatatkan jawapan itu dan berikan kepada bos. Dia pun tambah mana2 yang patut. Ada istilah yang diterima menyebabkan kau terpingga2. Ia kurang tepat dan tak berkaitan. Aku cuma diam walaupun kurang setuju dgn beberapa istilah. Lagipun aku kurang mahir bab komputer ni. Bos kata untuk tengok cerita2 tak bermoral atau lucah itu mesti ada user name dan kata laluan. ya ke? Rasanya tidak.

Aku pun bertanya dgn kekawan di tempat aku . mereka tersenyum. Kuterima jawapan itu. Aku pun minta wanita cantik email draf jawaban itu kepada pembantu peribadi pegawai yang aku jumpa sebelum ini. Ini demi ketepatan dan kebaikan. Bentuk jawaban baru diterima semula. Ternyata istilah yang ditokoh tambah itu dibuang kerana tidak tepat atau tak berkaitan. Pemantauan dibuat dengan menghadkan masa melayari dan laman sesawang yang ada unsur negatif itu disekat.

Aku diarah supaya jgn terima saja idea yang orang beri. Bos kata kita mesti bagi pendapat. Memang benar kata2nya itu tapi biar subjek yang kita tau dan faham.

Kamera

Cerita kamera memang menarik. Kamera ini bukan pilih orang untuk diklikkan. Seram le jadinya. Nak dijadikan cerita. Gini...

Semalam hari pertama aku minum dengan kawan di cafe sejak bertugas di tempat baru. Risau jugak sebab agak lewat turun. Ketika itu dah jam 8.15 pagi. sedangkan aku dimaklumkan di Putrajaya ini semua anggota perkhidmatan awam tidak dibenarkan berada di tempat minum selepas jam 8.30. Apa lgi ketika dalam cafe aku memerhatikan setiap sudut utk cari adakah kamera dipasang. Aduh! kenapa aku tiba2 jadi risau pulak! Sesekali perhati ke arah pintu mana tau ada petugas yang memerhati.

Si kawan siap bawa dairi . Ia strategi bagus jugak! Namun aku rasa ok sikit bila tgk masih ramai lagi orang minum(ternyata wanita). Maka kami pun pilih makanan dan duduk dekat dengan kaunter pembayaran. Syukur aku dapat rezeki di awal pagi. Kawan yang belanja. Ksmi kongsi cerita sambil minum teh tarik dan sandwich, keropok lekok dan kuih ketayap.

Selamat...

Rahsia cantik

Cerita dalam kehidupan ini tidak berhenti selagi ada suara di kalangan insan di bumi Tuhan ini. Perkongsian cerita itu penting untuk meneruskan komunikasi. Dengan demikian hubungan antara manusia itu akan lebih bermakna kerana aktiviti boleh dilaksanakan.Bila wujud aktiviti maka berlaku perkembangan sama ada dari segi sosial, ekonomi atau pun politik.

Antara cerita tapi dikategorikan sebagai rahsia ialah tentang kecantikan. Tentulah rahsia ini ramai yang telah tahu barangkali. Tetapi tidak apa mungkin ada yang belum dengar atau tahu atau dijadikan sebagai catatan kehidupan.

RAHSIA: Orang tua2 ada menyatakan bahawa ketika membasuh muka adalah baik jika dibaca selawat sebanyak tujuh (7) kali. Mereka yang mengamalkannya muka sentiasa dilihat berseri...Insya Allah. Amalkan, mudah2an berhasil.

Pilihan raya - 2

Pilihan raya memang mudah disebut tapi tidak semudah itu dilaksanakan. Harus diingatkan bahawa PRU suatu program seluruh negara yang melibatkan pelbagai kelompok. Tidak ketinggalan juga PRU memerlukan peruntukan kewangan yang bukan sedikit. Jadi semuanya perkara ini hendaklah diteliti, dirancang dan plan tindakan yang kemas serta berkesan.

Untuk melancarkan PRU dan kejayaan dicapai maka adalah wajar persiapan perlu dibuat sebelum pilihan raya. Yang jelas ujian dan kaji selidik wajar diadakan untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha2 kerajaan selain perlu mengotakan janji-janji yang telah diucapkan.

Selamat selamat dan selamat

Wednesday, October 12, 2011

Pilihan raya - 1

Pelbagai andaian kedengaran mengenai bila pilihan raya ke-13 diadakan. Bab meramal ini ramai yang pandai2 belaka. Rasanya tidak usah kelam kabut buat pilihan raya kerana masa masih panjang lagi. Yang sepatutnya dibuat ialah kenalpastikan kawasan2 yang mau dimenangi. Sebelum itu, yang perlu diteliti ialah faktor2 kekalahan dalam PR yang lalu. Plan tindakan untuk membaiki dan merancang strategi amat perlu disediakan.

Elakkan ego dan beranggapan boleh menang tanpa merujuk kesalahan dan kekurangan masa lalu atas alasan pelbagai kemudahan telah disediakan. Selain itu program2 besar dilaksanakan yang melibatkan segenap lapisan rakyat. Perlu disedari bahawa terdapat musuh dalam selimut. Malahan yang mengeciwakan juga ramai pandai bercakap itu dan ini tetapi gerak kerja tidak dilaksanakan. Asyik2 dinyatakan PRU 13 boleh diadakan dalam masa terdekat atau boleh saja kita boleh menang. Ya ke?

Saya bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir Mohamed. Beliau menyatakan PRU ke-13 lebih baik diadakan pada bulan April 2013. Tempoh ini yang paling hampir dengan tarikh mandat kerajaan sedia ada.

Tunjuk perasaan

Tunjuk perasaan lagi. Tindakan ini bukan suatu yang luar biasa. Yang pasti merosakkan kemudahan awam, hubungan baik dan mengganggu ketenteraman awam. Tunjuk perasaan bukan jalan penyelesaian yang bijak. Sebaliknya tindakan ini dilakukan oleh mereka yang panas jiwa, perasaan penuh dengan api, sabar yang ditenggelami muntah syaitan dan kesyukuran telah terhakis di sanubari.

Nah! Saya amat tidak suka dengan tindakan Forum Betawi Rempung(FBR) yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam. Rusuhan ini menyebab sembilan anggota polis cedera. Bukankah itu satu kerugian dan perjuangan yang sia2? Begitu senang menuduh negara yang berdaulat ini.

Mereka ini berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya didakwa mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan barat. Benarkah perkara ini berlaku?

Memang jadi marah bila negara ini dihina tanpa usul periksa. Siapa mereka yang cuba2 menjatuhkan tanah air tercinta ini? Malaysia bukan sebarangan dalam melakukan tindakan yang melibatkan isu antarabangsa. Mujurlah Menteri Koordinasi Politik, Undang2 dan Hubungan Keselamatan bersama menteri Luar serta Menteri Pertahan dengan gagah penuh yakin mempertahankan Malaysia. Inilah tandanya ketiga-tiga mereka golongan yang bijak pandai dan berilmu. Mereka mengetahui sejarah kedua-dua negara dengan merujuk kepada perjanjian persefahaman yang dibuat era pemerintahan British dahulu.

Ternyata dalam perjanjian itu yang menandatangani oleh Belanda dan Inggeris yang ketika itu masing2 menjajah Indonesia dan Malaysia yang mencapaikan kata sepakat mengenai batas garis sempadan kedua2 negara. Oleh itu selama ini kedua2 negara mematuhi perjalanan berkenaan.

Jangan mudah melatah dan percaya dengan maklumat yang diberikan walau pemberi maklumat ada nama dan penyokong. Berbalik kepada sejarah yang di dadanya tercatat maklumat masa lalu yang mahal nilainya.

Garisan kuning

Garisan kuning ....begini ceritanya....Pagi ini lebih awal keluar dari hari yang terdahulu. Awal bangun dan awal siap. Itulah hikmahnya jika bangun awal. Santai bersiap. Harap2 beginilah seterusnya.

Perjalanan agak lancar. Lampu jalan terang benderang. Namun bila tiba di suatu kawasan itu keadaan jalan raya kacau bilau. Suasananya malap. Tinggi rendah. Dengan kata lain jalan raya tidak rata. garisan jalan pun tidak ada. Tarnya warna hitam. Memang tidak selesa. Hairan sungguh kerana sebelum ini jalan itu baik. Tidak rosak. Namun masih juga dibaiki. Kenderaan berat parking di tepi2 jalan. Kon warna merah dan putih diatur sehingga jalan sempit dan mengganggu. Jika orang memandu laju dan tidak peka pasti boleh mendatangkan kemalangan.

Disebabkan garisan kuning maka timbullah macam2 komen. agak memenatkan minda. last2 kamu diam cuma kerana kebetulan bulan menyapa di mata. Indah dan bagai purnama lagaknya. Bulan mengiringi perjalanan kami sehingga bulan hilang tanpa disedari....

nilai murni - rendah hati

Jangan terasa diri rendah. jugak usah merasa diri dipijak bila merendahkan diri. ada jugak orang rendah berjaya dan bahagia. namun ini berbeza dengan makna rendah hati. ia sifat yang penting untuk dimiliki setiap insan.

Sifat ini amat digalakkan dalam ajaran Islam. begitu juga dengan budaya dam sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendahkan diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.

Jelasnya, merendahkan diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Atau membiarkan diri kita dipijak kepala sewenang-wenangnya. Harus ingat merendah diri itu murni untuk mendapat keredhaan Allah swt.

Hakikatnya...segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari orng sekeliling...

Bersambung....

Nilai-Nilai Murni - Tabah

Tabah itu nilai murni. Dalam perjuangan memerlukan ketabahan. Jika mau berjaya dalam perjuangan dan pencapaiannya cemerlang maka seseorang itu mesti tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

Dalam konteks negara pula, amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah dalam membangunkan negara tercinta ini. Nilai ketabahan itu amat tinggi dalam merintasi segala dugaan dan cabaran. Lalu penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi sgala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

Nah! ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

Dengan tabah kita dapat mencipta pelbagai sejarah dalam kehidupan dan tidak mati sebelum waktunya.

Salam tabah untuk semua...

air n paip

Cerita air dan paip ini agak menyedihkan. Mungkin juga menghairan di tempat yang menjadi kunjungan muslimin dan muslimat. Air itu penting!!!! Negara ini banyak kemudahan. Namun nak dijadikan cerita......begini ....semalam balik dari pejabat agak lewat. Lalu solat maghrib kena singgah di suatu tempat. Ramai orang singgah sebab di kawasan itu ada restoran. Makanannya boleh tahan le...Tempat ini tidak jauh dari KLIA. Kami terus ke belakang restoran dan lega bila nampak ada surau. Wah! ada kemudahan ni, bisik hatiku.

Tanpa membuang masa saya terus masuk ke surau. Saya tercari2 ruang wuduk wanita . Bila terjumpa suasananya amat menyedihkan. Malap dan kurang bersih. Lebih malang lagi air tidak ada. Semua saluran paip tidak ada kepala. Kenapa begini jadinya. Tidak adakah sesiapa yang selia kawasan ini?

Saya tidak ada pilihan lain. Dengan menahan malu perlahan2 berjalan ke ruang lelaki mengambil wuduk. Mula2 ada yang hairan. Mungkin mereka tidak tau masalah di ruang wuduk wanita. mujur le suami faham. Dia menunggu sehingga selesai saya berwuduk. Surau itu pasti menunggu untuk dilengkapkan sebaik2nya. Mudah2an penduduk di kawasan itu peka atau mereka yang bertanggungjawab untuk kawasan itu.

Alhamdulilah saya selamat mengerjakan solat maghrib di situ...

surat tulisan ink merah

ketika peristiwa ini berlaku aku tak terfikir akan terkenang selepas lebih 26 tahun berlalu. memang suatu yang indah kenangan lalu. ia tercipta dalam situasi yang tidak diminta. aku pun baru mengenal kota. baru berjinak dengan dunia penyiaran. minat amat dengan juruhebah radio ketika itu. nama2 seperti saat awang damit, taufik dahlan, zainuddin jamlu, nafsiah bubin, sarjani manaf (arwah) dan ramai lagi amat kuminati. sesekali aku menelefon ke rtm semata2 mau bercakap dgn mereka.

suatu hari aku ditawar untuk ujian suara setelah berkenalan dgn sh di telefon melalui seorang kawan. dia wanita bertubuh kecil. tanpa berfikir aku pun ke rtm seorang diri. aku tak teringat langsung ada seorang kawan baik di situ. aku terlalu alpa. memang aku betul2 fokus untuk mencuba jadi juruhebah saja. alhamdulilah aku berjaya. gembira hatiku bukan kepalang.

entah macam mana sahabat aku di situ dapat menghidu. dia pun tegur dan bagi maklumat2 yang aku tak sangka. gerak kata dan suaranya memang marah. aku cuma diam dan menjawab sesekali saja. rasa bersalah jugak le. niat di sebalik aku tak pernah selit dalam hatiku. aku ikhlas dan mereka yang berurusan denganku tentu ikhlas. itulah anggapanku. aku tak marah sebab aku tau dia mau menjagaku. dia niat baik spy aku tak dipergunakan. terima kasih sahabatku.

beberapa hari selepas itu sh mau berjumpa dengan aku. hatiku berdebar2 apa yang terjadi. sikit2 cerita aku dapat daripada sahabatku tapi kurang jelas. mungkin aku terlalu daif minda ketika itu. aku gagahkan hati untuk berjumpa dgn sh. setelah dalam kereta dia memberikan aku sepucuk surat. dengan cepat aku membuka dan melihat surat itu tulisan ink merah. satu2 ayat kubaca dengan gerak hati. aduhai....bisik hatiku. kenapa begini jadinya. aku cuma diam dan terus memandang surat bertulisan merah itu....dia pun bertanya dan bertanya. aku cuma jawab dengan perlahan dan yang sesuai saja. kini aku sedar yang sahabat ku itu seorang yang cukup baikkkkkkk

surat bertulis merah entah di mana. aku terlupa adakah sh ambil semula atau bagaimana. yang nyata aku terus bertugas sebagai juruhebah di rtm. namun pesanan sahabat aku mesti berhati2 dan berwaspada menjadi peganganku...

lalu surat berink merah itu mengeratkan lagi hubungan murni kami. sering berkongsi cerita dan gurau senda yang terus mendewasakan....

akan bersambung....

Prinsip keadilan sosial

Dalam kehidupan ini kita perlu juga tau tentang prinsip keadilan sosial supaya tidak merasa ketinggaan bila kebetulan perkara berkenaan dibincangkan secara sengaja atau tidak sengaja. Melalui prinsip ini ada digariskan panduan seperti berikut:

Pertama: Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

Kedua: Melalui konsep 1Malaysia, etiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

Ketiga: Namun begitu konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi man-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

wanita cantik


Pernahkah anda terfikir bahawa wanita cantik ketika dia mengandung? Mungkin timbul persoalannya apa penyebab dan kenapa perkara demikian berlaku ? Malah ada pula yang sangsi mungkin si wanita atau orang terdekat

Kecantikan wanita ini adalah anugerah Illahi

dengannya mempunyai ilmu. Nah! terpulang kepada diri masing-masing kerana pandangan mata terlalu subjektif. Penilaian manusia itu berbeza di antara satu sama lain.

Namun kecantikan seorang wanita itu ternyata menyerlah ketika berbadan dua. Ini disebabkan sifat kewanitaannya dalam keadaan yang bahagia kerana akan menjadi ibu dan mempunyai anak. Atau jumlah anak bakal bertambah. Benih yang dikandung adalah suci dan murni dan mempunyai aura yang amat luar biasa. Ia juga boleh memberi impak kepada si ibu. Wajah berseri2 dan muka kelihatan bersih. Apa lagi jika benih itu yang dinanti-nanti. Maka sudah tentu kelahirannya satu kerahmatan dan warna kegembiraan terpancar di wajahnya.

Kecantikan seseorang wanita ketika mengandung adalah yang asli. Wanita itu sentiasa menghitung hari untuk menempuh debaran tapi proses kegembiraan telah lama berlaku. Biasanya juga wanita mengandung akan menjaga kesihatan dan pemakanan mereka. Ini menyebabkan keadaan dalaman dan luaran mereka terjaga dan menampilkan wajah yang riang , manis dan jelita.

Salam cantik....

Imej korporat

Hampir semua kementerian atau jabatan mempunyai baju korporat sendiri. Macam2 warna dan rekaan. Ada guna dua warna, tiga warna dan entah apa2 warna le yang dianggap itulah imej korporat. Sayangnya baju korporat ini biasanya dibayar sendiri. Tak pasti pula bagi mereka yang bekerja di sektor swasta. Namun yang jelas terasa enjoy untuk buat baju korporat walau pun kena bayar. Memang tidak dinafikan ada juga yang langsung tidak mau keluarkan bujet untuk membayar. Mungkin juga mau berjimat. Terpulanglah kepada diri masing-masing.

Ketika berada di tempat kerja lama, saya juga buat sama2 dengan kekawan di situ baju korporat. Memang cantik. Warnanya merah cili campur putih (sikit peratusannya). Amat menyerlah. Seronok buat baju itu kerana masing2 mau buat (walaupun ada yang berkeras tidak mau buat). Kami sudah tetapkan bahawa hari Isnin ada hari pakai baju korporat. Namun saya selalu terlupa untuk memakainya pada hari berkenaan. Tahniah juga le kepada student pratikal ketika itu (dua orang) kerana sanggup masuk team dan berkorban wang untuk tempah baju korporat. Rasa terkilan pada awalnya kerana ada anggota tetap tidak mau belanjakan wang semata2 utk baju ini.

Pagi tadi saya menghadiri mesyuarat pagi untuk mewakilkan bos. Nak dijadikan cerita perihal baju korporat dibangkitkan. Contoh baju itu juga ada dan siap diperagakan lagi. Warna putih dan biru. Kainnya agak sederhana dan telah ditegur supaya diambil kain yang kualitinya lebih selesa dan sesuai dipakai dalam majlis tertentu. Saya cuma mencatatkan komen atau teguran untuk diberitau kepada ketua.

Aduhai....baju korporat

Tuesday, October 11, 2011

Dunia Seni Kehilangan lagi


Emak saya amat meminati biduan Ahmad jais. Ketika saya kecil lagi nama Ahmad Jais memang sering disebut2 emak kerana merdu suranya. Emak menyebut beberapa tajuk lagu yang dia suka, iaitu di ambang sore, gelisah, mengharap sinar menelan kabus, lembarn terakhir dan banyak lagi. Semua lagu itu memang luar biasa merdunya. Mungkin disebabkan suara Ahmad Jais yang tidak aa tolak bandingnya.

Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau semasa Majlis Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya di Permatang pauh anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ahmad Jais bersama Uji Rashid, Hail Amir, Jacylin Victor dan ramai lagi mengadakan persembahan sempena majlis tersebut. Ternyata beliau sentiasa senyum bila bertemu dengan setiap peminatnya.

Kini beliau telah pergi meninggalkan alam maya ini untuk selama-lamanya. Dunia seni tanah air kehilangan besar. Beliau umpama sebutir bintang yang terus bersinar dalam dunianya. Bakatnya harum mewangi di setiap penjuru alam. Namun beliau tinggalkan harta yang tidak ternilain harganya, iaitu lagu2 merdunya. Walaupun beliau tidak ada lagi di dunia ini namun lagu2nya tetap mendodoikan semua peminat. Pencinta akan terus merasakan ketiadaannya seperti ada jua.

Ahmad jais satu nama besar yang cukup bersih. Beliau berasal dari dari Kapar, Klang. Sepanjang pengetahuan saya beliu tidak pernah bergaduh dengan sesiapapun. Beliau cuma fokus dengan dunia seninya. Saya kerap bertemu dan mendengar beliau menyanyi secara "live" semasa bertugas di Kementerian kebudayaan, Kesenian dan Warisan lagi.

Ahmad jais meninggal pada usia 75 tahun setelah dimasukkan ke hospital selama dua minggu
kerana menghidap masalah paru-paru dan asma. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 Shah Alam. Tarikh pemergian beliau 11 Oktober 2011 jam 9.20 akan tercatat dalam kenangan dunia seni tanah air.

Belia Muflis


Kemahiran itu penting untuk merencanakan kehidupan. Kemahiran perlu dipelajari dan ia tidak datang sendiri. Pura-pura mahir atau berlagak mahir menyebabkan kerugian. Inilah yang berlaku terhadap belia hari ini. Mereka terlalu mengikut perasaan untuk memenuhi keperluan perasaan. Akibatnya perbelanjaan melebihi pendapatan. Penggunaan kemudahan yang ada tidak berpada-pada.

FOMCA melaporkan seramai 41 belia Malaysia berumur 21-40 tahun dianggarkan muflis setiap hari kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dalam pengurusan kewangan. Antara puncanya ialah faktor suka bergaya sehingga urusan sewa beli kereta, rumah dan penggunaan kad kredit dibuat tanpa mereka memikirkan risikonya.

Dengan itu gaji bulanan mereka lebih 30 peratus digunakan untuk membayar hutang. Ini ternyata mereka bermasalah dalam urusan kewangan. Urusan hidup masa kini banyak memerlukan wang . Wang seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa. Ramai orang sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan wang.

Keghairahan menukar telefon bimbit, ipad, komputer riba dan sebagainya juga menyebab aliran tunai dalam tangan mereka mudah langsai. Sehubungan itu, perkara ini merunsingkan keadaan. Kita tidak mau belia hidup dalam suasana yang tidak selesa. Mereka generasi pelapis untuk membangunkan negara. Kegagalan mereka dalam pengurusan kewangan boleh menimbulkan pelbagai perkara yang kurang sihat. Sebagai contoh mereka akan ditimpa tekanan perasaan atau tension. Ini menyebabkan timbul masalah sosial seperti mencuri, merompak, pergaduhan, lari dari rumah, pelacuran dan sebagainya.

Dengan itu, pengurusan kewangan sewajarnya diambil berat dan perlu diajar di sekolah. Generasi sekarang berdepan dengan cabaran yang cukup kuat dalam penggunaan wang. Pelbagai produk baru yang mempengaruhi minda mereka untuk menarik mereka membeli walaupun barangan itu tidak perlu dibeli.

Selamat berjimat

Monday, October 10, 2011

Kolesterol

Satay- sedap tapi menggemukkan


Tahap kolesterol saya agak tinggi, iaitu 7 hasil pemeriksaan kesihatan semalam. Saya jadi risau amat. Mungkinkah saya selalu pening itu disebabkan kolesterol? Apakah punca utama kolesterol saya agak tinggi? Yang jelas saya jarang makan nasi lemak. Begitu juga dengan makanan berlemak. Malahan saya pun sentiasa berhati-hati ketika makan nasi. Kalau boleh nasi seminima mungkin.

Ketika bercakap dengan doktor rosalind dia mengatakan nasi bukan penyebab kolesterol tinggi. Nasi mengandungi kabohaidrat yang menyebabkan kegemukan. Dia mengingatkan supaya saya mengurangkan pengambilan daging merah, makanan laut dan masakan goreng . Makan lebih banyak sayur dan buat latihan- joging, berjalan kaki dll.

Kini saya berazam untuk mengamalkan makan oat. Ia bermula untuk sarapan pagi tadi. Oat boleh menggantikan nasi kerana ia memberi tenaga. Ia menyelamatkan jantung daripada disaluti lemak. Berjaga-jaga adalah lebih baik sebelum penyakit lebih banyak menyerang kita. Kini saya sedang berusaha untuk makan oat untuk mendapatkan tenaga dalam hidup.

Selamat mengamalkan makan sihat...

Lelaki Budiman

Di zaman moden ini bagaimana dengan nilai kesetiaan dan budiman di kalangan kaum wanita dan lelaki. Masih kekalkah nilai-nilai berkenaan dalam diri mereka. Atau ada yang sekadar luaran saja demi menjaga tatasusila? Atau memang nilai-nilai itu terus dimiliki? Memang yang baik dan buruk itu tidak dapat dijangka. Siapalah kita menilai kebaikan seseorang itu hingga sedalam-dalamnya.

Namun saya terbaca dalam suratkhbar bahawa timbul satu persoalan adakah lelaki budiman semakin pupus? Jika kita bertanya kepada kaum wanita rata-rata mengatakan amat susah untuk mencari lelaki budiman atau "gentlement" masa sekarang. Kenapa demikian? Adakah disebabkan ciri-ciri budiman semakin pupus menyebabkan wanita ramai lambat berkahwin. Segalanya subjektif untuk diperkatakan.

Budiman itu merujuk kepada bersopan dan dihormati. Ini terdapat dalam kamus Funk and Wagnall. Namun yang pasti kita tidak boleh menganggap lelaki budiman tidak ada lagi dalam dunia ini. Ini disebabkan setiap insan yang lahir ke dunia itu mempunyai kelebihannya masing2. Ternyata jika ditenung2 masih ramai lelaki yang berakhak dan beradab khususnya mereka yang mendalami ilmu agama. Ramai suami yang amat menyayangi isteri dan rela membuat apapun untuk kepentingan isterinya. Malah kita nampak ketika di luar ramai suami membawa anak. Ada juga sang suami menjinjing barang ketika pergi membeli belah.

Lelaki budiman itu sentiasa peka dengan kewujudan wanita. Tindakan mereka secara automatik memberi perhatian kepada wanita. Sebagai contoh mereka akan membuka pintu kereta dan memberi laluan kepada wanita Mereka mendahulukan wanita ketika berbaris sama ada untuk makan atau masuk ke lif dan sebagainya.

Jelasnya, seorang yang budiman itu akan menlindungi wanita daripada bahaya. Dia sebagai perisai kepada kaum hawa. Sebagai contoh apabila berjalan dengan wanita lelaki itu akan berada di sebelah luar dan beberapa langkah ke depan. Selain itu, lelaki juga akan membantu wanita yang mengangkat barang berat. Sesekali jika kita ke tempat2 awam terlihat kaum lelaki yang membawa beg tangan isteri atau teman wanitanya. Maka, ini terbukti kaum lelaki menjaga keselamatan kaum hawa atau wanita.

Ada yang menyatakan sikap lelaki budiman boleh membawa beliau berkelakuan romantik kepada pasangannya. Ada juga boleh dikaitkan dengan sikap keprihatinan, kasih sayang dan timbang rasa dalam kehidupan seseorang lelaki itu. Lelaki itu juga akan memastikan wanita berasa selesa berada di sampingnya dan pandai berinteraksi dengan baik.

Namun memang terdapat lelaki yang hilang budi pekertinya. Malah langsung tidak tau menghargai kaum wanita atu hawa. Kini terdapat lelaki hilang sopan santunnya di tempat awam atau di pejabat. Malah ada juga lelaki suka menjerit kepada wanita bila di marah. Aduiiii malunya jika ini terjadi.

Salam lelaki budiman...

Realiti tv Astro Oasis - program wanita

UstazahPilihan stu program realiti tv terbaru di Astro Oasis. Memang sebelum ini saya pernah terfikir, maka tidak lama lagi akan wujud suatu program untuk wanita. Ini berlaku ketika saya menonton program Imam Muda yang begitu meresap ke jiwa. Program berkenaan merupakan saluran untuk menyampaikan mesej dakwah.

Program ustazah pilihan memang amat sesuai dilaksanakan masa sekarang ini kerana ia memfokuskan pendakwa di kalangan wanita. Adalah diharapkan program ini disusun dan dilaksanakan dengan teliti serta boleh menarik minat penonton. Yang paling utama mereka yang terpilih untuk program ustazah pilihan ini benar-benar berkualiti dan mempunyai ciri-ciri wanita yang boleh menjadi contoh. Kita tidak mau ketika berada dalam program sahaja baik tapi bila berada di luar nanti akan timbul pelbagai cerita atau gossip yang kurang selesa didengar.

Apa yang saya tau ustazah pilihan ini mempunyai 10 episod dengan pengisian yang padat yang berkaitan dengan penyebaran syiar Islam di negara ini. Program ini penting untuk menonjolkan peranan wanita dalam menyampaikan mesej dengan mantap. Penghayatan yang halus akan memberi kesan dalam penyampaian mereka.

Ternyata peserta ustazah pilihan semua muda dan berpendidkan. Adalah diharapkan mereka akan berjaya menonjolkan kelainan dalam mendidik wanita khasnya untuk menjadi musimah sejati. Program ini juga tidak terkecuali untuk ditonton oleh kaum lelaki kerana mesej yang disampaikan itu ada juga yang menyeluruh. Malahan kemungkinan dengan menonton program ini kaum lelaki akan lebih memahami dan mengetahui tentang seorang wanita.

Selain itu dengan menyertai ustazah pilihan ini kalangan peserta juga akan menambah ilmu agama mereka. Kelas dan ceramah yang disediakan penganjur adalah pemangkin untuk mereka menambahkan ilmu di dada. Nah bertuah mereka yang terpilih untuk program yang julung-julang kali diadakan oleh stesen tv ini. Tahniah untuk mereka!

Salam berdakwah untukmu wanita....

Iklan Pengaruhnya Tajam

Setiap hari kita melihat lambakan iklan di media-media cetak atau elektronik. Pelbagai cara dibuat untuk menarik minat pembacan atau penonton. Memang tidak dinafikan iklan boleh mempengaruhi dan merobah hidup manusia. Matlamat iklan dilaksanakan telah disusun dan diatur lebih awal. Apa lagi jika menggunakan ayat-ayat yang power dan warna atau gambar yang menyakinkan sasarannya.

Membaca surat akhbar dengan tajuk Iklan hari ini terdapat beberapa iklan yang memang menarik dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Antaranya, perut kempis dengan D'apple fiber. Memang tidak dinafikan d'apple mengandungi serat epal fiber dan kolagen yang tinngi boleh membantu menyelesaikan masalah perut buncit dan masalah pelawasan. Manakala kolegan pula untuk mempertahankan elastisiti kulit, memperbaiki sendi, tulang dan ligaman dan membantu melicinkan kulit. Penerangan ini memang biasa dibaca dan didengar terutama jika kita menghadiri "talk" tentang produk.

Selain itu iklan juga menampilkan mengenai apple stemcell . Ia membantu pembakaran lemak dan mengempiskan perut. Ia terdapat dalam minuman berkenaan. Semuanya perlu diteliti kerana bimbang tidak sesuai dengan keadaan badan. Oleh itu, sebagai penggunakan kita perlu membuat garis paduan sendiri untuk membeli barangan sendiri.

Lalu disebabkan terpengaruh dengan iklan ada di kalangannya sanggup menahan lapar semata2 menjimatkan wang untuk membeli barangan yang diklankan itu. Ternyata juga iklan menyebabkan sesorang itu sanggup melakukan sesuatu tanpa kebenaran suami misalnya. Sebagai contoh pernah berlaku seorng suri rumah meninggal dunia kerana membuat pembedahan membuang lemak.

Iklan oh iklan....

Dadah Pemusnah Hidup Wanita

Saya terpaku seketika bila membaca artikel bertajuk "Rumah tampak sarang penagih wanita". Alangkah sedihnya wanita berjiwa lembut tapi waja terjebak ke lembah hina itu. Jika ditenung2 tidak disangka Kuala Lumpur yang mempunyai bangunan pencakar langit masih terdapat di dadanya rumah-rumah kecil yang menyakitkan mata memandang. Memang tidak terbayang rumah yang dibuat sendiri dan menggunakan barangan terpakai itu dihuni wanita berumur dan muda. Kenapa mereka berada di kawasan yang demikian? Adalah mereka tidak suka kepada pembangunan?

Kampung Periuk tempat letaknya rumah tampal di atas tanah rizabsebuah agensi kerajaan. Ia berhampiran dengan Jalan Dewan Sultan Sulaiman. Kawasan itu agak terlindung dari pandangan mata kerana ia berbukit . Keadaan itu menyebabkan penghuninya selesa untuk bersantai sambil menghisap najis dadah. Namun tidak ramai yang mengetahui aktiviti mereka atau ada yang buat tidak kisah saja.

Melihat suasana sekitar memang tidak teratur dan kotor. Mereka menggunakan air dalam tong besar untuk mandi . Keadaan sekitar agak lembab dan malap. Memang tidak sesuai untuk dihuni. Namun bagi mereka ia seolah-olah hotel yang indah dan berbintang2. Ini disebabkan rumah itu cuma menjadi markas untuk mereka melepak dan menghidap dadah di siang hari.

Penghuni di rumah tampal sebahagiannya wanita. Mereka seolah-olah terasing dan terbuang. Mereka hilang panduan sehingga menjadi pelacur di malam hari. Mereka mula keluar di waktu senja dan balik di awal pagi. Semalaman mereka berjaga untuk melayan sesiapa yang terkena dan siang mereka tidur dan rehat.

Kenapa wanita yang sepatutnya menjadi penyeri rumahtangga dan membimbang anak-anak rela menjadikan hidupnya gelap. Malah maruah telah musnah. Kehidupan mereka kotor. Mereka tidak ambil kisah perkembangan di luar. Mereka khayal dengan dadah. Malah sambil lewa mereka menyuntik sendiri tanpa memikirkan akibatnya.

Wanita yang datang dari pelbagai negeri - Terengganu, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Ternyata mereka benar2 hanyut di Kuala Lumpur. Dadah menjadi pemusnah hidup mereka. Mereka sanggup melacur untuk membeli dadah. Maka jika begini berterusan sudah istilah kembali ke pangkal jalan amat susah wujud dalam kamus hidup mereka.

Dadah pemusnah!!!!

Sunday, October 9, 2011

Bujet -belanjawan 2012

Pembentangan bujet 2012 sudah berlalu dua hari berlaku. Namun masih rancak diperbual oleh rakyat. Ternyata ramai yang mengambil berat. Cuma perlu jugak diketahui ada kalangan mereka yang tidak selesa dengan bujet berkenaan seperti petugas swasta. Nampaknya tak ada suatu yang baru berkaitan dengan mereka dalam bujet berkenaan.
Memang hakikatnya tidak dapat dipuaskan semua hati manusia di dunia ini. Apapun yang dirancang dan dilaksanakan sudah tentu ada yang tidak puas hati. Makanya, timbullah macam andaian sehingga ada kalangan tertentu putar belitkan fakta. Kenapa begini jadinya?
Kini yang membimbangkan rakyat ialah impak kenaikan gaji dan lain2 kemudahan yang bakal dilaksanakan itu menyebabkan para peniaga naikkan harga barang. Jika sudah naik harga barangan itu tentunya untuk turun harga amat payah sekali. Kemungkiran harga turun itu susah untuk berlaku. jika perkara ini berlaku sudah tentu ia amat membeban rakyat. Yang lebih menyedihkan lagi apabila sesesuah keluarga itu miskin tetapi tidak mendapat haknya. Kini yang perlu jiran atau jawatankuasa yang berkaitan hendaklah segera bertindak.
Memang wang bukan segalanya tetapi wang adalah keperluan dalam hidup. Pelbagai berlaku jika wang tidak cukup. Ada yang sanggup mencuri dan membunuh kerana maukan wang yang banyak. Wang itu menjadi kawan dan wang juga boleh menjadi lawan.

Friday, October 7, 2011

Bujet 2012 satu


Pembentangan bujet hari ini ditunggu-tunggu sejak pagi. Semalam kami diingatkan bahawa petang ini assignment bengkel ialah menonton YAB Perdana Menteri membentangkan bujet. Tepat jam 4.00 petang suasana bilik latihan sunyi cuma kedengaran suara PM dari skrin tv. Nak dijadikan cerita nak memilih saluran tv untuk menonton pun kena undi. Ini disebabkan ada peserta nak tgk stesen RTM dan ada juga nak tgk TV3. Namun hasil undian, akhirnya kami menonton TV3. Ternyatakan semuanya amat berminat dan tekun mengikuti pembentangan.
PM nampak yakin dan segak . Dia berbaju Melayu merah dan bersongkok. Tersemat logo 1Malaysia di sebelah kiri dadanya. Sesekali dia memandang ke depan dan nampak wajahnya putih bersih. Suaranya jelas. Beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris disebut ketika pembentangan.
Suasana dalam bengkel pula masih diam dan terdapat kalangan peserta yang menongkat dulu sambil menonton, bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh, menulis sambil sesekali mata diangkat di kaca tv. Namun ada juga yang memejam mata mungkin telinganya mendengar. Semuanya dengan gaya yang tersendiri. Yang penting ada perkara yang mau ditunggu. Ada yang tunggu kenaikan gaji, penurunan harga barangan makanan, rumah, cukai pendapatan, dan sebagainya.
Biasanya pembentangan ini panjang kerana pelbagai perkara akan disentuh. Semuanya berkaitan dengan kehidupan rakyat dan pembangunan negara. Memang tidak mudah menyediakan laporan yang dibentang itu. Sudah tentu ramai balik lewat dari pejabat ketika menyediakan bahan untuk dibentangkan hari ini.
Apa yang diharapkan impak dari pembentangan ini memberi faedah kepada semua golongan rakyat. Ia sesuai dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kewujudan sokongan rakyat adalah pemangkin kepada kemenangan Kerajaan.
Setiap tahun pembentangan bujet diadakan dengan menerapkan perkara-perkara penting untuk rakyat dan negara. Selepas pembentangan maka pelbagai huraian dan ulasan akan dilaksanakan sama ada di media cetak atau elektronik. Malahan perbualan di kedai-kedai kopi pun berkaitan dengan bujet. Tahniah kepada mereka yang peka dengan pembentangan bujet ini.
Selamat berbujet