Monday, October 10, 2011

Dadah Pemusnah Hidup Wanita

Saya terpaku seketika bila membaca artikel bertajuk "Rumah tampak sarang penagih wanita". Alangkah sedihnya wanita berjiwa lembut tapi waja terjebak ke lembah hina itu. Jika ditenung2 tidak disangka Kuala Lumpur yang mempunyai bangunan pencakar langit masih terdapat di dadanya rumah-rumah kecil yang menyakitkan mata memandang. Memang tidak terbayang rumah yang dibuat sendiri dan menggunakan barangan terpakai itu dihuni wanita berumur dan muda. Kenapa mereka berada di kawasan yang demikian? Adalah mereka tidak suka kepada pembangunan?

Kampung Periuk tempat letaknya rumah tampal di atas tanah rizabsebuah agensi kerajaan. Ia berhampiran dengan Jalan Dewan Sultan Sulaiman. Kawasan itu agak terlindung dari pandangan mata kerana ia berbukit . Keadaan itu menyebabkan penghuninya selesa untuk bersantai sambil menghisap najis dadah. Namun tidak ramai yang mengetahui aktiviti mereka atau ada yang buat tidak kisah saja.

Melihat suasana sekitar memang tidak teratur dan kotor. Mereka menggunakan air dalam tong besar untuk mandi . Keadaan sekitar agak lembab dan malap. Memang tidak sesuai untuk dihuni. Namun bagi mereka ia seolah-olah hotel yang indah dan berbintang2. Ini disebabkan rumah itu cuma menjadi markas untuk mereka melepak dan menghidap dadah di siang hari.

Penghuni di rumah tampal sebahagiannya wanita. Mereka seolah-olah terasing dan terbuang. Mereka hilang panduan sehingga menjadi pelacur di malam hari. Mereka mula keluar di waktu senja dan balik di awal pagi. Semalaman mereka berjaga untuk melayan sesiapa yang terkena dan siang mereka tidur dan rehat.

Kenapa wanita yang sepatutnya menjadi penyeri rumahtangga dan membimbang anak-anak rela menjadikan hidupnya gelap. Malah maruah telah musnah. Kehidupan mereka kotor. Mereka tidak ambil kisah perkembangan di luar. Mereka khayal dengan dadah. Malah sambil lewa mereka menyuntik sendiri tanpa memikirkan akibatnya.

Wanita yang datang dari pelbagai negeri - Terengganu, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Ternyata mereka benar2 hanyut di Kuala Lumpur. Dadah menjadi pemusnah hidup mereka. Mereka sanggup melacur untuk membeli dadah. Maka jika begini berterusan sudah istilah kembali ke pangkal jalan amat susah wujud dalam kamus hidup mereka.

Dadah pemusnah!!!!

No comments:

Post a Comment