Tuesday, October 11, 2011

Dunia Seni Kehilangan lagi


Emak saya amat meminati biduan Ahmad jais. Ketika saya kecil lagi nama Ahmad Jais memang sering disebut2 emak kerana merdu suranya. Emak menyebut beberapa tajuk lagu yang dia suka, iaitu di ambang sore, gelisah, mengharap sinar menelan kabus, lembarn terakhir dan banyak lagi. Semua lagu itu memang luar biasa merdunya. Mungkin disebabkan suara Ahmad Jais yang tidak aa tolak bandingnya.

Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau semasa Majlis Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya di Permatang pauh anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ahmad Jais bersama Uji Rashid, Hail Amir, Jacylin Victor dan ramai lagi mengadakan persembahan sempena majlis tersebut. Ternyata beliau sentiasa senyum bila bertemu dengan setiap peminatnya.

Kini beliau telah pergi meninggalkan alam maya ini untuk selama-lamanya. Dunia seni tanah air kehilangan besar. Beliau umpama sebutir bintang yang terus bersinar dalam dunianya. Bakatnya harum mewangi di setiap penjuru alam. Namun beliau tinggalkan harta yang tidak ternilain harganya, iaitu lagu2 merdunya. Walaupun beliau tidak ada lagi di dunia ini namun lagu2nya tetap mendodoikan semua peminat. Pencinta akan terus merasakan ketiadaannya seperti ada jua.

Ahmad jais satu nama besar yang cukup bersih. Beliau berasal dari dari Kapar, Klang. Sepanjang pengetahuan saya beliu tidak pernah bergaduh dengan sesiapapun. Beliau cuma fokus dengan dunia seninya. Saya kerap bertemu dan mendengar beliau menyanyi secara "live" semasa bertugas di Kementerian kebudayaan, Kesenian dan Warisan lagi.

Ahmad jais meninggal pada usia 75 tahun setelah dimasukkan ke hospital selama dua minggu
kerana menghidap masalah paru-paru dan asma. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 Shah Alam. Tarikh pemergian beliau 11 Oktober 2011 jam 9.20 akan tercatat dalam kenangan dunia seni tanah air.

No comments:

Post a Comment