Thursday, June 3, 2010

sumpahan berakhir setelah 420 tahun

Benarkah Puteri Saadong yang terkenal pada zaman pemerintahannya di Negeri Kelantan ada bersumpah? Apakah setelah 420 tahun sumpahan itu berakhir dengan munculnya seorang puteri jelita bernama Raja Tengku Puteri Anis Raja Sazali? Puteri Anis adalah keturunan ketujuh dalam salasilah Puteri Saadong. Nah! sumpah Puteri Saadong tidak akan menjejakkan kaki ke bumi Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.



Puteri Saadong kisah legenda dan mempunyai unsur mitos yang mengandungi kisah silam pemerintah seorang puteri di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Memang sedih cerita Puteri Saadong kerana suaminya meninggal disebabkan tercucuk dek cucuk sanggulnya sendiri. Kematian suaminya Raja Abdullah menyebabkan Puteri Saadong meninggalkan Kota Mahligai dan mengasingkan diri menjadi raja di Bukit Marak dan kemudian menyendiri di Nenggiri, di selatan negeri ini.



Kini, tiba-tiba muncul Puteri Anis keturunan ketujuh Puteri Saadong. Apakah fakta ini benar? Pelbagai versi cerita lama mengenai Puteri Saadong seperti tidak mempunyai zuriat. Namun tidak ada bukti pulak dia tidak memiliki pewaris kerana selepas puteri berhati waja itu menghilangkan diri. Ada yang cerita yang tidak terungkai dia mengikut raja siam demi keselamatan rakyatnya tetapi tidak disentuh langsung.



Kemunculan Puteri Anis selepas 420 tahun sumpahan Puteri Saadong timbul pula versi cerita puteri itu melarikan diri ke Aceh dan bertemu jadoh dengan Sultan Gowa. Mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Puteri Kesumawati Jumro Kapilin. Dia merupakan penyambung zuriat dan generasi pertama bagi Puteri Sadong yang memakai gelaran Puteri Hijau apabila berada di Aceh. Nah! sudah tentu dengan gelaran baru itu dia tidak dikenali semua. Adakah ini satu strategi untuk keselamatan dirinya?



Apa yang penting kehadiran Puteri Anis yang dilahirkan di machang ini mendakwa menyimpan beberapa bukti yang menjadi khazanah peninggalan Puteri Saadong. Ia perolehi daripada waris-waris puteri itu di seluruh negara termasuk alim ulama di Arab Saudi dan rantau Asia. Ini bukan datu usaha yang mudah. Sudah tentu Puteri Anis mempunyai semangat kecintaan yang jitu demi sebuah perjuangan. Setelah menemui lebih 500 orang yang dijejakinya bersama keluarga sejak berusia balasan tahun lagi. Antara barangan warisan Puteri Saadong itu ialah kalung trisula, mahkota kelantan, sarung dan songket yang boleh dijadikan bahan penyelidikan bagi menentukan kesahihan.



Jika benar Puteri Anis pewaris yang jitu maka akan berakhirlah sumpahan Puteri Saadong kerana dia keturunan ketujuh. Mungkin juga akan menyemarakkan perjuangan raja seorang wanita yang begitu menyerlah ketika zaman pemerintahnya. Akan wujud di depan mata waris seorang raja yang telah menjadi legenda yang sering menjadi renungan dan tatapan kisah silamnya melalui pementasan sahaja.



Memang tidak dinafikan kewujudan puteri jelita yang merupakan anak kepada pasangan Raja Fauziah Syed Yaacob dan Raja Sazali Raja Hassan menimbulkan persepsi yang berbeza2. Para pencinta legenda Puteri Saadong ada yang tidak selesa dan mungkin tercabar atau persoalan negatif dan positif akan tindih menindih. Apapun jika benar sumpahan itu akan berakhir apakah yang akan terjadi?



Selepas 420 tahun sumpahan seorang puteri yang hatinya retak dan melarikan diri bukan jangka masa yang sedikit. Semua generasi ketika itu sudah tiada. Tidak dapat bukti daripada warisan hidup. Namun catatan sejarah boleh membantu. Maka, kita tunggulah hasil penyelidikan yang berlandaskan bukti2 yang dikemukakan...



Salam Puteri Saadong..

9 comments:

  1. 420 tahun baru 7 keturunan muncul.420 bahagi 7 =60 tahun.maknanya ptri saadong umur 60 baru dpt anak sorang keturunan pertama.bila keturunan pertama umur 60,baru dapat anak yg dikira keturunan kedua.xlogik seorang yg berumur 60tahun boleh beranak dan anak cucu dia kene tggu 60 tahun bru beranak.pada hemat saya, dlm tempah 420 tahun ni lebih dr 7 keturunan boleh keluar.ok cuba bayangkan tahun 1900,lahir la sorang yg bernama abdullah.lpstu umur dia 25,dia kawin dan dpt anak.masa tu adalah tahun 1925.ok anak nama Ahmad dia pulak kawin umur 25 dan dapat anak(generasi ketiga)nama abu .tu baru 1950.ok seterusnya abu (gen ke tiga@cucu abdullah td) kawin jugak umur 25,dapat anak nama Kasim pd 1975(tu dah masuk generasi ke 4).ok kasim pulak kawin 30 pada taun 2005,dpt anak nama zulkifli (generasi kelima).

    nah,dlm tempoh 105 tahun, dah boleh ada lima generasi.cuba bayangkan kalau 420 tahun? bukan boleh smp 20 generasi?

    setiap maklumat yg sampai kepada kita perlu diselidiki dahulu kesahihannya melalui sedikit kajian dan kerja matematik simple mcm sy buat.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. kesatuan pejuang malaysia> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

    sekian terima kasih -peace- (^^)

    ReplyDelete
  3. Apakah terjadi dan di mana kini wanita yang mengaku keturunan Puteri Saadong itu?

    ReplyDelete
  4. dengar cerita puteri saadong masih hidup wallahualam

    ReplyDelete
  5. dengar cerita puteri saadong masih hidup wallahualam

    ReplyDelete
  6. Keturunan ke7 itu terpilih. Sekarang keturunan
    Keturunan puteri saadong dh lebih dr 7. Tp puteri Anis mgkn bkn keturunan puteri saadong.

    ReplyDelete
  7. Xde mustahil.. puteri saadong @ cik siti wan kembang tu keturunan para wali..

    ReplyDelete
  8. Siapa yg berusaha dia akan bertemu jalan yg mereka lalui itu....setelah sampai maka bertemulah dengan mereka...(al fatihah )

    ReplyDelete
  9. Emmm..apa apa pun yang benar tetap benar.yang salah tetap salah

    ReplyDelete