Monday, July 3, 2017

TN50 untuk masa depan negara

Mungkin masih ada yang belum mengerti mengenai program TN50. Ada juga yang masih tertanya2 akan kebaikan yang bakal diperolehi dari agenda negara itu.  Apa yang mustahak sebagai rakyat Malaysia kita kena menyokong aktivti begini untuk pembangunan negara. Penduduk  Malaysia memang bertuah  dan beruntung kerana mempunyai pemimpin yang sentiasa bersedia mengurus pentadbiran rakyatnya.

Kini, kita mempunyai sebuah gagasan yang besar yang perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan demi  kemajuan Malaysia, iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50). TN50  mempunyai matlamat jangka panjang untuk menjadikan Malaysia antara negara termaju di dunia dengan keterampilannya sendiri.

Sesungguhnya, hasrat TN50 bagi  mewujudkan  sebuah rekod aspirasi  negara  yang meluas liputannya, namun digabung rapi untuk panduan masa depan negara ke arah 33 tahun akan datang yang diperolehi dari pelbagai platform.

Program ini kelihatan lebih unik kerana ia dilaksanakan secara bottom up (dari rakyat kepada kerajaan) dan tidak lagi secara top down (kerajaan kepada rakyat). Oleh itu, perlu ada strategi yang berkesan dalam memberi kefahaman kepada rakyat mengenai TN50 di peringkat akar umbi bagi mendapatkan penyertaan segenap lapisan masyarakat yang mempunyai semangat positif dan optimis.

Selain itu, TN50 adalah kesinambungan dasar-dasar jangka panjang terdahulu yang membolehkan kerajaan menyediakan hala tuju negara dalam melakar sebuah negara bangsa unggul, berwibawa dan melahirkan generasi terbaik.  Untuk merealisasikan TN50 negara memerlukan generasi muda yang mempunyai semangat juang dan kesungguhan tinggi dalam menghadapi zaman yang lebih mencabar.

Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa  jika ingin tengok generasi akan datang, tengoklah generasi hari ini. Oleh itu, generasi hari ini dan akan datang perlu ada pendidikan, ilmu, pengetahuan, akhlak, takwa, keazaman dan semangat patriotik yang tinggi demi mencapai kejayaan Malaysia yang terunggul.

Justeru  itu, mari kita bersama  bergerak serentak sehati sejiwa untuk membina masa depan negara dengan klasnya tersendiri. Adalah  menjadi hasrat negaraku supaya rakyat akan mengetahui, memahami dan menghayati TN50 dengan membaca majalah Menteri keluaran kali ini. Sekian.


#TN50


Garam Bukit banyak khasiat



Garam bukit mengandungi beberapa khasiat, antaranya ialah:

A. Untuk  merendam kaki 

1. Melancarkan peredaran darah seluruh tubuh
2. Membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus
3. Melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki
4. Mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian berdiri & berjalan

B. Garam bukit mengandungi  84 jenis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.

C.  Perlu kita contohi amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan.  Kajian sains membukti bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadamkan makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun yang mengakibatkan pelbagai penyakit dan juga ia ternyata berkesan merawat pelbagai penyakit seperti:-

1. Keracunan makanan
2. Darah Tinggi
3. Lelah/Semput/Asma 
4. Angin Ahmar
5. Gout
6. Batu Karang / Batu Hempedu
7. Kencing Manis
8. Menguatkan struktur tulang (kalsium).
9. Kardiovaskular.
10. Migraine
11. Penyakit Kulit
12. Luka akibat kemalangan

D.Selain itu, garam bukit juga berfungsi untuk perkara berikut:

1.  Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
2.  Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
3.  Menganjalkan saluran darah
4.  Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
5.  Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
6.  Melaraskan kelancaran sistem saraf
7.  Membantu pembaharuan semula sel-sel
8.  Membantu pergerakan otot-otot usus
9.  Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
10.Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral
11.Menstabilkan tekanan dan mengimbangi faktor PH darah.
12.Meleraikan gumpalan sel darah merah dan melancarkan pengaliran darah.
13.Meningkatkan kadar oksigen dalam darah.
14.Membantu membina sel-sel baru.
15.Menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. 
16.Mempermudahkan pergerakan otot-otot usus.
17.Membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.
18.Melancarkan sistem metabolik badan.
19.Membantu penyerapan vitamin dengan lebih berkesan.
20. Membantu struktur tulang.
21.Memusnahkan asid urik.
22.Mengurangkan ketagihan makanan manis.
23.Sesuai untuk ibu-ibu mengandung bagi tumbesaran bayi yang sihat.
24.Menstabilkan denyutan jantung yang tidak sekata.
25.Merawat tumit kaki yg pecah / merekah


Selamat mencuba garam bukit anugerah Allah swt ini.

Hujan keramat itu


Hujan yang turun itu
adalah cerita keramat yang panjang
hujan itu turun di atas kehendak-Nya jua
ada rahmatnya
bila program seorang pemimpin berpaling arah dibatalkan
lalu mengalirlah keramat itu di bumi
cerita fitnah pun tak bersambung
syukurlah banyak telinga yang selamat
biarlah sejuk ini hingga ke malam
didoakan esok cerah seisi alam

Kemudian nanti
hujan itu turun lagi
keramat dari-Nya  jua



Cerita ketika berada di bumi kenyalang

Jauh berjalan luas pandangan. Memang tak kusangka perjalanan saya di bumi Kenyalang tercipta ilmu dan kenangan yang terlalu mahal harganya. Mari kita kongsi dalam blog #ariahjudah ini tentang sultan pertama dan terakhir Negeri Sarawak. Cerita ini bermula semasa saya bersama rakan melawat Santubung ketika itu.  Saya begitu tertarik dengan sebuah makam di atas bukit. Tak sempat bertanya pemandu itu menyatakan bahawa makam itu milik Sultan Tengah yang pernah menjadi Raja Sarawak.  

Saya macam pelik pada mulanya. Benarkah keterangan itu atau cuma rekaan semata2. Tanpa berlega kami turun dan naik bukit di tepian jalanraya itu untuk melawat makam berkenaan. Ternyata ada catatan di sekitar makam itu.  Begini ceritanya, lebih kurang 200 tahun sebelum Brooke menjadi Rajah Putih dari Sarawak, Sarawak berada di bawah jajahan Kesultanan Brunei.  Sesungguhnya  tak ramai yang tahu  bagaimana Sarawak diperintah oleh Kesultanan Brunei tetapi berkemungkinan adalah dibawah perluasaan jajahan. Sultan yang dimaksudkan bernama Sultan Tengah yang akhirnya dimakamkan di tanah Sarawak.


Ada dinyatakan bahawa semasa Sultan Muhammad Hassan, Sultan Brunei kesembilan yang memerintah (1582-1598)  meninggal Dunia, takhta itu diwarisi oleh putera sulungnya, Sultan Abdul Jalilul Akbar.  Sultan Abdul Jalilul Akbar mempunyai adik bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah atau Sultan Abdul Jalilul Akbar yang mempunyai adik bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah atau yang lebih dikenali sebagai Raja Tengah.



Menurut cerita lisan, Sultan Tengah atau Pengiran Muda Tengah ingin menjadi Sultan Brunei juga. Dia menegaskan bahawa abangnya lahir ketika ayahnya belum dilantik menjadi putera mahkota sedangkan Sultan Tengah lahir ketika Sultan Muhammad Hassan (Ayahnya) dilantik sebagai putera mahkota. Sultan Tengah atau Pengiran Muda Tengah berpendapat beliaulah yang lebih sesuai untuk menjadi Sultan.


 Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah orang bijak. Dia mengerti maksud adiknya dan cuba memenuhi keinginan saudaranya. Salah satu jalan keluar untuk Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah melantik Pengiran Muda Tengah sebagai Sultan di tempat lain. Pengiran Muda Tengah kemudiannya dilantik sebagai Sultan Sarawak, memandangkan Sarawak adalah dibawah pemerintahan Brunei.

Menurut Salasilah Raja-Raja Brunei, Pengiran Muda Tengah menerima pelantikan tersebut dan membuat persiapan untuk pergi ke Sarawak. Pemergian beliau ke Sarawak ditemani lebih daripada 1,000 askar dari suku Sakai, Kedayan dan Bunut mereka adalah penduduk asal kepulauan tersebut. Beberapa orang pembesar istana juga pergi bersama-sama dengan dia untuk membantunya menbentuk negara baru. Kebanyakan dari mereka adalah nenek moyang kepada masyarakat Melayu hari ini di Sarawak.

 Semasa dalam pelayaran kembali ke Sarawak, kapal Sultan Tengah dilanda ribut yang menyebabkan kapalnya kehilangan kemudi utamanya. Kapalnya terkandas di Sukadana,  Kalimantan. Kalimantan hari ini di Indonesia. Sukadana dibawah pemerintahan Pengurangan Giri Mustika sebelum memeluk islam dan mengunakan gelaran Sultan Muhammad Saifuddin setelah memeluk Islam yang dibantu oleh Syeikh Syamsuddin dari Mekah. Sultan Tengah juga belajar di bawah Syeikh Syamsuddin selama tinggal di sana.

Di Sukadana, Sultan Tengah berkahwin dengan seorang puteri, Puteri Surya Kesuma, adik Sultan Muhammad Saifuddin. Sultan Tengah tetap tinggal di Sukadana dan meminta untuk kebenaran untuk membantu menyebarkan Islam sekitar kawasan. Kebenaran diberikan hanya di sekitar Sungai Sambas. Dalam tahun 1600, Sultan Tengah meninggalkan Sukadana melalui Sungai Sambas dengan  40 perahu semua dilengkapi dengan senjata.

Di Sungai Sambas, mereka mendarat di Kuala Bangun dan kemudian Puteri Surya Kesuma melahirkan seorang putera bernama Radin Sulaiman. Dua putera lain juga lahir kemudian disana. Putera kedua dikenali sebagai Pengiran Badaruddin yang kemudian menjadi Pengiran Bendahara Seri Maharaja dan seorang putera ketiga, Pengiran Abdul Wahab yang kemudian menjadi Pengiran Temenggong Jaya Kesuma.



 Sultan Tengah akhirnya tiba di Kota Lama. Di sana, dia disambut oleh Ratu Kota Lama, Ratu Sepudak yang menyambutnya dengan penuh istiadat dan protokol kerajaan. Sultan Tengah mendapati bahawa Ratu Sepudak membolehkannya untuk menyebarkan Islam di sekitar daerah meskipun ia bukanlah seorang Muslim. Kemudian selama tinggal Kota Lama, putera tertua Sultan Tengah, Radin Sulaiman berkahwin dengan puteri Ratu Sepudak, Mas Ayu Puteri Bongsu. Pasangan itu mempunyai seorang putera bernama Radin Bima yang kemudian menjadi Sultan Muhammad Tajuddin.

Ketika Ratu Sepudak meninggal dunia, beliau  digantikan oleh Pengiran Prabu Kenchana yang dilantik Radin Sulaiman sebagai salah satu wazir-nya. Cerita juga mengatakan bahawa Ratu Sepudak ingin takhtanya diberikan kepada Sultan Tengah kerana beliau berpengalaman mentadbir negara tapi hal ini  ditentang oleh keluarga kerabat diraja.
Sekitar 1630, Sultan Tengah pergi ke Matan. Dalam Matan, beliau berkahwin dengan salah satu Puteri Matan yang kemudian melahirkan Pengiran Mangku Negara. Pengiran Mangku Negara akhirnya menjadi Sultan Matan.

Setelah tinggal beberapa tahun di Matan, Sultan Tengah kembali ke Sarawak. Dalam perjalanan kembali ke Sarawak, beliau berhenti di suatu tempat yang disebut Batu Buaya di Santubong. Di sanalah dia dibunuh oleh salah seorang pengikutnya.

Ketika berita kematiannya sampai ke Sarawak, Datu petinggi, Shahbandar Datu, Datu Amar dan Datu Temenggong datang ke Santubong untuk menyelesaikan upacara pengebumian sesuai dengan tradisi kerajaan Brunei. Dikatakan bahawa dia meninggal pada tahun 1641 sekitar 10 tahun selepas Radin Sulaiman menjadi Sultan Muhammad Saifuddin I di Sambas. Sultan Muhammad Saifuddin I digantikan oleh Sultan Muhammad Tajuddin I, kemudian diikuti dengan silasilah panjang Kesultanan Sambas sehingga zaman moden.


bersambung....








Kelonggaran syarat tentang Bahasa Melayu dalam pelantikan kontrak Pegawai Perubatan



Apa sudah jadi dengan perkembangan Bahasa Melayu sekarang? Nampaknya bukan semakin gah tetapi semakin menjunam nampaknya. Suatu ketika dahulu  bahasa ini hebat. Kini, ia hebat dibicarakan dalam media tentang kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengambilan Pegawai Perubatan Gred UD41 secara kontrak. Lain macam saja tindakan ini. Bagaikan tidak mendaulatkan BM sebagai Bahasa Kebangsaan negara. 

Bila diteliti melonggarkan syarat berkenaan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.  Nah! ternyata BM itu sebagai Bahasa Kebangsaan wajib didaulatkan dalam semua bidang ilmu dan amalan profesional di negara ini terutama dalam konteks pelantikan penjawat awam. Dulu2 pada tahun 1970-an kerajaan menetapkan syarat kepujian dalam Bahasa Melayu untuk bekerja di dalam sektor awam, tetapi kebelakangan ini dilonggarkan hanya perlu lulus sahaja.  Ketika dahulu ramai yang perlu berusaha untuk menduduki kertas Bahasa Melayu pada bulan Julai untuk disahkan dalam jawatan. Betapa cantiknya usaha masa itu untuk mendaulatkan Bahasa Melayu.

Sebenarnya syarat lulus bahasa Melayu itu perlu meliputi semua peringkat perjawatan tanpa mengira sama ada kontrak, sementara atau tetap selagi mereka berkhidmat di Malaysia.  Negara ini ada bahasa rasmi atau bahasa kebangsaannya tersendiri.  Sebenarnya bukan susah sangat pun untuk berbahasa Melayu kerana ternyata ramai petugas asing yang dapat belajar BM dalam masa yang singkat. Yang penting kemahuan dalam perjuangan.  Jika nak seribu daya, jika tak nak seribu dalih.

Saya bukan emosi dalam membincangkan isu bahasa Melayu ini tetapi secara rasionalnya kenapa mesti ada kelonggaran untuk Pegawai Perubatan?  Apakah mereka ini terlalu istimewa dalam bidang profesionalnya.  Apa yang nyata para doktor ini perlu berkomunikasi dengan pesakit. Mereka menggunakan komunikasi lisan dan bukan bahasa isyarat.  Jika mereka tidak mahir atau salah faham bahasa boleh membawa maut kepada pesakit terutamanya di luar bandar.  Mungkin tiada berlaku sekarang tetapi dalam jangka masa panjang tidak hairan boleh terjadi jika kelonggaran begini dilaksanakan. 

Kenapa masih ada warga negara ini begitu memandang enteng dengan bahasa Melayu yang juga bahasa rasmi negara.  Kenapa kita tidak seperti negara Jepun misalnya yang begitu bangga dengan bahasa Jepunnya. Negara Indonesia juga mampu menyebarkan luaskan Bahasa Indonesianya ke merata dunia. Malahan, orang Malaysia sendiri bila bercakap dengan orang Indonesia (sama ada di Malaysia atau di Indonesia) secara automatik bertukar lingguk atau menggunakan bahasa Indonesia.

Bagi saya tindakan pihak berkenaan tidak wajar diteruskan dalam mewujudkan perpaduan nasional yang aman dan harmoni.  Semua kena terima hakikat bahawa semua penduduk dan warga negara ini perlu tahu dan faham berbahasa Melayu. Setiap jabatan dan agensi serta warganya bertanggungjawab sentiasa mengangkat dan memertabatkan BM  terutamanya dalam kalangan kakitangan awam. Sewajarnya semua penduduk yang tinggal dalam negara ini jugak perlu tahu dan faham BM dalam urusan kehidupan masing2.

Kenapa perlu terlalu mudah memberi kelonggaran mengenai indentiti yang telah termaktub dalam perlembagaan? Apa keuntungannya jika Pegawai Perubatan itu tidak mahir berbahasa Melayu???  Sesunggunya, BM ini juga telah menjadi bahasa perdagangan antarabangsa sejak kegemilangan Negeri Melaka lagi. Andainya kelonggaran syarat ini dipraktikan, maka bagaikan menjual maruah bahasa kebangsaan itu sendiri.  Fikir-fikirkan le ye... jangan jadi seperti kera di hutan disusui, anak di pangkuan dilepaskan.

#bahasamelayuterpinggir


Thursday, April 6, 2017

Bahasa Melayu dan perkembangannya

 Apa sebenarnya berlaku ada yang merasa malu bila bercakap dalam bahasa Melayu? Kenapa perasaan begitu timbul sedangkan mereka lahir di negara ini? Di manakah semangat cintakan bahasa dan negara sendiri? Atau ada dalam kalangan mereka beranggapan bercakap dalam bahasa Melayu bagaikan klasnya tak segah bertutur dalam bahasa Inggeris?

Sesungguhnya, Bahasa Melayu termaktub dalam perlembagaan negara sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara ini. Bahasa ini boleh menjadi bahasa perantaraan dan ilmu seperti bahasa Indonesia, bahasa Jerman, bahasa Jepun , bahasa Perancis dan sebagainya. Namun sehingga kini imej bahasa Melayu masih di tahap yang kurang memuaskan.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara mempunyai susur galur sejarahnya yang tersendiri sejak mula digunakan oleh masyarakat zaman Kerajaan Srivijaya.  Malahan, tidak dinafikan bahawa bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perdagangan ketika kegemilangan Negeri Melaka.

Menurut Munsyi Dewan, Encik Mohd Noor Abdullah,  bahasa Melayu turut dicatat dalam buku tulisan pegawai Portugis, iaitu Jan Hugen Van Linschotten sebagai bahasa yang dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur.  Selain itu, bukti lain yang menggambarkan martabat bahasa Melayu adalah pada surat menyurat antara pentadbir dam raja seperti surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton pada tahun 1602.

Ternyata bahasa Melayu pernah berada dalam arena antarabangsa dan menjadi sebutan dan tulisan masyarakat dunia.  Kenapa imej bahasa Melayu kini dilihat seolah2 tidak diendahkan? Ini terbukti dalam mesyuarat2 penting bahasa Inggeris lebih diutamakan sedangkan hampir semua ahlinya mahir berbahasa Melayu?  Apakah sikap masyarakat sekarang tidak mempunyai semangat untuk mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu? Mereka tidak terfikir bahawa jika sesuatu bahasa itu tidak diamalkan, ia akan beransur hilang dan cuma tinggal nama sahaja. 

Bahasa Melayu sewajarnya dituturkan oleh orang Melayu dan penduduk Malaysia. Tetapi terdapat segelintir penduduk negara ini tidak suka atau tidak yakin atau malu menggunakan Bahasa Melayu dalam berkomunikasi. Malahan, mereka lebih rela menggunakan bahasa rojak untuk kelihatan pandai berbahasa Inggeris dan lebih 'standard' kononnya. Aduhaiii... sampai bilakah orang kita tidak mau mencipta identiti sendiri. Betapa ketinggalannya kita dengan masyarakat Indonesia yang begitu bangga dengan bahasa Indonesianya. Mereka berjaya menyebarkan bahasanya tanpa sempadan bahasa lain. Sebagai contoh saya terjumpa orang Jepun begitu fasih berbahasa Indonesia ketika saya berkursus di negara matahari terbit itu.  Begitu juga, ketika diberi peluang menghadiri kursus di Australia saya bertemu dengan seorang lelaki Inggeris yang menuturkan bahasa Indonesia dengan baik sekali.  Kedua2 mereka ini mempelajari bahasa Indonesia dalam jangka masa yang tidak lama.

Cuma saya merasa bangga semasa berada di bumi Mekah kerana 90 peratus tanda arah ditulis dalam Bahasa Melayu selain tulisan jawi.  Taukeh dan petugas di kedai sekeliling pun ramai yang pandai berbahasa Melayu. Ini suatu yang cukup baik dalam memperjuangkan Bahasa Melayu dan perkembangannya. Hakikatnya bahasa itu hidup dan tentunya berlaku beberapa perubahan dalam mengekalkannya sebagai warisan.

Sekian. Jumpa lagi #ariahjudah
#bilaajmenulis




Tuesday, March 28, 2017

Tempoh tunggu naik haji dipendekkan



Alhamdulillah saya terasa amat bahagia bila mendapat khabar masa menunggu haji dipendekkan. Dengan kata lain ada yang berpeluang untuk menunaikan haji lebih awal dari jadual yang sebelum ini.  Inilah dikatakan rezeki.  Usaha baik yang berterusan mendapat ganjarannya. Kini ramai yang merasa lega kerana peluang untuk menunaikan haji seolah2 dipercepatkan masanya. Mudah2an segala ibadat mendapat keberkatan Allah swt.

Syukur banyak2 dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia , umat Islam di negara ini amat bertuah kerana mendapat impak hasil lawatan Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.  Malaysia mendapat penambahan kuota  dari 27,900 kepada 30,200 orang dapat menggembirakan 2.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji  yang sudah mendaftar menunaikan ibadat berkenaan.

Apa yang perlu sebelum merancang untuk menunaikan ibadat haji, seseorang itu perlu mendaftar di Tabung Haji dengan depositkan RM1,300. Kini, adalah lebih baik membuat persediaan awal dengan mendaftarkan anak (bagi ibu bapa yang mampu) seawal dia dilahirkan. Niat yang baik, inn sha Allah ada keberkatan dan ada rezeki daripada Allah swt. 

Sesungguhnya, Tabung Haji (TH) adalah pengurus dana Islam terbesar di negara ini.  Saya yakin TH mampu menjaga kepentingan pendeposit berbanding institusi kewangan lain. #ariahjudah2017 #myhebat