Tuesday, January 15, 2013

Terkejut tengok Fauziah Latiff

Di awal pagi begini tiba2 aku teringat muka depan majalah URTV yang baru. Memang berhajat mau beli keluaran terbaru itu selepas terbaca iklan di akhbar. Ini disebabkan ada sesuatu di kulit depan URTV itu. Tertawan saya tengok foto putih bersih Fauziah Latiff. Namun apabila aku beli dan depan mataku URTV itu, aku terkejut tengok betapa seksinya bahagian dada artis itu. Terdedah lain macam saja. Mungkin sengaja di buat. Aku belum pernah nampak Gee berfoto seperti itu. Ye mungkin disesuaikan dengan konsep baju pengantin yang jadi penaja.
Ingin dikongsikan aku memang suka dengan URTV sejak zaman sekolah hingga sekarang. Boleh dikatakan URTV adalah majalah pilihanku. Namun tak semua edisi aku beli. Ini disebabkan cerita dan cover majalah itu menyebabkan aku membelinya. Pemilihan dan reka letak foto dalam URTV menarik perhatianku.
Fauziah Latiff atau Gee memang cantik dan manis. Badan masih slim dan nampak dia tidak dimamah usia walaupun anak2nya dah besar. Menurut cerita dalam majalah itu kini dia solo semula dan masih sibuk dengan aktiviti keseniannya termasuk lakonan. Dia juga terkenal dengan sukan berkuda dan scuba. Wah! hebat aktiviti artis yang pernah kahwin dengan TB keturunan kerabat DiRaja Selangor dan Perlis ini. Semasa Gee berada di puncak populariti dia berkahwin dan dia terus dipuja. Kebetulan sokongan mentuanya begitu hebat. Dia juga seorang wanita yang kental, berani dan memang cantik manis. Namun jodohnya tak panjang sehingga tak sempat dilaksanakan majlis persandingan yang dirancang begitu indah sekali.
Gee membujang agak lama jugak. Dia tetap sibuk dengan aktiviti nyanyiannya sehingga dia ketemu jodoh dengan seorang jejaka kaya. Suami bersama keluarganya sering berhari raya di luar negara. Gee juga bernikah di luar negara. Mungkin mereka lebih selesa berada di luar Malaysia. Setelah beberapa tahun kebahagiaan dikecapi akhirnya jodoh Gee sekali lagi berakhir dan kini kembali solo.

1 comment:

  1. gee memang lawo... tapi adakah wajahnya asli cantik??? tapi maybe produk SKII yang digunakan membuatkan mukanya kelihatan sempurna

    ReplyDelete