Sunday, January 13, 2013

Nyawa bayi terancam tanpa mesin oksigen

Terkedu membaca berita derita seorang bayi. Namanya Hazim yang bergantung hidup dengan mesin oksigen. Mesin itu seolah2 penyambung nyawanya. Ia ditanggalkan ketika si kecil itu dimandikan.Terasa betapa pilu hati ibunya. Hidup bayi yang berusia 18 bulan itu amat mencabar dan dalam bahaya. Dia berdepan dengan maut jika tidak dijaga denga betul. Bayi sekecil itu menghadapi serangan 3 virus. Yang sedihnya salah satu virus itu mengganggu saraf otaknya.
Terbayang2 di mata saya badan bayi itu akan kebiruan jika berenggang walaupun lima (5) minit dengan mesin oksigen. Dia menghadapi masalah paru-paru. Ya Allah besarnya dugaan-Mu untuk sekecil dan ibunya, Siti Noor Anom Naton, 29. Mudah2an mereka dapat menghadapi segala dugaan itu dengan tabah. Menurut cerita ibunya, sejak dalam kandungan lagi Hazim bermasalah kerana didapati saiznya tidak normal iaitu telalu kecil. Disebabkan itu sejak lahir dia didapati menghadapi masalah paru-paru dan mula menggunakan bantuan pernafasan.
Mereka bernasib baik kerana pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) memijamkan mesin oksigen berharga RM6,000.00 selain mesin oksigen mudah alih. Namun Hazim tetap perlukan kemudahan kewangan untuk menanggung kos perubatan.Kata ibunya setiap bulan sebanyak RM1000.00 untuk kos itu sedangkan gaji suaminya cuma RM2,000.00. Alangkah baiknya jika ada yang sudi menghulurkan bantuan. Didoakan semoga dipermudahkan rezeki mereka.

1 comment:

  1. salam...
    saya ada sebuah mesin oksigen yang terpakai. jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. saya ingin menjual mesin itu kerana sudah tidak digunakn lg dan brada dlm mslh kewangan. boleh hubungi saya di nombor ini, 0179578797.

    ReplyDelete