Sunday, January 13, 2013
Mungkin Zizan berlawak solo dalam MLM ke-2?
Zizan berjuang seorang2 lagi dalam Program Maharaja Lawak Mega ke-2 malam Jumaat lepas. Tentu dia gemmuruh lagi. Pasangannya, Johan masih dalam rawatan. Mungkin doktor belum benarkan dia bergerak pentas atau aktif. Tahniah untuk Zizan yang tabah meneruskan misi Jozan dalam MLM itu. Namun ternyata Zizan boleh kawal pentas dengan idea lawak yang bagus! Penonton tak kering gusi dengan telatahnya.Dia memang berbakat dan berani berdikari serta sahut cabaran berlawak secara solo.
Mungkinkah Zizan akan berjuang dalam MLM ke-2 nanti tanpa Johan? Bererti dia membuat persembahan solo. Belum dapat dipastikan lagi. Jika berlaku maka betapa beratnya bahu Zizan memikul harapan peminat Jozan.Cabaran Zizan tentunya besar kerana sebelum ini dia berbincang dengan Johan sebelum mengadakan persembahan.
Malam Jumaat baru lepas saya terima jugak sms peminat Jozan. Dia tak puas hati sebab Zizan berlawak seorang2. Katanya boring. Ada juga yang hampa dan sedih sebab Johan tak beraksi di pentas MLM itu. Namun ada juga yang komen cukup terhibur dengan lawak Jozan walaupun Zizan seorang. Nah! berlaku percanggahan pendapat. Apa yang perlu peminat kena terima perubahan yang tak disengajakan itu.
Peminat Jozan memang berharap mereka menjadi juara MLM ke-2. Mereka terus bersorak setiap kali Jozan muncul di pentas walaupun Zizan tanpa Johan. Mudah2an setiap peserta MLM dapat mempersembahkan lawak yang bermutu dan menghiburkan penonton serta memuaskan hati para juri.
Labels:
Raja Lawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment