Friday, January 11, 2013

Adakah Jozan akan menjadi juara MLM 2

Zizan terpaksa berlawan lawak di pentas seorang2 apabila kawan Johan rehat seketika kerana menjalani pembedaan. Memang Zizan berdebar dan susah hati tentunya kerana biasanya berdua. Namun yang ternyata, dia berjaya melawak secara solo. Cara pemyampaian lawak bersahaja dengan mesej yang jelas. Penggunaan prop yang menarik dan sesuai dengan dirinya. Mungkin semangat Zizan lebih bersemarak kerana program itu dilaksanakan di negeri sendiri. Tambahan pula tepukan dan sokongan peminatnya tetap bergemuruh. Tidak dinafikan juga faktor Zizan yang masih solo antara daya penarik peminat amat meminatinya.
Sehingga kini, Zizan dan Johan atau Jozan masih mengungguli pertandingan realiti Maharaja Lawak Mega Musin ke-2 (MLM 2) itu. Kini telah berlangsung selama lapan minggu. Mereka memang popular dan undian mungkin berdasarkan populariti. Bagaimanapun 70 peratus daripada markah keseluruhan masih diberikan oleh barisan juri tetap. Jadi, mereka perlu berusaha lagi untuk memantapkan lawak yang mesejnya universal dan jelas, cantik penyampaiannya dan persembahan yang berkualiti.
Kedua2 anak muda yang berbakat ini perlu menyiapkan diri dengan idea2 yang lebih mantap dan memikat. Mereka tidak boleh selesa dengan kedudukan sekarang ini kerana kumpulan2 lain pun mempunyai penyokong yang ramai dan sudah tentu mereka berusaha keras untuk membukti lawak mereka bermutu. Tentunya semua peserta menyimpan impian mengadakan persembahan terbaik dan seterusnya juara MLM 2.

No comments:

Post a Comment