Tuesday, January 15, 2013

Perkampungan orang tua oleh PEWANIS

Betapa teharunya bila membaca sebuah artikal di akhbar Utusan Malaysia tentang perkampungan warga emas bakal diwujudkan. PEWANIS atau Persatuan Wanita Islam Malaysia mencetuskan idea dan usaha yang amat tinggi nilainya. Perkampungan ini menempatkan orang tua terbiar dan disisihkan oleh anak-anak serta keluarga masing-masing. Moga dengan terbinanya perkampungan ini warga yang bersedih akan gembira meniti kehidupan mereka. Selain itu, yang penting semoga ia akan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda supaya lebih menyayangi warga emas. Lebih penting lagi anak-anak sentiasa menghargai dan menyayani ibu bapa sendiri.
Pewujudan perkampungan yang bernilai murni ini bakal dilengkapkan dengan 60 buah rumah di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang individu di Rantau Panjang, Kelantan seluas 1.6 hektar. Selain itu dibina jugak klinik, surau dan perpustakaan. Segalanya itu untuk memudahkan kehidupan seharian golongan warga emas yang menghuni perkampungan yang memang dinanti2kan itu. Ini suatu yang cukup relevan kerana masa kini ramai warga emas yang terbiar, sunyi dan daif kehidupannya tanpa sesiapa di sisi walaupun ada di antaranya mempunyai anak.
PEWANIS begitu memahami ada kalangan warga tua ini senangkan alam sekitar sehingga diwujudkan juga kawasan pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang mereka. Mudah2an usaha murni ini dapat dilaksanakan sesegeranya demi melindungi dan membahagiakan warga emas selagi hayatnya masih ada.

No comments:

Post a Comment