Thursday, January 17, 2013

Bila Shaarnaz nak merisik Shila Hamzah

Shaarnaz mau merisik Shila dalam bulan Mac ini. Adakah rancangan itu akan menjadi kenyataan? Tentu ramai yang menanti mereka menjadi raja sehari. Sebenarnya mula2 dulu aku tak berapa ambil kisah tentang cerita cinta Shaarnaz dan Shila Hamzah ini. Sebelum ini,aku selalu baca berita tentang Shila Hamzah berbanding dengan Shaarnaz. Mungkin disebabkan Shila itu anak kepada ND Lala. Ketika dulu aku suka tengok lakonan ND Lala terutama drama Penghujung Rindu. Heroinnya dalam drama itu ialah Liza Abdullah yang terkenal dengan bulu mata palsunya.
Kini aku selesa mengikut kisah cinta mereka. Aku ternanti2 bila agaknya Shaarnaz mau menghantar rombongan keluarganya untuk bertemu dengan jkeluarga Shila. Mudah2an perancangan Shaarnaz untuk menyunting kekasihnya itu akan menjadi kenyataan walaupun terpaksa menempuh dugaan. Dengar2 Shaarnaz memang mau merisik Shila dalam tahun ini walaupun macam kurang lancar sebab bakal bapa mentuanya tidak memberi lampu hijau. Dia mau Shila menumpukan perhatian dalam kerjaya sehingga betul2 berjaya. Memang tujuan itu baik demi masa depan anaknya Shila. Andainya kejayaan itu dapat mencipta suatu sejarah maka, Shila terbukti membina empayar keseniannya. Ia juga kejayaan ND Lala yang bertungkus lumus membawa anak perempuan sulungnya itu ke lapangan sekarang.
Mudah2an impian pasangan kekasih ini untuk mendirikan mahligai akan tercapai. Adalah diharapkan mereka dapat menempuh segala rintangan dengan baik dan berjaya menangani masalah dengan cemerlang. Kedua2nya memang sesuai untuk berumahtangga kerana Shaarnaz pun sudah 28 tahun dan Shila 23 tahun. Didoakan mereka akan diberkati Allah swt untuk meneruskan niat murni itu.

No comments:

Post a Comment