Friday, January 18, 2013

Johan dan Zizan dalam MLM malam ini

Malam ini adalah penentuan untuk Jozan sama ada berjaya atau tidak untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega ke-2. Tidak dinafikan peminat Jozan mahu mereka menjadi Juara. Namun, tentunya setiap kumpulan telah melengkapkan diri masing-masing untuk berjuang malam ini. Persembahan lawak terbaik dan berkualiti menjadi harapan. Peminat Jozan semestinya berdebar-debar menunggu persembahan mereka setelah dua minggu Zizan bertarung di pentas seorang2. Dengar2 Johan bersama Zizan demi Jozan dalam MLM malam ini. Nah! apakah lawak mereka akan punya taring malam ini? Apakah Johan akan melontarkan idea2 spontan yang terbaik dan memikat? Mampukah Zizan melayan dan menyambut idea2 itu sehingga peminat dan penonton gelak tak henti2 sambil bersorak? Kita tunggu dan lihat saja le... Pertemuan Johan dan Zizan di pentas MLM malam ini memang ditunggu2 para peminatnya. Mereka tentunya mengharapkan Jozan akan menang musim ini.

No comments:

Post a Comment