Tuesday, January 2, 2018

Sessi sekolah 2018 bermula hari dan semalam



Macam2 telatah  atau kerenah anak2 yang memulakan alam persekolahannya hari ini atau semalam. Golongan ibu bapa begitu sibuk menguruskan anak2 mereka ke sekolah.  Mereka bercuti demi anak.  Tahniah semuanya wahai ibu bapa. Amat diharapkan hubungan ibu bapa dan guru tiada lagi timbul perkara yang negatif dan menyedihkan.  Komitmen mendidik anak2 bangsa itu adalah tanggungjawab bersama antara ibubapa dan guru (pendidik). Ternyata anak2 sekarang lebih bertuah kerana kemudahan semuanya ada.

 Teringat masa saya kecik2 lebih 50 tahun yang lalu. Arwah bapak yang hantar ke sekolah. Kami terpaksa berjalan kaki ke sekolah kerana tiada kenderaan.  Sekolah pula dibuat dari papan yang tingkapnya ditongkat dengan kayu. Namun semangat untuk belajar tetap membara.  Walaupun saya anak kampung tiada rasa takut untuk ke sekolah. Malah tak sabar untuk masuk ke bilik darjah. Apa yang nyata saya memang tiada latar belakang ke sekolah taska atau tadika.  Segalanya tinggal kenangan. 

Kini segalanya berubah dengan wujudnya pembangunan dan kemajuan.  Menurut laporan akhbar, seramai 135,761 murid tahun satu di Johor, Terengganu, Kedah dan Kelantan memulakan alam persekolahan bagi tahun 2018 semalam. 56,576 daripada jumlah itu adalah dari negeri Johor, 20,631 dari Terengganu, 30,409 dari Kedah dan Kelantan seramai 28,145 murid. Manakala negeri2 lain memulakan sesi persekolahan  hari ini.

Apa yang diharapkan dalam tahun 2018 ini adalah persefahaman yang padu dan mesra antara ibu bapa dan pendidik. Golongan ibu bapa  diharapkan mengambil langkah yang proaktif untuk meningkatkan  hubungan  dengan warga pendidik di sekolah anak mereka pada tahun ini. Niat dan tujuan kedua2nya antara ibu bapa dan pendidik ialah melahirkan anak bangsa yang menjadi serta peneraju agama, bangsa dan  negara  yang cemerlang terutama mencapai matlamat TN50.

Harapan kepada murid2 pula supaya mengenali dan menghormati guru2nya kerana mereka adalah sebahagian insan dalam hidup anda yang akan mencurahkan ilmu pengetahuan, mencungkil  potensi diri anda, pendidik serta pembimbing nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi membentuk  diri anda menjadi insan yang terbaik dan syumul.

#ariahjudah
#pdnhebat
#storyariahjudah
#TN50

No comments:

Post a Comment