Monday, July 3, 2017

TN50 untuk masa depan negara

Mungkin masih ada yang belum mengerti mengenai program TN50. Ada juga yang masih tertanya2 akan kebaikan yang bakal diperolehi dari agenda negara itu.  Apa yang mustahak sebagai rakyat Malaysia kita kena menyokong aktivti begini untuk pembangunan negara. Penduduk  Malaysia memang bertuah  dan beruntung kerana mempunyai pemimpin yang sentiasa bersedia mengurus pentadbiran rakyatnya.

Kini, kita mempunyai sebuah gagasan yang besar yang perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan demi  kemajuan Malaysia, iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50). TN50  mempunyai matlamat jangka panjang untuk menjadikan Malaysia antara negara termaju di dunia dengan keterampilannya sendiri.

Sesungguhnya, hasrat TN50 bagi  mewujudkan  sebuah rekod aspirasi  negara  yang meluas liputannya, namun digabung rapi untuk panduan masa depan negara ke arah 33 tahun akan datang yang diperolehi dari pelbagai platform.

Program ini kelihatan lebih unik kerana ia dilaksanakan secara bottom up (dari rakyat kepada kerajaan) dan tidak lagi secara top down (kerajaan kepada rakyat). Oleh itu, perlu ada strategi yang berkesan dalam memberi kefahaman kepada rakyat mengenai TN50 di peringkat akar umbi bagi mendapatkan penyertaan segenap lapisan masyarakat yang mempunyai semangat positif dan optimis.

Selain itu, TN50 adalah kesinambungan dasar-dasar jangka panjang terdahulu yang membolehkan kerajaan menyediakan hala tuju negara dalam melakar sebuah negara bangsa unggul, berwibawa dan melahirkan generasi terbaik.  Untuk merealisasikan TN50 negara memerlukan generasi muda yang mempunyai semangat juang dan kesungguhan tinggi dalam menghadapi zaman yang lebih mencabar.

Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa  jika ingin tengok generasi akan datang, tengoklah generasi hari ini. Oleh itu, generasi hari ini dan akan datang perlu ada pendidikan, ilmu, pengetahuan, akhlak, takwa, keazaman dan semangat patriotik yang tinggi demi mencapai kejayaan Malaysia yang terunggul.

Justeru  itu, mari kita bersama  bergerak serentak sehati sejiwa untuk membina masa depan negara dengan klasnya tersendiri. Adalah  menjadi hasrat negaraku supaya rakyat akan mengetahui, memahami dan menghayati TN50 dengan membaca majalah Menteri keluaran kali ini. Sekian.


#TN50


No comments:

Post a Comment