Wednesday, June 2, 2010

Pengisahan memupuk cinta

Program murni pertandingan pengisahan kenegaraan memang baik. Ia dapat menyedar dan memupuk cinta terhadap tanah air. Kejituan menghargai kemerdekaan menyerap ke dalam jiwa generasi yang terlibat dengan pengisahan ini. Bukan mudah untuk membicarakan tajuk2 yang tidak glamor. Mungkin juga ada yang beranggapan tajuk2 patriotik itu statik dan membosankan.

Namun ketika menjadi panel pengisahan siang tadi saya tengok setiap kumpulan cuba mengetengahkan idea2 yang ada nilai dan dapat disampaikan dengan cara masing2. Malahan mereka bercerita dengan bantuan gerakan lakonan yang antaranya melucukan. Nah! ternyatakan generasi baru punya cara dan strategi untuk memasarkan maklumat mengenai kenegaraan. Tahniah pada mereka.

Sebanyak 10 kumpulan bertanding yang bermula sejak jam 10.30 pagi yang dimulakan dengan tajuk Rukun Negara. Anak2 muda yang terdiri daripada tiga orang ini mengutarakan dengan bercerita sambil melakonkan setiap rukun negara berkenaan. Ada idea cuma perlu diperkemaskan penyampaiannya. Adalah diharapkan mereka benar2 memahami dan menghayati serta menyerapkan ke dalam jiwa tentang kepentingan rukun negara itu.

Ada juga mengisahkan tentang Bush Jaket yang menyenaraikan jasa2 Tun Abdul Razak. Namun saya perhatikan penyampaian agak tidak kemas kerana kebetulan pelakon terlalu byk peranan. Mereka juga menggunakan suara tanpa dikawal dengan baik. Tambahan pula gangguan teknikal yang mungkin boleh mengganggu konsantrasi mereka. Selain itu di bawah tajuk Perjuangan Belum Selesai juga dikisahkan mengenai perjuangan Tun Mahathir Mohammed. Boleh tahan juga penceritaannya cuma terdapat kelemahan di sana sini.

Di samping membicarakan tokoh2 besar dalam kategori Perdana Menteri ada juga kumpulan mengkisahkan tokoh tempatan dan asal usul kawasan yang ada di Negeri Sembilan. Begitu juga dengan tajuk kemerdekaan, ia dibicara kan dengan cara mereka tersendiri. Sebenarnya program seperti ini perlu diteruskan dan diperkembangkan supaya ramai generasi terlibat. Perlu juga digalakkan kaum2 lain. Hari ini cuma seorang sahaja peserta kaum Cina yang terlibat. Kaum2 lain seharusnya menyedari bahawa penyertaan mereka adalah pemangkin untuk melaksanakan program pembangunan insan ini.

Saya tambah gembira dengan adanya kawan panel lain yang terdiri daripada saudari Amy Anisah dari RTM Negeri Sembilan dan Shahniza Azreen dari Jabatan Penerangan Melaka. Saya senang dengan kedua2nya. Pengadilan yang kami buat hampir2 sama. Pemilihan pemenang pun sama. Terima kasih kepada Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Tuan Haji Hashim Bedu dan Puan Noraini Rahli serta Nurul di atas segala kerjasama dan layanan yang diberikan.

Mudah2an program ini akan berterusan. Semoga wakil mereka ke peringkat kebangsaan pada Julai ini mampu untuk membawa kisah yang sarat dengan mesej yang baik dan patriotik yang bakal disampaikan dalam pelbagai bentuk. Pengisahan ini adalah pengisian yang baik untuk membentuk generasi kini menyemarak dan memupuk semangat kenegaraan sentiasa dalam dakapan.

salam kenegaraan

No comments:

Post a Comment