Monday, May 31, 2010

Laman Santai sempena hari seniman muram?

Hari Seniman 2010 tiba2 jadi panas kerana ada di kalangan anggota persatuan tidak puas hati dengan sambutan yang dianjurkan. Malahan Laman Santai yang diadakan di perkarangan Istana Budaya pada malam Sabtu lalu cuma dihadiri oleh sebilangan kecil para seniman. Mungkinkah mereka tidak tahu atau kerana mereka tidak dijemput. Namun menurut TKSU (K) Hari Seniman adalah untuk para seniman maka mereka sepatutnya datang dengan serelanya untuk memeriahkan hari istimewa itu. Alangkah bertuahnya Hari Seniman jika ia diraikan seperti Hari Guru atau Hari Belia. Sambutan yang amat baik walaupun tanpa jemputan untuk semua guru atau belia. Adakah perkara ini berkaitan dengan sifat ego?

Ketika berbicara dengan kawan2 wartawan iaitu sdr zainuri misfar dan sdr aziz ittar, mereka pun menyatakan perkembangan indah di kalangan seniman itu tidak ada kerana sejak 10 tahun yang lalu mereka sama seperti sekarang. Mereka tidak bersatu dan susah untuk bekerjasama. Kalangan artis terutamanya, mereka yang sedang popular dan mewah jarang datang majlis anjuran kerajaan. Mungkin juga mereka sibuk dengan aktiviti maklumlah sedang laku. Masalah pun tidak ada. Adakah ia dipengaruhi unsur glamor?

Laman Santai malam itu agak muram dengan tidak ramainya artis datang. cuma yang dijemput
membuat persembahan sahaja yang menghiburkan audien. Namun yang jelas pihak kpkk cuba juga mengadakan program walaupun dengan kangkangan bujet masa kini. Entahlah susah untuk ditafsirkan kerana inilah juga hak masing2.

Perlu dinyatakan juga semasa program Fenomena Seni di RTM 1 wakil Seniman ada menyebut bahawa dia tidak tahu bila Majlis pelancaran Hari Seniman akan diadakan. Dia juga kata mana boleh pelancaran dibuat selepas tarikh yang ditetapkan. Katanya tidak pernah berlaku peramian pelancaran sambutan kemerdekaan diadakan selepas 31 Ogos. Jadi begitulah juga Hari Seniman. Aduh! penting sangatkah Hari Seniman itu? Tanpa mengadakan perayaan, adakah menjejaskan keamanan negara? Apakah sumbangan para seniman kepada pembangunan negara? Banyakkah jasa2 indah dan berdarjat telah dicatat? Meneliti percakapan ahli panel di Fenomena Seni itu dapat dijelaskan bahawa mereka menyalahkan KPKK walaupun di akhir rancangan mereka beralas. Malahan wakil Seniman ada menyebut ada menghantar kertas cadangan ke pejabat YB Menteri tetapi tidak mendapat maklumbalas sehingga kini.

Sebaliknya saya dapat maklumat, Urusetia ada minta kertas cadangan tetapi pihak berkenaan tidak memberi respon yang sepatutnya. Malahan mereka membangkitkan tentang rm8 juta yang diperuntukkan untuk Hari Seniman. Mereka ini belum celek tentang peruntukan kerajaan. Mereka perlu tambah ilmu lagi. Bujet yang disebut untuk sesuatu majlis itu tidak semestinya terus ada di depan mata. Ia perlu diteliti dan dimohon untuk melaksanakan aktiviti yang berfaedah sahaja lebih2 ketika ini kerajaan tidak mewah wang.

Nah! pada 12 dan 13 Jun 2010 Pelancaran Hari Seniman akan diadakan di Kangar Perlis oleh Tuanku Raja Perlis. Ia terpaksa dilewatkan kerana ada beberapa perkara penting yang perlu didahulukan. FINAS akan memperuntukkan satu bus untuk membawa artis dan mereka yang berkenaan ke Perlis. Adalah diharapkan mereka yang tidak dapat bersama ke sana tidak merasa diketepikan. Unit perhubungan awam kpkk akan membawa wartawan ke Perlis. Mudah2an ramai yang sudi untuk ke sana. Terima kasih wahai para wartawan. Saya sayang anda semua.

Apa yang penting niat untuk mengadakan sesuatu majlis itu ikhlas. Melaksanakan arahan demi tanggungjawab atas dasar keiklasan adalah amat penting. Hari Seniman untuk semua penggiat seni yang merangkumi penyanyi, pelakon, pemuzik, pengarah, pengukir, pelukis, penulis, pencetak batek dan yang berkaitan dengan seni.

salam seniman

No comments:

Post a Comment