Sunday, May 30, 2010

Pengalaman meruntun kalbu -sedetik ia bergerak

Kereta Waja berdentum. Bunyi yang tidak kusangka kedengaran petang itu sekitar jam 6.15. Itulah kemalangan yang pertama kualami sepanjang bertugas dengan kementerian ini. Mujurlah Tuhan masih sayangkan kami. Ya Allah! aku amat berterima kasih pada-Mu selamatkan kami lewat perjalanan ini. Peristiwa meruntun kalbu itu berlaku di kawasan 140 Pulau Pinang sebelum tol Juru.

Memang tidak sangka petang itu kami menempuh pengalaman yang cukup menduga rasa. Aku, Shahrizal, Izwam dan Roslan rancak bercerita tentang perjalanan Hari Seniman 2010 semasa perjalanan balik. Kami baru habis menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Seniman di Kangsar Perlis. Tahun ini majlis ini dibawa ke utara tanahair. Ia melibat sentuhan diraja pulak.

Mau dijadikan cerita ketika Roslan berada di lorong laju tiba2 kereta jenis Honda tekan breaknya. Aduh! runtun hatiku melihat kereta depan. Sempat kulihat sedekatnya kereta itu. Memang terlalu dekat. Cuma tinggal seinci sahaja lagi. Mujurlah ia bergerak dalam sedetuik dan tiba2 kereta kami berdentum dan dilanggar dari belakang. Rasa melambung. Aku terdiam seketika. Lan kata, abis bonet tu...suaranya perlahan. Namun dalam hatiku rasa bersyukur kerana kami bertahan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aku turun dan tgk kereta belakang. Depan kereta Proton Saga AGR4296 itu rosak. Siapa yang melanggar tadi. Bisik hatiku. Kutatap kereta warna putih itu baru berusia dua tahun . Aku nampak seorang gadis kecil molek berdiri di sebelah kereta itu. Dia nampak gementar dan panik. Aku kesian tengok dia. Nama Musliyana berbaju kurung bunga2 cerah dan bertudung hitam. Dia dalam perjalanan balik ke kampungnya di Slim River dan bertugas di Sg Petani.

Kami terus terus ke balai polis Bukit Martajam untuk membuat laporan kemalangan. Agak jauh juga kebetulan waktu sibuk. Kesesakan lalu lintas. Keesokan harinya cuti am. Tentunya ramai orang balik kampung sama seperti Musliyana. 7.50 malam baru beres di balai polis. Untuk ke highway kami menyusur perlahan2 dan dengan penuh hati2. Jalan sesak lagi. Namun hatiku resah meninggalkan yana seorang diri di balai. Mujurlah tunangnya akan datang. Kesian dia masih dalam ketakutan. Proton Saganya ditarik oleh kereta pandu seorang lelaki Cina berusia 45 tahun . Ah Wah namanya. Dia kata sudah 25 tahun bertugas dengan bengkel berkenaan.

Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan keadaan bonet agak terbuka cuma diikat dengan tali. Lewat 10.30 malam baru terasa lapar. Gangguan fikir berunsur pulih namun cerita berterusan terhadap beberapa analisis kami. Macam2 andaian. Yang penting kami selamat semuanya...Kami singgah di Tapah untuk makan malam. Aku terima beberapa sms kawan2 tentang kemalangan itu. Alhamdulilah kawan2 sayang...

Tiba di rumah sekitar jam 1.00 pagi. Mata susah nak lelap. Kucuba mencatat pengalaman itu. Ia kenangan yang meruntun kalbu. Menduga rasa. mencabar minda. Aduhai inilah cubaan dalam perjalanan yang singkat di bumi Tuhan. Ya Allah permudahkanlah aku dalam kehidupan ini dan jauhikanlah dari kesusahan.

Salam kenangan

No comments:

Post a Comment