Monday, June 7, 2010

Keciwa menyebabkan beralih arah cintanya

Kehidupan ini ibarat roda. Ia tidak statik. Ia sentiasa berubah2. Maka ada saja perkara yang agak tidak disangka akan berlaku. Dunia memang begitu. Putaran waktu juga ada bersama. Lalu ia berkaitan dengan hati dan perasaan. Setiap insan punya putaran hidupnya masing2. Bahagia dan derita saling bertindih. Kekeciwaan juga ada ketikanya menyebabkan perubahan berlaku pada diri insan itu.

Nah! tidak hairan ada yang keciwa sanggup merubahkan diri dan perasaannya. Seorang wanita cantik yang keciwa dengan cinta tidak akan sayang memotong rambut ikalnya menjadi pendek. Dia mahu melupakan kisah lalu. Rambut itu yang sering dipuji kekasihnya. Sesekali dibelainya. Keputusan untuk berambut pendek atas kerelaannya sendiri. Kini dia berbangga dengan imej baru. Dia masih kelihatan kemas dan bergaya. Cuma penampilannya berbeza. Dia kelihatan mancho bagai hero baru remaja. Dia menatap cermin sambil tersenyum puas.

Kini dia tampan dan bergaya. Cara berjalan pun telah berubah. Apa lagi pakaian pun tidak ada skirt dan blaus feminin. Jauh sekali baju kurung. Dia lebih senang jeans dan tshirt atau kemeja lengan pendek. Kini dia menjadi kegilaan di kalangan remaja wanita. Dia sudah punya dua orang kekasih yang comel dan cantik. Dia tidak malu berterus terang bahwa dia aeorang wanita tulin. Sifatnya itu diterima secara terbuka oleh kekasihnya. Mereka begitu rapat sehingga kemana2 bersama. Keintiman itu menyebabkan dia bersama kekasihnya kehilangan arah. lari dari tabii kehidupan insan.

Perubahan semakin ketara sehingga keluarga mencari arah dia yang sebenarnya. Pernah dia merajuk kerana ditanya bertalu2. Namun sebagai anak dia masih sayangkan ibu dan ayahnya. Doa orang tua amat besar maknanya. Secara perlahan2 dia menyedari bahwa diri tersalah langkah. Kekeciwaan itu telah menyebab dirinya hilang pertimbangan. Dia amat bersalah pada diri, ibu bapa, keluarga serta kawan2. Yang paling besar dia bersalah kepada Allah SWT. Hanya kerana cinta tidak kesampaian dia melakukan perkara yang dikutuk Tuhan.

Kini dia memasuki pusat latihan, Di situ dia belajar mengenali diri. Malah dia tekad untuk berubah. Mendekatkan diri kepada Tuhan. Ingin berbakti kepada ibu bapanya. Malahan bercita2 melanjutkan pelajarannya. Cinta dan cerita masa lalu telah dibuang jauh2. Kini dia buka buku baru. Destinasi kehidupan bermula dengan impian dan cita2 yang disulam dengan keimanan seorang insan.

Nah! perlu diingat apabila keciwa tidak bererti hidup akan musnah. Ia cuma sebahagian daripada cabaran dalam hidup. Keciwa tidak bererti tidak ada kegembiraan. Setiap hari kehidupan baru bermula. Suka duka, senda gurau dan keindahan itu merupakan rencah yang menambahkan pengalaman dalam hidup.

Salam sabar...

No comments:

Post a Comment