Monday, October 10, 2011

Lelaki Budiman

Di zaman moden ini bagaimana dengan nilai kesetiaan dan budiman di kalangan kaum wanita dan lelaki. Masih kekalkah nilai-nilai berkenaan dalam diri mereka. Atau ada yang sekadar luaran saja demi menjaga tatasusila? Atau memang nilai-nilai itu terus dimiliki? Memang yang baik dan buruk itu tidak dapat dijangka. Siapalah kita menilai kebaikan seseorang itu hingga sedalam-dalamnya.

Namun saya terbaca dalam suratkhbar bahawa timbul satu persoalan adakah lelaki budiman semakin pupus? Jika kita bertanya kepada kaum wanita rata-rata mengatakan amat susah untuk mencari lelaki budiman atau "gentlement" masa sekarang. Kenapa demikian? Adakah disebabkan ciri-ciri budiman semakin pupus menyebabkan wanita ramai lambat berkahwin. Segalanya subjektif untuk diperkatakan.

Budiman itu merujuk kepada bersopan dan dihormati. Ini terdapat dalam kamus Funk and Wagnall. Namun yang pasti kita tidak boleh menganggap lelaki budiman tidak ada lagi dalam dunia ini. Ini disebabkan setiap insan yang lahir ke dunia itu mempunyai kelebihannya masing2. Ternyata jika ditenung2 masih ramai lelaki yang berakhak dan beradab khususnya mereka yang mendalami ilmu agama. Ramai suami yang amat menyayangi isteri dan rela membuat apapun untuk kepentingan isterinya. Malah kita nampak ketika di luar ramai suami membawa anak. Ada juga sang suami menjinjing barang ketika pergi membeli belah.

Lelaki budiman itu sentiasa peka dengan kewujudan wanita. Tindakan mereka secara automatik memberi perhatian kepada wanita. Sebagai contoh mereka akan membuka pintu kereta dan memberi laluan kepada wanita Mereka mendahulukan wanita ketika berbaris sama ada untuk makan atau masuk ke lif dan sebagainya.

Jelasnya, seorang yang budiman itu akan menlindungi wanita daripada bahaya. Dia sebagai perisai kepada kaum hawa. Sebagai contoh apabila berjalan dengan wanita lelaki itu akan berada di sebelah luar dan beberapa langkah ke depan. Selain itu, lelaki juga akan membantu wanita yang mengangkat barang berat. Sesekali jika kita ke tempat2 awam terlihat kaum lelaki yang membawa beg tangan isteri atau teman wanitanya. Maka, ini terbukti kaum lelaki menjaga keselamatan kaum hawa atau wanita.

Ada yang menyatakan sikap lelaki budiman boleh membawa beliau berkelakuan romantik kepada pasangannya. Ada juga boleh dikaitkan dengan sikap keprihatinan, kasih sayang dan timbang rasa dalam kehidupan seseorang lelaki itu. Lelaki itu juga akan memastikan wanita berasa selesa berada di sampingnya dan pandai berinteraksi dengan baik.

Namun memang terdapat lelaki yang hilang budi pekertinya. Malah langsung tidak tau menghargai kaum wanita atu hawa. Kini terdapat lelaki hilang sopan santunnya di tempat awam atau di pejabat. Malah ada juga lelaki suka menjerit kepada wanita bila di marah. Aduiiii malunya jika ini terjadi.

Salam lelaki budiman...

No comments:

Post a Comment