Monday, October 10, 2011

Realiti tv Astro Oasis - program wanita

UstazahPilihan stu program realiti tv terbaru di Astro Oasis. Memang sebelum ini saya pernah terfikir, maka tidak lama lagi akan wujud suatu program untuk wanita. Ini berlaku ketika saya menonton program Imam Muda yang begitu meresap ke jiwa. Program berkenaan merupakan saluran untuk menyampaikan mesej dakwah.

Program ustazah pilihan memang amat sesuai dilaksanakan masa sekarang ini kerana ia memfokuskan pendakwa di kalangan wanita. Adalah diharapkan program ini disusun dan dilaksanakan dengan teliti serta boleh menarik minat penonton. Yang paling utama mereka yang terpilih untuk program ustazah pilihan ini benar-benar berkualiti dan mempunyai ciri-ciri wanita yang boleh menjadi contoh. Kita tidak mau ketika berada dalam program sahaja baik tapi bila berada di luar nanti akan timbul pelbagai cerita atau gossip yang kurang selesa didengar.

Apa yang saya tau ustazah pilihan ini mempunyai 10 episod dengan pengisian yang padat yang berkaitan dengan penyebaran syiar Islam di negara ini. Program ini penting untuk menonjolkan peranan wanita dalam menyampaikan mesej dengan mantap. Penghayatan yang halus akan memberi kesan dalam penyampaian mereka.

Ternyata peserta ustazah pilihan semua muda dan berpendidkan. Adalah diharapkan mereka akan berjaya menonjolkan kelainan dalam mendidik wanita khasnya untuk menjadi musimah sejati. Program ini juga tidak terkecuali untuk ditonton oleh kaum lelaki kerana mesej yang disampaikan itu ada juga yang menyeluruh. Malahan kemungkinan dengan menonton program ini kaum lelaki akan lebih memahami dan mengetahui tentang seorang wanita.

Selain itu dengan menyertai ustazah pilihan ini kalangan peserta juga akan menambah ilmu agama mereka. Kelas dan ceramah yang disediakan penganjur adalah pemangkin untuk mereka menambahkan ilmu di dada. Nah bertuah mereka yang terpilih untuk program yang julung-julang kali diadakan oleh stesen tv ini. Tahniah untuk mereka!

Salam berdakwah untukmu wanita....

No comments:

Post a Comment