Wednesday, October 12, 2011

Tunjuk perasaan

Tunjuk perasaan lagi. Tindakan ini bukan suatu yang luar biasa. Yang pasti merosakkan kemudahan awam, hubungan baik dan mengganggu ketenteraman awam. Tunjuk perasaan bukan jalan penyelesaian yang bijak. Sebaliknya tindakan ini dilakukan oleh mereka yang panas jiwa, perasaan penuh dengan api, sabar yang ditenggelami muntah syaitan dan kesyukuran telah terhakis di sanubari.

Nah! Saya amat tidak suka dengan tindakan Forum Betawi Rempung(FBR) yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam. Rusuhan ini menyebab sembilan anggota polis cedera. Bukankah itu satu kerugian dan perjuangan yang sia2? Begitu senang menuduh negara yang berdaulat ini.

Mereka ini berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya didakwa mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan barat. Benarkah perkara ini berlaku?

Memang jadi marah bila negara ini dihina tanpa usul periksa. Siapa mereka yang cuba2 menjatuhkan tanah air tercinta ini? Malaysia bukan sebarangan dalam melakukan tindakan yang melibatkan isu antarabangsa. Mujurlah Menteri Koordinasi Politik, Undang2 dan Hubungan Keselamatan bersama menteri Luar serta Menteri Pertahan dengan gagah penuh yakin mempertahankan Malaysia. Inilah tandanya ketiga-tiga mereka golongan yang bijak pandai dan berilmu. Mereka mengetahui sejarah kedua-dua negara dengan merujuk kepada perjanjian persefahaman yang dibuat era pemerintahan British dahulu.

Ternyata dalam perjanjian itu yang menandatangani oleh Belanda dan Inggeris yang ketika itu masing2 menjajah Indonesia dan Malaysia yang mencapaikan kata sepakat mengenai batas garis sempadan kedua2 negara. Oleh itu selama ini kedua2 negara mematuhi perjalanan berkenaan.

Jangan mudah melatah dan percaya dengan maklumat yang diberikan walau pemberi maklumat ada nama dan penyokong. Berbalik kepada sejarah yang di dadanya tercatat maklumat masa lalu yang mahal nilainya.

No comments:

Post a Comment