Wednesday, October 19, 2011

Itu yang pertama....dua

Pembantu Perhubungan Akhbar adalah jawatan pertamaku. Aku benar2 kosong ketika melapor diri di Jabatan Penerangan Kota Kinabalu. Tidak dapat dibayangkan suasana pejabat ketika itu. Aku terasa risau dan takut pertama kali menjejakkan kaki ke pejabat penerangan. Maklumlah aku baru datang dari kampung dan tinggal bersama kakak di Tanjung Aru. Aku cuma keluar ke bandar Kota Kinabalu untuk menghadiri kelas menaip.

Selepas melapor diri di ibu pejabat, aku diminta untuk pejabat Bahagian Akhbar dan Perhubungan yang terletak di kawasan Karamunsing. Sekali lagi aku risau dan terpinga2. Dalam hati tertanya2 di mana pejabat itu. Mujur le abang ipar temankan aku dan kami terus ke pejabat itu. Kami naik bas untuk ke tempat berkenaan.

Aku pun mula bekerja hari itu 15 Disember 1981. Di pejabat itu aku berjumpa dengan Encik Nic. Dia ketua bahagian ketika itu. Aku dimaklumkan ketua yang sebenarnya menyambung belajar di ITM, Shah Alam. Meja untukku bersebelahan dengan pintu masuk dan warna kelabu. Di sebelah kiriku seorang wanita tinggi lampai berhidung mancung. Dia tersenyum melihat padaku. Aku amat lega. Diri terasa disambut dengan baik. Namanya Ros dan masih bujang ketika itu. Rupa2nya dia seorang yang peramah. Hari pertama aku bekerja pelbagai maklumat aku dapat daripada Ros.

Pada hari itu juga aku berkenalan dengan Wak B dan Pak Dollah. Kedua2nya jurufoto. Mereka pun bercerita bahawa aku perempuan pertama bertugas sebagai Pembantu Perhubungan Akhbar. Aku tidak terasa apa2. Mungkin juga masih belum tau segala tugasan. Aku lebih banyak duduk di kerusi pada hari pertama itu.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment