Friday, October 7, 2011

Bujet 2012 satu


Pembentangan bujet hari ini ditunggu-tunggu sejak pagi. Semalam kami diingatkan bahawa petang ini assignment bengkel ialah menonton YAB Perdana Menteri membentangkan bujet. Tepat jam 4.00 petang suasana bilik latihan sunyi cuma kedengaran suara PM dari skrin tv. Nak dijadikan cerita nak memilih saluran tv untuk menonton pun kena undi. Ini disebabkan ada peserta nak tgk stesen RTM dan ada juga nak tgk TV3. Namun hasil undian, akhirnya kami menonton TV3. Ternyatakan semuanya amat berminat dan tekun mengikuti pembentangan.
PM nampak yakin dan segak . Dia berbaju Melayu merah dan bersongkok. Tersemat logo 1Malaysia di sebelah kiri dadanya. Sesekali dia memandang ke depan dan nampak wajahnya putih bersih. Suaranya jelas. Beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris disebut ketika pembentangan.
Suasana dalam bengkel pula masih diam dan terdapat kalangan peserta yang menongkat dulu sambil menonton, bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh, menulis sambil sesekali mata diangkat di kaca tv. Namun ada juga yang memejam mata mungkin telinganya mendengar. Semuanya dengan gaya yang tersendiri. Yang penting ada perkara yang mau ditunggu. Ada yang tunggu kenaikan gaji, penurunan harga barangan makanan, rumah, cukai pendapatan, dan sebagainya.
Biasanya pembentangan ini panjang kerana pelbagai perkara akan disentuh. Semuanya berkaitan dengan kehidupan rakyat dan pembangunan negara. Memang tidak mudah menyediakan laporan yang dibentang itu. Sudah tentu ramai balik lewat dari pejabat ketika menyediakan bahan untuk dibentangkan hari ini.
Apa yang diharapkan impak dari pembentangan ini memberi faedah kepada semua golongan rakyat. Ia sesuai dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kewujudan sokongan rakyat adalah pemangkin kepada kemenangan Kerajaan.
Setiap tahun pembentangan bujet diadakan dengan menerapkan perkara-perkara penting untuk rakyat dan negara. Selepas pembentangan maka pelbagai huraian dan ulasan akan dilaksanakan sama ada di media cetak atau elektronik. Malahan perbualan di kedai-kedai kopi pun berkaitan dengan bujet. Tahniah kepada mereka yang peka dengan pembentangan bujet ini.
Selamat berbujet

No comments:

Post a Comment