Sunday, October 2, 2011

Berpindah itu satu hijrah

Bersama sebahagian rakan2 di UKK KPKK
pada 30 September 2011- kenangan manis

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat belajar dan memulakan kerjaya. Suatu ketika dulu saya pernah tidak mau menjadi pegawai perhubungan awam(PRO). Malahan terfikir mau tukar kerja lain andainya diarahkan bertugas sebagai PRO . Memang amat rimas dan tidak senang dengan kerjaya PRO ini. Entah kenapa jadi begitu. Mungkin juga tak kenal maka tak cinta. Belum mencuba belum tahu le jadinya. Namun prinsip pantang mengaku kalah sebelum mencuba maka akhirnya saya menjadi PRO juga. Destinasi pertama saya di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Semasa ditawarkan ke KEKKWa ini saya tidak tau langsung ramai yang tak nak pi ke tempat ini kerana KSUnya amat garang. Makanya, hari melapor diri saya amat terkejut kerana disergah KSU berkenaan. Mujurlah Tuhan membantu saya dengan ketenangan dan ketabahan.

Maka, bermulalah perjalanan kerjaya saya sebagai PRO. Memang mulanya terasa diri kosong dan amat susah tapi lama kelamaan kata orang alah bisa tanggal biasa. Saya belajar dan berhubungan dengan pintu hati terbuka untuk segala teguran. Malahan kemesraan terus terjalin secara perlahan-lahan sehingga kementerian itu kepunyaanku. Aku pun mempunyai keluarga yang besar. Rakan-rakan pelbagai peringkat sama ada dari dalam mau pun dari luar KeKKWa. Saya semakin yakin, pandai berlawak dan punya idea untuk berbincang tentang kementerian dan aktivitinya.

Nah! setelah enam tahun berada di kementerian lama yang kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan maka akupun ditukar ke kementerian lain. Sebelum itu KeKKWa bertukar nama sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. saya pun diarah bertukar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kini hari pertama berada di KKM yang juga bertugas di Unit Komunikasi Korporat. Pelbagai debaran dan kata hati dalam diri berdepan dengan suasana baru. Aku bertawakal kepada Allah swt semoga segalanya dipermudahkan segala urusan.

Sebenarnya memang berpindah itu suatu hijrah. Hijrah tempat, suasana, rakan, komunikasi, emosi dan perasaan. Ternyata memulakan sesuatu itu bukan mudah. Rasa serba tak kena. Diri bagai amat kurang. Pengalaman pun terlalu cetek. Macam2 pertanyaan timbul tapi perlu perlahan2. Komunikasi pun masih di tahap terhad. Belum pasti telatah masing2. Apa lagi kemesraan jauh sekali rapatnya. Semuanya dalam proses permulaan dan penyesuaian.

Sejenak terfikir bagaikan aku baru dapat kerja. Ia seperti aku mula2 dapat kerja suatu ketika dulu. Semuanya terasa asing. Terlalu amat kurangnya diri. Belajarlah duhai diri. Bisikku kepada diri sendiri. Inilah penghijrahan. Anggaplah segala kekurangan dan kesusahan itu nanti ada hikmahnya. Terus belajar suatu yang belum biasa. Malah ada yang luar biasa. Jadi seorang yang positif dan bersedia dengan keyakinan yang teguh.

Hari ini perkara yang aku buat ketika tiba di pejabat ialah rakamkan kad. Selepas itu masuk ke bilik dan buka komputer. Walau masih awal perut aku terasa lapar maka aku pun ke kantin. Belum ramai yang membeli ataupun makan. Namun aku tidak mengenali sesiapapun mereka. Ternyata banyak pilihan makanan. Aku memilih untuk beli bungkus saja kerana tidak selesa makan seorang. Lalu kupilih meehoon goreng campur mee goreng dan telor mata kerbau serta sedikit sambal. Jarak kantin tak berapa jauh dengan pejabat baru.

Aku bersarapan di depan komputer. Lalu aku berpeluang makan sambil tengok FB. Aku pun mencatat dan nampaknya ramai jugak yang bagi respon. Terima kasih semuanya ye...harapan hubungan baik itu akan berpanjangan walaupun kita tidak duduk di bawah kementerian yang sama. Untuk hijrah ini aku masih teringin untuk melayari email di KPKK. Namun aku tidak dapat melihat email lama mungkin disebabkan keselamatan. Memang keciwa kerana tentu banyak maklumat yang perlu saya baca.

Setelah lewat pagi aku cuba berbicara dengan rakan2 baru. Syukurlah wujud komunikasi yang baik. Kebetulan ada di kalangan rakan di KKM ini aku sudah kenal lebih awal. Dalam bercerita itu tiba2 aku dimaklumkan seorang rakan dari Kuching tiba untuk melapor diri. Seronok mendapat berita itu. Maka dia bersama Harun dan Rasil datang ke tempat aku. Kami bercerita panjang dan sesekali mengenang masa lalu(ada jugak yang mengusik) dan kami ketawa bersama2. Rakan itu pun dibawa ke Bahagian Sumber Manusia untuk lapor diri. Sayangnya dia datang dengan arahan kena posting di Hospital Besar KL. Nah! ada kawan jugak HBKL tu...Aku sempat bagi kata2 semangat. Yang peliknya tapi ada betulnya, rakan itu lebih suka tinggal di Putrajaya. Malahan dia sudah memohon untuk dapatkan kuaters. Mudah2an rezeki dia dimakbulkan.

Salam penghijrahan yang ada suka dan dukanya. Keyakinan dan kesediaan diri adalah penting untuk mengisi hijrah diri. Hijrah paling besar diriku ialah apabila diarah bertukar ke Wisma Putra pada tahun 1992. Kini telah hampir 19 tahun aku berhijrah dari Sabah ke Semenanjung Malaysia. Banyak yang terisi dan terasa diri punya kelebihan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak berhijrh ke mana2.

Berada di KKM ini aku tau perlukan kesabaran yang banyak. Adalah terlalu awal untuk membuat andaian dan penilaian. Lalu aku pun pandang2 kiri kanan untuk melihat suasana sekitar. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi pekerja yang baik dan cemerlang. Ilmu yang ada akan cuba digunakan demi kebaikan bersama. Cuba berkongsi dengan pengalaman dan ilmu yang mereka ada jugakkkkkk



No comments:

Post a Comment