Thursday, October 20, 2011

Menyambung nyawa ke tanah suci

Pengurusan haji mengalami perubahan. Pergi haji dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Tempoh perjalanannya berbulan-bulan. Apa tidaknya ketika itu bakal2 haji menaiki kapal laut yang membawa barangan dagangan. Mereka mengharungi lautan. Meredah ombak sudah pastinya. Cabaran untuk menunaikan haji ketika itu memang besar.

Kapal laut Mendam Berahi dan Subulus Salam dari Tanah Melayu pernah berlabuh di Jeddah sebelum adanya kapal terbang. Nyawa bakal haji bagai telur di hujung tanduk. mereka bersesak2 dan terdedah kepada cuaca yang tidak menentu dalam kapal yang serba kekurangan itu. Jaminan kesihatan memang tidak ada. Mereka menggadai nyawa untuk ke Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Mereka menumpang kapal dagang yang mengelilingi Asia Tenggara menyebabkan mereka berbulan-bulan untuk tiba di Tanah Suci. Namun dalam keadaan menyambung nyawa itu niat suci bakal2 haji tetap sama dengan sekarang iaitu untuk mendapatkan haji mabrur.

No comments:

Post a Comment