Monday, October 17, 2011

Brokoli dengan makanan pedas lawan kanser

Dalam kajian yang dlakukan oleh Universiti of Illinois adalah didapati gabungan brokoli dengan makanan pedas boleh meningkatkan kemampuan sayuran itu melawan kanser. Ini disebabkan brokoli bekerjasama dengan makanan pedas yang mengandungi enzim myrosinase dalam sistem pencernaan yang bermanfaat bagi kesihatan.

Semakin pedas makanan yang dimakan bersama brokoli, semakin efektif lagi kesannya terhadap kesihatan.

Penyelidikan berkenaan menyatakan ketika brokoli segar dimakan dengan brokoli dalam bentuk serbuk, penyelidik mengukur sebatian bioaktifnya, iaitu sebatian yang ditemui secara semula jadi di dalam makanan yang mempunyai manfaat kesihatan yang memenuhi keperluan nutrisi penting dalam darah.

Penyelidik utama kajian itu telah menerbitkan hasil kajian tersebut di dalam Journal of Nutrition. Menurutnya lagi ramai yang sengaja memasak brokoli kurang dari tempoh empat minit untuk melindungi nutrisi yang terdapat di dalamnya.

Namun, di dalam kajian ini terbukti, jika makan brokoli yang masak sepenuhnya juga, anda masih dapat meningkatkan manfaatnya dengan mencampurkannya dengan makanan lain yang mengandungi myrosinase.

Sumber: Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment