Wednesday, November 30, 2011

Wah!!! RM3 billion untuk pelajar sekolah

Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan kebajikan dan kejayaan pelajar. Betapa beruntungnya pelajar di negara ini. Pelbagai kemudahan disediakan. Namun masih ada kalangan pelajar yang tidak mementingkan pelajaran. Ramai yang ponteng sekolah. Abai nasihat guru. Bohong dengan ibu bapa. Malahan ada berlagak baik dan pintar.

Apa yang pasti sebanyak RM3 billion setahun kerajaan sediakan untuk pelajar sekolah yang merangkumi 22 jenis bantuan lain. Wah! satu angka yang bukan sedikit itu. Jumlah billion itu hanya miliki di negara ini. Sebab itu kementerian pelajaran antara yang terima peruntukan terbanyak.

Menurut kajian Institut Pengurusan pembangunan yang dikeluarkan dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2010 dinyatakan Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan purata RM3,354 untuk setiap pelajar sekolah rendah sepanjang tiga tahun lalu. Manakala perbelanjaan perata oleh kerajaan untuk setiap pelajar sekolah menengah untuk tempoh yang sama ialaj Rm4,039.

Segalanya itu suatu pelaboran jangka panjang untuk negara dalam usaha mewujudkan rakyat yang berilmu dan mempunyai minda klas pertama. Berdasarkan penyata penyelidik di Utusan Malaysia jelas kerajaan tidak membezakan kepentingan sama pelajar sekolah rendah atau pun sekolah menengah.

Saturday, November 26, 2011

Salam Tahun Baru 1433Hijrah- nostalgia dgn sajak kawan

Tahun baru hijrah 1433. Aku sempat bersama-sama membaca doa akhir dan awal tahun. Alhamdulilah. Tahun lalu aku baca seorang2 tapi petang tadi bersama2 imam Masjid Negara. Rasa gembira dapat membaca doa itu. Namun rasa terharu jugak masih banyak lagi perkara yang belum selesai untuk tahun baru lepas. Mudah2an di tahun 1433 H ini Allah swt memberi kerahmatan dan kemudahan untuk melaksanakan segala perancangan.


Dulu-dulu aku kurang peka dengan doa-doa berkenaan. Cuma aku tahu Maal Hijrah itu adalah tahun baru Islam. Kita kena buat penghijrahan demi sebuah perjuangan. Kebaikan akan diperolehi juga dengan adanya hijrah dalam diri. Kita juga mesti berani buat penghijrahan tapi mesti ikhlas.


Aku masih ingat pernah suatu ketika dulu aku terbaca sajak seorang kawan baikku tentang Maal Hijrah. Dia salah seorang penulis yang popular di Sabah dan masih aktif hingga kini. Ketika itu aku amat bangga dia dapat menghasilkan puisi yang cukup indah dan bermakna tentang hijrah. Namun aku lupa kini tajuk sajak berkenaan. Maklumkan ia telah berlalu dekat 20 tahun. Cuma tiba2 malam aku teringat salah beliau. Entah kenapa aku diberi-Nya daya ingatan yang demikian.


Aku mohon kepada Allah swt semoga aku bersama suami, ibu serta semua keluarga juga semua muslimin dan muslimat diberi-Nya kerahmatan serta kemudahan untuk meneruskan kehidupan dengan kesihatan yang baik, iman yang teguh murni, rezeki yang berlimpah, bahagia yang indah serta perjuangan yang dipenuhi kejayaan.

Cabaran Mau Hadir Kenduri Azni Aziz

Memang cabaran betul mau hadir kenduri kahwin Azni. AKu sudah pasang hajat mahu ke Kelantan bersama Yan. Siap rancang macam2 termasuk mau berjalan2 di bumi Cik Mek Molek itu. Maklumlah bukan selalu dapat ke sana. Aku pun memohon untuk cuti sehari supaya tidak penat sekembalinya ke Kuala Lumpur nanti. Gembira bukan main kerana bos luluskan cuti.


Hari Rabu aku dan Yan sering bersms dan sesekali bertelefon. Ia berlanjutan sehingga ke hari Jumaat. Kami berbincang tentang perjalanan. Mulanya memang mau berkereta. Yan pun sanggup membawa keretanya sendiri. Aku tiada masalah. Lagipun kereta saya kurang meyakinkan kerana ada alat yang belum sempat ditukar baru. Aku yakin Yan memang boleh memandu dengan baik.


Dalam mindaku terbayang baju apa nak pakai. Malahan berapa helai pakaian nak bawa pun sudah dirancangkan. Di mana kami mau bermalam pun telah dibincangkan. Aku pun berhajat untuk melawat emak angkat di Kelantan. Rumahnya berdekatan dengan gerbang istana. Apapun aku ingat2 lupa. Tapi insya Allah boleh kami cari.


AKu berbincang dengan abang. Dia mengizinkan dengan syarat kami mesti bertolak siang dan ada kawan lelaki pergi bersama. Maka yan pun mempelawa Bob atau Faizal. Aku cuma menunggu saja.


Namun tiba2 terima berita keadaan di Kelantan dan sekitarnya banjir. Maka abang pun kerap kali menghubungi saya bertanya perkembangan perjalanan yang bakal aku tempoh. Dia risau kerana keadaan banjir yang membimbangkan. Abang kena kerja luar pejabat sebab itu dia tidak dapat pergi bersamaku. Memang pada mulanya aku dan dia akan menghadiri kenduri Azni. Memang benar kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.


Seorang rakan di pejabatku, namanya iza dan berasal dari Kelantan sering memberi maklumat terbaru tentang keadaan di Kelantan. Dia kelihatan risau bila aku menyatakan memang akan ke Kelantan jugak. Aku dengan Yan akan naik bus jika terpaksa begitu. Kebetulan abang pun cadang lebih baik naik bus saja.


Maka, Yan pun menelefon kaunter Transnasional. Aku terkilan sangat kerana tiket habis pulak. Aku pernah ke Kelantan naik bus berkenaan. Yan kata dia akan cuba cari bus naik. AKu sudah mula keciwa dan terima hakikat tidak dapat apa. Mungkin bukan rezeki untuk menghadirikan diri dalam majlis bersejarah Azni. Namun doa dan ingatan tetap ada untuk dirinya.


Dalam menunggu tiket yang Yan cari, abang telefon dan menyatakan program dia pada hari Sabtu tangguh. Dia akan balik ke Kuala Lumpur. Dia pun kata jika tiket tidak ada, maka kami kena hadir majlis kenduri anak saudaranya di Temerloh. Nah! aku kena terima cadangan suami dahulu. Selepas itu dengan berat hati aku telefon Yan dan maklumkan perkara berkenaan. Ternyata segala angan dan impianku tidak menjadi kenyataan.


Aku pun tidak pasti adakah Yan dapat tiket untuk ke kenduri Azni. Namun besar kemungkinan Yan dapat kerana dia seorang yang kuat semangat.


Salam bahagia untuk seorang Azni di saat2 menjadi pengantin baru bersama suaminya.




Kenduri kahwin

Pengalaman pertama aku mengikuti suami untuk menghadirkan diri di kenduri kahwin di Batu 13 , Kg Chenor, Temerloh Pahang. Perjalanan agak jauh juga dari Kuala Lumpur . Mujurlah kami berempat. Ada saja tajuk yang disentuh. Hilang rasa mengantuk. Hajah Ramlah (adik abang) dan suaminya Haji Harun pergi sekali dengan kami. Malahan Haji Harun yang memandu dengan penuh berhemah.

Tiba di kawasan rumah pengantin sekitar jam 11.30 pagi. Orang sudah ramai dan berderet kereta di sepanjang jalan. Memang masih awal tapi suasana di kampung memang tetamunya awal datang. Aku teringat begitu juga keadaan di kampungku ketika kenduri diadakan. Ada dua khemah. Kami terus ke khemah berdekatan dengan rumah tuan rumah. Di situ memang selesa kerana tidak ramai tetamu.

Kami makan semeja. AKu makan nasi biryani berlaukkan rendang daging, ayam masak merah, sayur nenas dan dal. Boleh tahan masakannya. Menurut seseorang makanan ditempah kerana tuan rumah tidak berupaya untuk masak.

Ketika makan semakin ramai tetamu datang termasuklah saudara mara suami. Namun kebanyakannya aku pernah berjumpa. Namun aku tidak sempat tengok pengantin perempuan - anak saudara suami. Pengantin lelaki sempat tengok ketika singgah di surau.

Kami singgah solat sekejap. Tiba-tiba hujan lebat dan angin sekali. Mujurlah tidak kilat dan guruh. Setelah hujan teduh kamipun balik selepas bertemu dengan adik bungsu abang - ina bersama suami dan anak-anaknya.

Wednesday, November 23, 2011

Gunung Berapi Menjadi Danau Toba


Bila melihat di dada Danau Toba memang keindahannya mengusik rasa. Pandangan terdampar entah di mana tepinya. Seluas mata memandang bagi lautan biru terbentang luas. Danau yang amat nostalgia ini telah wujud sejak 75,000 tahun dahulu. Macam2 cerita mengenai Danau Toba.

Danau Toba terletak di Sumatera, Indonesia yang berasal dari kawah letupan gunung berapi 75 tahun yang lalu. Betapa hebatnya leputan gunung berkenaan sehingga menjadi tasek yang besar dan indah.

Menurut penyelidik En kamauzaman Ahmad leputan bersejarah itu adalah dipercayai yang terbesar sejak 25 juta tahun lalu. Ternyata kewujudan Danau Toba telah lama tetapi ia tidak merubah, iaitu masih sepanjang 100 kilometer dan lebarnya kekal 30 kilometer. Takat ini kedalaman maksimum ada dicatatkan 505 meter. Betapa dalamnya tasek yang terletak di tengah2 pergunungan yang menghijau itu.

Memang amat indah dan luas. Setiap sudut pandangannya menarik. Sekeliling tasek ada bangunan yang tersusun rapi. Tempat penginapan pastinya kerana tasek penuh misteri itu sentiasa dikunjungi pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Salam kebiruan dari tasek danau toba

Jutawan itu punya harta dan tunai RM3.15 juta

Betapa bagusnya jika aku seorang jutawan. Bukan jutawan segera. Aku mahu jutawan yang memang punya wang dan harta yang sah. Malahan boleh menjadi seorang hartawan yang bersifat dermawan. Aku ingin membahagiakan mereka yang hidup susah tapi punya harga diri serta sifat cintakan bangsa, agama dan negara yang kental.

Menurut kajian penyelidik Kamaruzaman Ahmad seramai 39,000 jutawan di Malaysia. Jumlah yang bukan sedikit ini. Di manakah para jutawan ini berada? Bagaimanakah cara kehidupan mereka? Adakah mereka ini sentiasa senyum dan bahagia? Jumlah 39,000 jutawan di negara ini adalah hasil kajian Credit Suisse Group. Kaya kaya kayanya sebagai jutawan itu....

Di Indonesia jumlah jutawannya 112,00 orang. Angkanya agak jauh beza dengan angka jutaaan di Malaysia. Memang tidak menghairankan kerana jumlah penduduk indonesia pun ramai. Namun aku kagum dengan pencapaian Singapuran yang berjaya melahirkan 183,00 jutawan walaupun jumlah penduduknya kecil jika dibandingkan dengan Malaysia dan Indonesia. Bagaimanakah negara kecil seperti Singapura punya ramai jutawan? Apakah mereka ini punya perniagaan yang banyak di luar negara? Atau sebahagian projek di Singapura itu mereka yang pegang? Tentulah Singapura berbangga(memang ego pun) dengan pencapaian jumlah jutawan yang demikian.

Perlu dinyatakan juga menurut penyelidik itu, takrifan jutawan itu mengikut kajian CSG ialah individu yang memiliki harta dan tunai melebihi AS$1 juta (RM3.15 juta).

Tentunya para pengusaha kosmatik di Malaysia ini termasuk dalam senarai jutawan berkenaan. Begitu juga dengan taukeh kapal terbang, pengusaha jualan langsung, pemegang saham, taukeh casino di Genting selain para kontraktor yang punya modal berjuta2 jugak.

Koma dan Noktah

Koma dan noktah. Kedua2nya bagai lagu dan irama. Apabila dikenang2kan cerita siang tadi itu aku tersenyum sendiri. Ada juga stateman demikian di zaman teknologi canggih ini. Aku cuma mengingatkan seorang ketua supaya kertas yang sepatutnya dia semak disegerakan untuk tindakan selanjutnya.


"Kena ambil masa untuk saya pastikan koma dan noktahnya" katanya ringkas. Aku terkedu dengan alasan itu. Namun itulah caranya. Aku kena terima seadanya.


Aku perasan memang sejak berada di tempat baru ini cara penulisan agak lain. Terlalu banyak penggunaan koma dalam memo, surat dan kertas. Bagiku cara penggunaan tanda bacaan itu banyak yang kurang sesuai. Namun aku belum mau berkata2 apa kerana aku orang baru dan masih dalam penyesuaian.


Noktah dan koma mempunyai peranan dalam penulisan. Aku mengenal noktah dan koma sejak mula diajar membuat ayat semasa di sekolah rendah. Yang pasti bila berada di tempat sekarang ini aku menemui koma yang banyak. Aku jadi hairan dan keliru sehingga menimbulkan persoalan , kenapa begitu jadinya?????


Aku ambil positif saja tentang penggunaan koma dan noktah itu. Cuma ada juga ketikanya aku tak sampai hati untuk membiarkannya demikian.....

Bagai keajaiban - duit jatuh dari langit

Aku jadi hairan bagaimana duit syiling boleh jatuh dari langit. Ia berlaku selama dua hari di Taman Kledang di Sungai Siput dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam. Kejadian ini menggemparkan penduduk tentunya. Mereka tanpa berjual beli tiba2 boleh memungut syiling yang berkilauan jatuh dengan nilai 5 sen, 10 sen dan 20 sen di depan rumah.

Kanak2 antara yang gembira menerima hujan duit itu. Tentunya dia tidak memikirkan kenapa dan mengapa terjadi demikian. Yang penting dia dapat hadiah dan hadiah itu dari langit. Lalu kanak2 itu mengutip syling 20 sen. Dia pun membeli gula2 di kedai yang berhampiran. S.Livenhthiran, 7 tahun telah pun memakan gula2 itu dan dia masih seperti biasa.

Adakah satu pemberitahuan luar biasa? cahaya syliling yang bertaburan di hadapan rumah A.Abinarmi pada petang Rabu (15 November) baru2 ini. Kejadian ini menjadikan aku berfikir sejenak, apakah ini kejadian atau kebetulan? Siapakah yang menimbulkan keajaiban ini? Benarkah syiling itu jatuh dari langit atau ada yang membalingnya? Apa yang nyata syiling itu berbau hangit dan seolah-olah baru terbakar.

Apa yang berlaku ni? Siapa pula yang begitu setia dan mahu mengujudkan suasana baru sehingga sanggup membakar syiling dan melontarkannya. Mustahil begitu jadinya kerana tempat syiling itu bertabur di depan rumah penduduk yang kawasannya tanah lapang. Lainlah jika ada kapal terbang di situ dan menaburkan syiling dari atas. Hairan betul dengan peristiwa hujan syiling ini.

Apapun tunggu dan lihat kejadian seterusnya. Adakah lagi hujan syiling akan berlaku lagi di kawasan berkenaan. Atau akan ada hujan syiling di tempat lain? Adakah ini satu permulaan bahawa rezeki datang dari langit. Aduhai jika benar ini satu keajaiban maka Allah swt maha berkuasa dan maha tahu dalam menguji hamba2-Nya.

Sunday, November 20, 2011

Badai Semalam -coretan 1




Memang ada kuasa lakonan Erra Fazira membawa watak Mazni. Aku teruja. Ada pesona yang manis dan indah. Namun aku tak terfikir kesan lakonannya di pentas teater seperti itu. Memang dia ternyata ada klasnya tersendiri di alam seni.




Sebenarnya ketika mengambil keputusan untuk menonton teater Badai Semalam aku dalam keadaan yang seolah-olah keliru. Bolehkah para pelakon BS ini membawa diriku ke dalam teater itu? Bisik hatiku. Kebetulan novel Badai Semalam adalah bahan bacaan dan untuk lulus exam ketika aku mengambil SPM. Aku masih ingat betapa susahnya membawa watak yang diadaptasikan dari sebuah novel yang memang ada seninya tersendiri.




Ikhlas kunyatakan memang pengaruh rasa untuk menonton teater ini tidak kuat. Mujurlah seorang sahabat- Gee Faizah bertanya dua kali tentang peluang untuk bersama aku ke teater itu. Tiba2 aku teringin amat untuk berjumpa kekawan di Istana Budaya. Siapa lagi kalau bukan Abang Joe , Zubaidah, Puteri, Kama, Azli, kak Ton dan beberapa orang lagi yang biasa bertugas ketika ada pementasan di Panggung Sari.




Selepas mendapat sms daripada Puteri aku rasa terkilan. Sedih pun ada kerana kakinya sakit. Kena simen lagi. Puteri berwajah lembut dan manis. Nah pasti aku tak dapat jumpa dia jugak! Aku fikir sejenak dan berdoa semoga dia cepat sembuh. Selepas itu aku bersms dengan Kama, seorang gadis cantik berhidung mancung. Tinggi dan cantik. Aku pun berjanji akan datang jam 2.15 petang.




Aku dan Gee buat temu janji bersua di Sogo jam 11 pagi. Selepas membeli apa yang patut kami terus ke Istana Budaya. Ternyata sudah ramai orang. Wah! bisik hatiku ramainya orang. Yang bestnya ramai juga kalangan generasi muda atau remaja yang datang tengok teater itu. Sebelum ini aku dapat maklumat penonton yang datang di kalangan mereka yang berusia 40-an. Maklumlah Badai Semalam menjadi bahan bacaan untuk peperiksaan mereka yang berkenaan ketika zaman persekolahannya.


Alai betapa gembiranya aku tiba2 seorang kawan manis datang dekat sambil memegang tangan kananku. Zubaidah M yang manis dan kecil molek dengan senyuman amat mempesonakan menegurkan. Betapa bertuahnya diri empunya kekawan yang mesra manja. Terima kasih Tuhan kurniakan mereka kepadaku.

Aku dan gee memang santai nonton BS. Dimulakan dengan tayangan slaid. Latar bunyi menggunkan derian hujan. Menyentuh rasa.

Bagiku watak Mazni berjaya dilakonkan oleh Erra Fazira. Mazni seorang yang kuat semangat dan bercita2 tinggi. Seorang yang taat dengan perintah ibunya tetapi tegas dalam membuat keputusan. Berperwatakan lemah lembut cuma sesekali Mazni mudah tertekan apabila sering disindir jirannya.

Watak karim yang dilakonkan oleh Aaron Aziz tidak kurang hebatnya. Cuma Aaron kena belajar lagi untuk berteater. Suaranya agak keras dan kurang berkesan di jiwaku ketika babak sedih dan merintih. Dia melakonkan adegan kasar dan samseng memang boleh tahan. Oleh itu, Fizz Fairus sebagai hero kedua, berjaya dengan wataknya. Lontaran suaranya jelas dan sesuaikan rentak wataknya.

Ummi Aida sebagai isteri orang kaya dan ibu kepada Aaron pun memang tidak hairan berjaya mencuitkan hati penonton kerana beliau sudah biasa dengan pentas teater. Manakala watak Emelda pun hebat sebagai Kak Kiah yang kecoh dan suka menghasut. Sesekali dia berjaya membawa penonton ke pentas dengan pengucapan dialog dan gerak badannya. Suarapun begitu jelas.

Teater oh teater....




Friday, November 18, 2011

Rakyat Malaysia antara pengguna telur terbanyak di dunia

Pernahkah anda terfikir berapa jumlah telur ayam dihasilkan di negara kita Malaysia ini. Aku memang langsung tak fikir perkara itu. Aku pun tak pernah beli telur lebih sepapan selama hidup di Kuala Lumpur ini semata untuk dimakan atau dibuat bahan makanan.

Namun aku terfikir sejenak apabila terbaca di Utusan Malaysia mengenai betapa mewahnya negara ini dengan telur ayam. Berjuta biji telur digunakan orang penduduk atau rakyat di Malaysia. Berapa banyak reban ayam yang mengusahakan telur berjuta-juta itu. Aku teringat aku pernah memungut telur ayam pada masa lalu ketika ibu memelihara ayam telur. Memang seronok melihat telur bergolak di reban ayam. Begitu juga telur itik yang lebih besar.

Kini yang aku bteruja aca ialah sebanyak 10.6 juta biji dihasilkan oleh lima syarikat pengeluar telur terbesar di Malaysia ketika ini. Apa tidaknya makanan atau masakan menggunakan telur. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan seperti hari raya puasa pelbagai jenis kuih muih menggunakan telur. Tukang masak di kedaipun menggunakan telur untuk dijadikan pelbagai jenis masakan. Jika mau cepat dibuat telur dadar atau telur mata kerbau atau telur rebus.

Dengan jumlah 10.6 juta biji telur itu ternyata ada kaitannya dengan rekod pengguna. Menurut penyelidik rakyat Malaysia adalah antara pengguna telur ayam per kapita terbesar di dunia, iaitu sebanyak 320 biji seorang . Bukan jumlah yang sedikit. Perlu diingatkan bahawa rakyat Malaysia ramai yang mempunyai kolestrol jahat yang tinggi mungkin antara penyebabnya makan telur dengan banyak.

Ini ternyata Malaysia mencipta rekodnya sendiri dan perlu dikurangkan pengambilan telur untuk kesihatan. Sebagai perbandingan, setiap rakyat Amerika Syarikat hanya menggunakan 250 biji telur setahun. Apa mereka makan atau lauk makan yang paling mudah dibuat selain telur itu ya?

Thursday, November 17, 2011

Azni Aziz dah nak kahwin



Suatu pelayaran baru buat Azni ........ amat bahagia dan gembira bila mendapat tahu Azni nak kahwin. Alhamdulilah, syukur kepada Allah swt jodoh dia dah nak sampai sekejap lagi. Mudah2an segalanya berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan Allah swt. Azni seorang pegawai yang rajin dan mempunyai komitmen yang amat cemerlang dalam tugasnya. Agak lama jugak kerja bersama2 Azni. Rasa senang dan selesa bersama2nya. Bila bertukar ke kementerian lain terasa kehilangan seorang Azni. Begitu juga rakan2 lain - Jas, Nurul, Yan, , Zie, Bella, Din,Akin, Bob, Faizal, Azhar, Shahrul, Zira, Dila, Sue, Yanti, Shahril, Yana, Hajar, Kak Ani, Aida. Jugak teringat dengan Yan tiket, Jamilah cantik, nurul LO, Aishah jelita, Azizah pegawai khas dan ramai lagi.

Apapun memang rasa tak sabar tengok azni pakai cantik sebagai seorang pengantin. Tentu manis dan cantik sebab kulitnya putih. Siapa agaknya jurumakeup yang bertuah itu yang akan menghiaskan diri dan wajah azni. Sebenarnya senyuman azni memang dah manis. Giginya nampak rata dan matanya pulak sederhana bulat. Tentu bila dihiaskan nanti lagi menawan dan jelita penampilannya.

Azni seorang yang berbudi bahasa. Tutur katanya baik. Pandai menjaga penampilan diri serta pergaulannya pun bagus dan terkawal. Memang bertuah lelaki yang akan menjadi suaminya. Kebetulan pulak azni anak tunggal dan tentu menjadi fokus serta kesayangan keluarga. Bertuah badan si dia kerana menjadi sebahagian daripada keluarganya. Cuma semoga dia menjadi kesayangan suami dan dijaga dengan penuh cinta yang tulus sehingga ke akhir hayatnya nanti. Mudah2an begitulah- segala impian menjadi kenyataan serta dalam keberkatan Tuhan.

Sebenarnya Azni telah kuletakkan dirinya sebagai keluarga terdekat pada diriku. Boleh dikategori sebagai adik dalam keluargaku. Begitu jugak yang lain2 yang pernah makan dan minum bersama2ku sejak belum berlakunya penggabungan kementerian. Maka selamatlah semuanya. Memang ternyata sayang dan kasihku tidak berubah pada semuanya walaupun mungkin tidak kerap bertemu dan bersama.

Ketika menunaikan umah kerap kutatap catatan nama kekawan yang belum bertemu jodoh dan belum dapat zuriat di depan Kaabah- azni, norehan, shahrina, gee, doy, molek, syanti, wan linda, ida alia dan beberapa orang lagi. Kucuma mampu berdoa untuk mereka tapi segalanya di tangan Tuhan. Kini Azni dah nak jadi isteri orang aku masih mengharapkan Norehanatau Rehan dan Shahrina bertemu jodohnya juga. Rehan seorang yang baik hati. Aku rasa amat dekat dengan Rehan. Mungkin juga dia begitu. Terima kasih jika wujud rasa kedekatan yang murni itu ye. Aku rasa bersyukur kerana dia berjaya mendapat kerja tetap di Kraftangan walaupun mungkin ada cabaran dan dugaannya. Aku amat berharap seorang lelaki yang baik dan beriman akan menjadi jodoh Rehan nanti. Biar dia bahagia menempuh kehidupannya.

Manakala seorang Shahrina pulak kukenal sejak tahun 2005. Dia orang pertama yang membantuku ketika mula ditukar ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Kebudayaan. Dia petugas yang baik cuma sesekali jadi kelam kibut. Namun dia boleh diharap dalam melaksanakan kerja. Aku juga mahu melihat Shahrina menjadi pengantin baru. Aku mahu dia bahagia sebagai seorang isteri. Semoga Tuhan akan menghantar jodohnya seorang lelaki yang bertanggungjawab yang menjaganya sebagai seorang bidadari di dalam rumahtangga nanti.

Selamat menempuh alam persediaan perkahwinan untuk Azni. Harap kelengkapan telah dapat disediakan sekurang2nya dalam 90 peratus masa kini. Terima kasih melayangkan kad undangan yang comel itu. Memang senang tengok kad itu dan aku tunjukkan kepada abang aziz. Dia membelit2kan kad sambil bertanya siapa bakal pengantin lelaki azni. Ternyata dia tidak kenal. Namun kulihat dia lelaki yang baik dan boleh memahami azni. Semoga begitu le hendaknya.

Kutunggu detik yang bahagia buat azni itu. Gitu jugak keluarga dan kekawan terdekatnya barangkali. Buat empunya diri, azni tentunya berdebar2 dan sibuk pastinya untuk menempuh sejarah baru dalam fasa kehidupan sebagai seorang insan di bumi Tuhan.

Selamat selamat dan selamat dalam segalanya....

Tempat letak kereta OKU

Biasanya di sesuatu kawasan itu ada dikhaskan tempat letak kereta OKU. Namun yang terjadi ada juga insan-insan yang tidak sedar diri mereka bukan OKU menggunakan tempat berkenaan. Memang amat memalukan orang seperti ini. Mungkin juga mereka tidak mahu memikirkan impak disebabkan tindakan itu.

Disebabkan kemudahan OKU diceroboh demikian, maka timbullah aduan supaya hanya OKU saja yang berhak terhadap tempat yang disediakan itu. Kini Kementerian Kesihatan Malaysia menerima aduan berkaitan daripada Biro Pengaduan Awam (BPA). Semua fasiliti kementerian ini memang menyediakan tempat letak kereta OKU tetapi berlaku juga pencorobohan. Misalnya di kawasan hospital, klinik kesihatan,kolej dan institusi kesihatan. Oleh itu, UKK terpaksa memajukan email untuk memohon kerjasama supaya pemantauan berterusan terhadap kemudahan OKU itu dilaksanakan dengan baik bagi mengelakkan aduan berulang.

Ingin diserukan di sini untuk pengunjung atau penjawat awam letaklah kereta di kawasan yang lain walaupun terpaksa berpusing beberapa kali kecuali anda sendiri seorang OKU. Menceroboh itu salah dan jangan jadikan diri anda seorang pesalah di depan orang ramai dengan bukti kereta atau kenderaan anda sendiri berada di tempat yang dikhaskan itu.

Selamattttttt

Wednesday, November 16, 2011

Harga tol tidak naik itu bagus!

Keputusan tidak naikkan harga tol hingga tahun 2015 itu suatu yang bagus! Harap kata2 itu dikotakan. Nanti tidak mahu tiba2 timbul alasan lain tol terpaksa dinaikkan pulak. Ia satu tindakan yang cukup baik kerajaan kerana mementingkan kebajikan rakyat. Pembekuan kenaikan tol itu memang sejajar dengan kata2 Perdana Menteri ketika membentangkan bajet 2011 pada oktober yang lalu. Pertambah harga tol biasanya akan dirasai oleh kita sebagai rakyat biasa.

Walaupun kenaikan tidak banyak tapi ia tetap membebankan rakyat. Mungkin tidak terasa bagi orang berpangkat atau orang besar. Ini disebabkan mereka tidak pun membayar tol kerana kebanyakan mereka lalu tol dengan percuma. Segala kemudahan disediakan oleh pejabat atau petugas. Jadi mereka tidak pernah atau tidak berpengalaman membeli kad touch and go atau smart tag atau mengeluarkan rm ketika melintasi tol. Betapa untung dan indahnya kehidupan orang berpangkat dan orang besar2 ni.

Satu lagi ingin dicadangkan supaya pekerja tol lebih baik mengutama di kalangan OKU. Ini disebabkan petugas di tol tidak memerlukan pergerakan yang banyak. OKU juga mampu tersenyum dan melayan pertanyaan pelanggan. OKU jugak berhak untuk dapat bonus yang kalanya berbilang bulan sesuai dengan kekurangan mereka berbanding dengan mereka yang lengkap anggota tubuh badan dan panca inderanya.

Tol oh tol....tolong jangan naik lagi...

152,182 anak luar nikah

Gejala seks tanpa nikah di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan. Remaja wanita seolah-olah menjadi penyebab pertambahan anak luar nikah kerana mereka yang melahirkan. Wanita juga yang menanggung risiko dan malu. Kenapa agaknya anak luar nikah ini terlalu ramai? Adakah anak-anak remaja sekarang ini membelakangkan ajaran agama? Atau adakah mereka sama ada lelaki atau perempuan terpengaruh dengan maklumat bebas di alam siber? Mungkin juga keinginan mencuba dan ada yang membukti cinta sucinya kononnya. Tepuklah dada tanyalah minda atau akal.

Angka 152,182 anak luar nikah yang direkodkan di seluruh negara bukannya sedikit. Ia memang memerajatkan kerana negara ini agama rasminya Islam dan agama-agam lain pun tidak menggalakkan seks tanpa nikah. Jika diteliti dengan lebih serius seolah-olah masalah sosial di kalangan remaja tidak terkawal. Betapa malunya emak bapa apabila anak remaja yang masih belajar melahirkan anak tanpa tau siapa bapaknya.

Sebagai contoh seorang pelajar di sebuah institut melahirkan anak seorang diri. Pensyarah dan kekawan tidak tahu perkara yang memalukan itu berlaku di dalam asrama. Malahan sahabat baik saya yang menjadi penyelia di asrama berkenaan hampir pengsan apabila diberitahu seorang pelajar melahirkan anak dalam tandas tidak jauh dari rumah. Ia terbongkar apabila kawan yang membantu ketika kelahiran itu tidak tahan lagi menyimpan rahsia dan rasa bersalah. Maka, dia pun memberitahu pihak asrama setelah mereka tamat peperiksaan akhir. Mujurlah maklumat tersimpan jika awal terbongkar tentunya pelajar itu tidak tamat pengajiannya.

Pelajar itu menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada orang kampung kawan yang membantunya. Mungkin dia masih banyak pertimbangan dan waras mindanya kerana tidak membuang bayi itu. Dan rasanya bayi ini tidak masuk dalam rekod berkenaan. Ini bererti angka yang dikumpul itu mungkin lebih besar lagi....

Perlu disekat dan dikurangkan rekod anak luar nikah. Begitu juga dengan tabiat membuang bayi biarkan tidak menjadi jalan terakhir untuk mereka yang hamil tanpa nikah. Takat ini Negeri Sabah yang mencatat teramai anak luar nikag dan diikuti oleh negeri Selangor seramai 18,983 orang. Secara purata 26 anak luar nikah dilahirkan sehari. Suatu angka yang memilukan nilai-nilai murni dalam masyarakat negara ini.

Namun yang ternyata di Selangor misalnya anak tanpa nikah ini lahir bukan disebab rogol semata-mata. Ini disebabkan hasil kajian di Selangor hanya 25 peratus dirogol manakala lima peratus tidak mendaftarkan perkahwinan serta 92.5 peratsu mengaku melakukan hubungan seks tanpa nikah secara sukarela.

Memang ramai remaja mengandung ank luar nikah...Oleh itu pemantaun dan penguatkuasaan perlu diperketatkan untuk mengelakkan jumlah anak luar nikah bertambah. Sebagai contoh hotel bujet perlu dipantau kerana anak2 remaja suka berkumpul di tempat2 ini... Begitu juga pusat2 hiburan , kafe siber yang menjadi port mereka. Anak2 bermasalah ini juga hendaklah dipantau dan dididik supaya tidak jadi pembunuh dengan membuang anak2 yang tidak berdosa itu...

Berlian oh berlian


Segalanya hanya impian. Ia sebuah angan-angan yang kosong untuk menyedapkan mata dan hati. Berlian kuning yang berkerlip cahayanya memancar. Mata menjadi silau tapi keindahannya amat pesona. Batu berlian kuning paling jarang ditemui dan tentu harga berjuta-juta. Biasa tengok berlian warna putih. Itu pun tak mampu nak beli....

Seperti tersiar akhbar Utusan Malaysia, berlian 110 karat berwarna kuning itu digelar Sun Drop Diamond dijual dengan harga RM34.5 juta. Itupun ketika acara jualan lelong firma Sotheby's di Geneva, Switzeland. Aku tak dapat bayangkan jika harga biasa tentunya sampai beratus juta ringgit Malaysia. Memang sampai mati pun aku tidak dapat membelinya. Mungkin untuk menyentuh berlian semahal itu pun tidak dapat dilakukan.

"Ia merupakan rekod tertinggi jualan berlian kuning. Ia merupakan sebiji permata yang hebat dan unik", kata David Bennett pengerusi firma lelongan Sotheby's.

Mengikut sejarahnya permata ini ditemui di Afrika Selatan pada tahin 2010 dan mengagumkan para pelawat Muzium Sejarah Semulajadi di London ketika ia dipamerkan di situ pada awal tahun ini.

Berlian yang unik ini cuma sebesar ibu jari tangan wanita berbentuk pear. Ia diperolehi daripada unsur-unsur gas nitrogen dalam komposisi karbonnnya.

Teringin pulak melancong ke Afrika Selatan untuk melihat berlian-berlian yang ada di sana. Membeli memang tidak mampu sama sekali kerana harga berlian bukan untuk aku. Ia untuk mereka yang memang wangnya berlebih-lebihan gitu...



Aishwarya Rai Menjadi Ibu Glamour


Seronok memang seronok dapat berita Aishwarya Rai dan suaminya Abishek Bachchan dapat anak perempuan. Sekadar peminta bintang hindi pun gembira apa lagi yang empunya diri. Selepas empat tahun menunggu barulah dia mengandung. Tentunya kelahiran anak kecil itu menggembirakan keluarga Bachchan dan keluarga Rai. Yang penting tak sabar nak tengok anak kepada bekas Ratu Cantik Dunia itu. Mesti bayi itu comel.

Aishwarya melahirkan cahayamatanya di hospital swasta Seven Hills yang bertaraf tujuh bintang. Memang hebat bintang ini. Malahan dia juga amat bertuah mempunyai bapak metua dan emak metua yang amat menyayanginya. Bapa metuanya, Ambitah Bachchan begitu mengambil berat tentang dia, suami dan sudah tentu cucu idamannya. Beliau siap umumkan di laman Twitternya. Bertuah bertuahnya Aishwarya Rai. Dia seorang yang cantik, popular, ramai peminat dan mempunyai keluarga yang membahagiakan dirinya.

Aku memang tertunggu2 Aishwarya mengandung dan mendapat cahayamata. Ketika menapat berita dia mengandung aku gembira sekali. Kini dia sudah menjadi ibu, maka lengkaplah dia sebagai seorang wanita.

Kelahiran bayi itu disambut oleh seluruh keluarga terdekat iaitu bapanya Abishek, Amitabh Bachchan dan isternya Jaya, ibu dan bapa Aish, Vrinda dan Rai Krishnaraj serta abangnya Aditya. Selepas ini kita tunggu acara besar apa pulak keluarga Bachchan akan buat sempena kelahiran cucu pertama kesayangannya itu....

Rani Mukherjee Nak Kahwin Dah...

Aku memang minat dengan Rani Mukherjee ni. Cantik dan manis muka dia. Dengar cerita dia nak kahwin tahun depan. Eloklah jugak memang sesuai sebab dia pun sudah ada nama dan popular. Selain itu umur Rani sudah 33 tahun dan cukup dewasa untuk menjadi isteri.

Rani mula terkenal melalui filem Kuch Kuch Hota Hai. Memang berulang kali aku tengok cd filem itu. Lakonan Rani power dan berkesan. Wataknya dalam filem itu menyebabkan aku marah kerana dia kahwin dengan hero, iaitu shahrukh Khan. Aku lebih suka Shahrukh kahwin dengan Kajol. Sedih betul tengok kajol melayan perasaan.

Bagus juga Rani akhiri zaman bujangnya dengan Aditya Chorpa cuma mereka belum mengumumkan tarikh perkahwinan itu. Dia seorang pengarah filem yang terkenal di India. Mereka pun sudah lama bercinta. Tentu perkahwinan ini menggembirakan keluarga Rani. Apa yang aku tau Rani ini mempunyai klasnya tersendiri di kalangan bintang filem di India. Tidak banyak cerita karut marut di media tentang dia.

Harap2 lepas kahwin Rani terus berlakon. Bakat dan Senyumannya dalam filem sangat cantik. Memang Rani mempunyai kecantikan asli seorang bintang Hindi. Jadi kena tunggu le acara istimewa dalam hidupnya sebagai Raja sehari pada tahun 2012.

Paris Hilton belanja anjing sebanyak RM249

Kalau sudah dinamakan artis memang akan mendapat liputan apapun tindakan atau geraknya. JIka ke tandas pun andai ada yang luar biasa tentunya ada liputan. Paris Hilton yang cantik dan terkenal itu bagi anjing liar makan pun keluar akhbar. Hebat betul dia. Apa boleh buat dirinya ada human interest dan ada unsur berita. Malahan Paris Hilton ini antara personaliti media yang popular. Jadi, kita baca saja jika mau tau apa yang ditulis.

Gini ceritanya,k etika berada di pantai Bali, Indonesia Paris Hilton telah membeli stik berharga 50 pound bersamaan RM249 untuk diberi kepada seorang anjing yang sedang kelaparan. Wah! mahalnya makanan hanya dibagi kepada bintang itu. Namun dia memang kaya. Tambahan pula ada ceritanya Paris Hilton seorang yang menyayangi anjing. Beruntung anjing di pantai Bali itu dapat belanja daripada seorang bintang. Kini Paris mahu membantu anjing-anjing liar di pulau yang cantik itu.

Dia sedang meningkatkan dana pulak untuk kebajikan anjing-anjing di Pulau Bali. Harap-harap haiwan lain akan dapat perhatian seperti Paris Hilton buat. Manalah tau ada lagi artis antarabangsa seperti Julia Robert, Jlo, Justin Timberlake atau artis Malaysia seperti Dato Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Fasha Sanda dan ramai lagi akan membantu kucing-kucing liar yang banyak di negara ini.

Sayangi bintang beramai-ramai....





Bangunan berkuasa solar terbesar berada di China

Aku amat teruja dengan berita sekilas di Utusan Malaysia hari ini. Sungguh luar biasa daya pemikiran rakyat di China. Mereka boleh membangunkan kuasa solar di negara besar itu. Ini ternyata kerana dalam bulan Disember 2009 China mengisytiharkan sebuah bangunan pejabat di Dezhou yang terletak di Wilayah Shangdong menggunakan tenaga solar sepenuhnya untuk keperluan tenaga sendiri.

Ini satu-satunya bangunan yang mencatat sejarahnya tersendiri sebagai bangunan berkuasa solar terbesar di dunia. Ia berbentuk alat yang digunakan pada zaman dahulu untuk menunjukkan waktu dengan bayangan matahari. Sumber alam kurniaan Allah SWT menjadi pemangkin untuk menghasilkan tenaga untuk menampung sistem yang diwujudkan. Kuasa matahari begitu luar biasa di dunia ini.

Dinyatakan juga bangunan itu berkeluasan 807,000 kaki persegi. Ia mempunyai kemudahan dewan pameran pelbagai guna, penyelidikan saintifik, latihan dan hotel. Wow!!! hebat dan mewah bangunan besar itu sehingga aku terasa tidak sabar untuk ke sana. Aku ingin menyaksikan sendiri hasil kehebatan idea dan pemikiran orang China.

Tidak hairan bila ada desas desus negara China mahu membina bangunan yang lebih tinggi dan hebat daripada Menara KLCC.

Tuesday, November 15, 2011

Adakah FFM 24 pesta glamour?

Tarikh 20 November 2011 ini dilaksanakan lagi Festival Filem Malaysia ke-24. Sudah lebih duapuluh tahun festival ini diadakan. Hampir setiap tahun timbul kontrovasi. Setiap kali selesai festival ada sajak golongan artis atau penggiat filem yang merajuk, memberontak , tidak puas hati, saling menyalahkan dan sebagainya lagi.

Jika diteliti masa2 lalu penganjurannya festival ini seolah2 satu pesta glamour. Para artis bergaya sakan dengan pelbagai fesyen. Masing-masing mau menonjol sebagai bintang. Mereka sanggup membelanjakan beribu wang semata2 untuk mendapatkan fesyen terbaru. Cuma yang untung bagi mereka yang disponser. Ramai yang bahunya tinggi dan pandangan banyak ke atas saja.

Apa yang menyedihkan lagi FFM ini seolah2 untuk menonjolkan suatu yang ada kepada artis itu terutama artis wanita. Kadang2 tak kena dengan fesyen yang digayakan. Lebih bangga lagi bila foto mereka keluar di akhbar atau majalah. Komen2 yang diberikan bukannya memuji sangat pun tapi ada kalangan artis tak faham. Kononnya punggung dan payu daranya seksi. Amboi-amboi ada kalangan artis perasan macam berada di luar negara pulak! Fesyen dan penampilan tidak menunjukkan berakhlak mulia.

Lalu apakah FFM 24 ini membawa era yang lebih baik dan meyakinkan. Kononnya ada kategori baru diperkenalkan. Eloklah jika macam itu. Sudah tibanya masa kurangkan kontrovasi tapi tingkatkan prestasi yang membuktikan penggiat filem masa kini mempunyai idea dan minda yang ada klas.

Adalah diharapkan juga Para penggiat filem ini mementingkan juga pembangunan negara. Elakkan dari menyalahkan orang lain jika filem tidak laku di pasaran. Ada juga kata kerajaan tak sedia bujet untuk hasilkan filem bermutu. Namun kena muhasabah diri jugak betulkah idea yang dibuat itu betul2 bagus?

Cuba-cuba kenal diri dan idea yang ada klas dalam menghasilkan filem dan lakonan yang setanding dengan filem luar negara.

Kenapa BeginiJadinya?

"Dia lebih baik daripada kamu. Tempat kamu di bawah. Ilmu dia lebih tinggi". Satu ungkapan yang cukup pedih. Baginya mungkin tidak mendatangkan kesan apa2. Baginya ia hanya suatu perbandingan. Yang penting bercakap untuk menguatkan hujah. Hujah entah apa2 saja.

"Aku tak suka dibandingkan dengan dia. Dia lelaki. Kami memang berbeza. Cara dan pendekatan tidak sama". Bantah wanita itu dengan suara perlahan tetapi jelas. Matanya terus memandang ke depan. Apalah istimewa sangat lelaki itu di mata dia. Sekadar pergi jauh2 dan ambil ilmu kemudian buat seperti orang lain jugak.

"Aku kenal dia. Dia saja yang boleh buat di sini. Dan dia memang tidak sama dengan kamu. Dia lebih menghayati. Lebih dekat kepada-Nya" Dia masih mempertahankan komennya. Aku tahu baginya lelaki itu memang tidak ada tolok bandingnya.

"KAu tahu aku tersinggung dengan kata2 itu. Kamu tidak pernah memikirkan perasaan aku. Bercakap ikut emosi dan terlalu ego". Tekan wanita itu. Jiwanya benar2 tersentuh. Airmatanya mula bergenang di kelopak. Dia tidak menyangka diletakkan di tempat yang demkian.

Aku tidak tau kenapa begini jadinya? Sejak akhir2 ini selalu saja dia menegakkan perkara2 yang tidak wajar. Pantang dibawa berbincang maka egonya lebih menonjol. Pendapat jarang diterima. Suaranya cepat tinggi. Kata2nya jugak kerap kasar.

Beginikah dia? Atau ada suatu yang menjadi penyebab? Memang susah untuk melihat suasana itu? Mungkin lebih baik banyakkan diam. Kenapa begini jadinya? Bukan ini yang kucari ya Allah. Aku mohon permudahkanlah aku dan jauhikanlah dari segala kesusahan. Begitulah bisik wanita itu sambil menahan sakit kepala yang amat....

Sofea oh sofea


Lelaki itu siapa? Di mana ibu sofea? Adakah dia orang suruhan atau seorang bapa tapi tidak mau bertanggungjawab. Dia tinggalkan anak kecil itu seorang diri. Lalu dia dinamakan sofea. Sofea untuk memanggilnya. Dia anak comel dan manis . Belum tau tentang kehidupan. Anak ini diitinggalkan di tepi tandas sebuah pusat membeli belah di Melaka. Sudah seminggu dijaga oleh Jabatan Kebajikan Melaka dan ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah, Seremban.

Media telah menyiarkan berita tentang kanak-kanak malang ini namun sehingga kini tidak ada yang datang untuk menuntutnya. Lelaki itu pun terus hilang. Ibu bapa yang mungkin ada kehilangan anak pun tidak ada yang datang. Lalu siapakah sebenarnya ibu dan ayah sofea? Kenapa tidak ada yang mau mengambil sofea dari JKM?

Mungkin juga lelaki itu sengaja meletakkan sofea di tepi tandas supaya senang orang menemuinya. Memang menyedihkan kanak2 kecil ditinggalkan begitu saja. Mujurlah ada yang prihatin akan kehadiran sofea di situ. Andainya tandas itu jauh dari pandangan orang ramai sudah tentu sofea hingga kini tidak bernama. Kasiannya dia....lalu apakah yang berlaku pada anak kecil itu?

Jika umur panjang dan tidak dituntut sofea akan membesar di rumah asuhan. Dia tidak berayah dan beribu. Malahan keturunan dia pun tidak dapat dijejaki. Adakah sofea akan membesar dengan situasi yang baik?? Harap dia menjadi anak yang baik. Oleh itu semoga JKM akan melaksanakan tindakan sebaiknya untuk kanak2 seperti Sofea.

Memang tidak dinafikan sudah ramai sofea dilahirkan. Sayangnya sofea dilenyapkan dari duniakan. Mereka tidak takut azab Allah swt. Berzina dan membunuh zuriat itu memang amat berdosa besar. Berganda dosanya. Mujurlah sofea ini bertuah kerana ia masih bernafas dan sihat. Dia ditinggalkan dalam keadaaan yang baik dan ditemui oleh orang yang berhati baik. Kini sofea diurus oleh golongan yang baik-baik.

Ciannya kanak2 kecil itu. Sofea oh sofea...

Monday, November 14, 2011

Malaysia menang peringkat ASEAN

Apa nak dikata? Atau siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara ini? Malaysia mencatat sejarah di peringkat ASEAN. Berada di tempat pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan yang ke-6 di Rantau Asia Pasifik menghadapi masalah obesiti (kegemukan). Penduduk negara ini ramai yang obesiti atau gemuk.

Masalah kegemukan bukan masalah baru tapi ia perlu diambil perhatian. Ia berpunca dengan cara pemakanan termasuk pengambilan gula yang berlebihan selain makanan yang mempunyai kandungan kabohaidrat atau lemak yang tinggi. Setiap rakyat mesti mengambil berat akan kesihatan diri masing-masing. Ternyata keadaan diri masing-masing semestinya dijaga oleh diri sendiri. Ia ibarat mentimun , pisau ada di tangan dan terpulanglah mau kerat macam mana. Begitu dengan dengan kesihatan seseorang itu mesti mengetahui tahap kesihatan dan jumlah serta jenis makanan yang wajar diambil.

Melihat kedudukan pertama di ASEAN itu menjelaskan rakyat Malaysia semakin ramai yang tidak sihat walau usia belum di peringkat mau pencen. Dengan itu disarankan seperti yang tersiarkan dalam akhbar supaya pengambilan gula tambahan di kalangan orang dewasa supaya dikurangkan. Adalah lebih baik tidak melebihi 10 peratus atau bersamaan 2000 kalori dari jumlah tenaga harian.

Yang penting warga muda dan tua hendaklah rajin dan amalkan latihan berjalan kaki. Selain itu, penjagaan makanan juga hendaklah diambilberat. Mesti bermula sekarang demi harga sebauh kesihatan....

P.Ramlee menjadi nama sekolah kebangsaan

Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Nama yang harum akan mewangi di segenap ruang. Menjadi sebutan sepanjang zaman. Ia akan ditatang sepanjang masa. Makanya, itulah yang berlaku kepada Allahyarham Tan P.Ramlee yang telah meninggal sejak 38 tahun yang lalu. Peminat dan pencinta seninya terus berkembang. Filem dan lagunya memikat serta pesonakan generasi yang kemudian. Dia menjadi idola orang lama dan baru. Malahan lagu2 dirakamkan semula sehingga menimbulkan kontrovasi di Indonesia kerana lagu madu tiganya. Ternyata dia punya kuasa seni yang luar biasa.

P.Ramee yang insan yang dikurniakan Allah swt bakat yang terus bersinar. Idea seni P.Ramlee mendahului zamannya. Jika ada masih hidup sekarang sudah tentu dia menjadi insan seni yang berjaya dan kaya. Namun dia berjuang bukan kerana wang sebab itu dia bukan insan seni yang mewah ketika zamannya. Dia seorang yang pemurah dan penyayang.

Baru2 ini keluarganya terharu apabila sebuah sekolah di Pulau Pinang, iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Jalan Gudwara ditukarkan nama yang dikenali ini sebagai Sekoalh Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee. Betapa tingginya nilai sumbangan itu diletakkan oleh para pendidik. Alhamdulilah akhirnya nama besar P.Ramlee dipahatkan untuk sebuah gendung ilmu.

Sekolah ini merupakan sekolah pertama P.Ramlee belajar. Memang ia mencipta sejarah dalam catatan perjalanan hidup seorang pencinta seni di negara ini. Mungkin setiap 29 Mei nanti sekolah ini akan mengadakan sesuatu sempena kembalinya P.Ramlee Ke rahmatullah. Harap2 ada suatu aktiviti murni untuk seniman agong ini.

Kini namanya terpahat dalam sejarah seni tanah air. Hari Seniman juga diwujudkan sempena perginya beliau ke rahmatullah pada 29 Mei. Selain itu, setiap kali ada perbincangan seni sudah tentu nama P.Ramlee dan sumbangannya sentiasa bermain di bibir dan menjadi catatan wajib dalam kertas2 yang dibentangkan. Al-fatihah untuk arwah Tan Sri P.Ramlee.

Selamat dalam segalanya...

Perdagang isteri mengandung


Aku rasa bagai nak bunuh saja Shah Bunga. Dia lelaki yang amat jijik. Dia lelaki pemalas. Moralnya hancur. Otaknya bagai nak rosak atau sudah rosak. Dia sanggup menggadaikan agamanya. Memang wajar dihukum. Hukuman mesti setimpal. Tak usah diambil kisah apapun jenis rayuannya. Adakah sanggup memperdagangkan isteri yang sarat mengandung. Jenis manusia apa dia ini?

Media melaporkan dia baru berusia 32 tahun dan telah mempunyai 21 isteri. Dia tiba2 jadi popular. Foto tersebar di mana2. Ada juga berita dia ini ada pembela. Memperjuangkan Shah Bunga ke? Ini berkaitan dengfan kisah seorang kakak ipar Shah Bunga membuat laporan polis yang dia diugut akan dibunuh. Tukang ugut itu kononnya ahli keluarga Shah Bunga di Alor Setar. Kenapa dia mesti mengugut orang lain pulak? Amboi... betulkah ni? Ahli keluarga subahat ke? Dia jual isteri untuk sara hidup disokong ahli keluarganya. Entah le , jika benar memangnya yang ugut itu juga wajar dihukum.

Dalam sembilan tahun dia boleh berkahwin sebanyak itu. Isteri-isterinya pula ada keturunan Melayu dan Siam dari Thailand. Berkahwin dengan cara Buddha itu pun satu hal. Di mana Shah Bunga berpijak? Sanggup mengetepikan agamanya sendiri demi mendapat isteri kerana pelaburan untuk wang? Memang betul2 tak bermoral. Adakah dia mempunyai minda yang cacat.

Sunday, November 13, 2011

Badannya Panas

Aku risau. lalu mata tak boleh lelap. Badan abang panas. Dia bagai nak demam. Aku tertanya2 adakah disebabkan terkena hujan siang tadi. Kami pi kenduri beberapa buah rumah. Malah terpaksa menempuh hujan kerana memenuhi jemputan. Aku pun tiba2 kena selsema. Ya Allah ya Tuhanku hanya pada-Mu aku memohon supaya sihatkanlah suamiku. Stabilkan seperti biasa panas badannya. Sembuhkan dia dengan segera Ya Allah.

Sudah tiga kali aku basahkan tuala untuk diletakkan di dahinya. Kini aku tambahkan untuk letakkan tuala di lehernya bagi mengurangkan panas badannya. Aku juga bagi dia minum air walaupun kena paksa. Mungkin dia tak selera minum. Namun aku akan cuba untuk menjadikan dia minum banyak air.

Mulanya tadi dia rasa sejuk walaupun badannya panas. Jadi aku pakaikan stokin dan pakai tshirt lengan panjang dan jubah berpetak2. Kemudian kuselimutkan dia. Sesekali aku gerakkan dia dan bertanya perkembangan dirinya. Mudah2an dia cepat sembuh.

Aku terus mencatat kerana mata ini tak boleh tidur. Kepalaku mula sakit2. Mungkin juga hingus bayi yang meragam kini. Mudah2an ia tidak menjadi. Sembuhkanlah aku dari serangan selsema ini Ya Allah....

Persembahan terbaik


Cadangan hadiah untuk persembahan terbaik diadakan....adakah hadiahnya? Ini kerja last2 minit ni. Tak pa aku boleh beli asalkan ada kelainan. Perkara di luar jangka biasanya menarik. Yang penting juga peserta rasa seronok dan dihargai.

Perkongsian idea akhirnya hadiah ada di depan mata. Memang mulanya idea itu tidak disokong oleh dua orang urusetia. Mereka tidak salah. Mungkin mereka tidak dapat menjangkau apa yang ada dalam minda saya. Lagipun mereka tidak pernah atau biasa buat. Mujur le seorang wanita muda dan manis menyokong. Dia sendiri yang mencadangkan bentuk hadiah yang boleh dibagi. Terima kasih si jelita.

Berbekalkan sarapan cuma sesudu nasi lemak (tak boleh makan sebab pedas) dan sebiji kuih apam berwarna putih serta separuh gelas kopi susu ke bengkel pengurusan aduan awam di Hotel Maytower . Hari ini adalah sessi yang terakhir. Aku mau menyaksikan persembahan hasil Kerja Dalam Kumpulan. Mau saksikan kumpulan yang boleh menyelesaikan kes aduan dengan cara terbaik.

Abangku tersayang dengan relanya menghantarkan ku ke hotel. Alhamdulilah aku tiba persembahan itu masih berjalan. Memang mereka memberi komitmen yang cukup bagus. Terbukti generasi lama begitu prihatin dan serius dengan tugas yang diberikan. Masing-masing memberi idea dan cara persembahan yang menyakinkan.

Selepas mereka menerima sijil daripada SUB BPL, makan juruacara UKK,KKM yang manis jelita pun mengumumkan ada kejutan. Mereka terkejut apabila SUB diminta untuk menyampaikan hadiah kepada kumpulan 1. Mereka kumpulan akhir yang membuat persembahan. Masing2 tersenyum ke depan untuk menerima hadiah yang ala kadarnya saja. Namun niat kami memang untuk menghargai usaha mereka. Yang lain pun bagus!!! cuma wakil dari BPA kena pilih kumpulan yang paling sesuai.

Cuma aku terbayang alangkah baiknya jika hadiah itu besar dan boleh diangkat. Ada senyum yang megah dan panjang. Foto pulak diklik klik. Aduhai cuma khayalan....biarlah yang seadanya saja asalkan boleh dilaksanakan dengan penuh mesra, ikhlas dan bahagia.

Alhamdulilah impian menjadi kenyataan jua. Terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dengan bengkel berkenaan. Semoga usaha yang baik itu dapat diteruskan demi kejayaan bersama.

Jari kelengkeng jadi panjang

Bersihkan hati dan minda. Fokuskan kepada kebaikan. Jadikan diri seorang yang sentiasa mengingati Allah SWT. Baca selawat tiga kali. Inilah arahan yang diberikan...

Lalu penceramah itu meminta kami melihat tapak tangan. Dia kata jari akan mengalami perubahan. Jika mau silalah lihat nanti. Beliau pun menyatakan beberapa perkara dan telapak tangan pun dicantumkan sehingga bertemu urat di tepi telapak kedua2 tangan. Kemudian perhatikan jari kelengkeng. Aku tengok jariku sama tinggi. Alhamdulilah bisik hatiku. Namun ada jugak peserta yang tidak sama tingginya.

Maka, jari yang dipendek itu digenggam erat dan dipusing2kan genggaman itu sebanyak tiga kali. Genggaman itu dilepaskan. Ada kalangan peserta jarinya mengalami perubahan di mana jarinya lebih panjang dari ukuran sebelumnya. Suatu yang mempesonakan. Ramai yang teruja.

Salah seorang peserta yang jarinya menjadi panjang itu dipanggil ke depan. Seorang wanita berkulit putih. Masih manis walaupun usianya lewat 50-an. Dia tidak beragama Islam tapi memang selalu bermeditasi. Dan beliau diminta mengikut arahan penceramah itu. Makanya, beliau pun seolah2 bermeditasi...

Kata kunci untuk mengakhir acara itu ialah dengan kiraan 1,2,3 dan beliau pun membuka matanya. Matanya terus memandang ke depan dengan wajah yang cukup tenang dengan senyum. Dia pun bercerita ke mana dia sekejap tadi dan di akhirnya seolah2 dia terus berada di dlm keadaaan yang diprogramkan dek penceramah berkenaan.

Rupa2 beliau ditidurkan sementara. Dia direhatkan minda sekali. Oleh itu wanita bertuah itu kelihatan segar...

Hujung mingguku

Hujung minggu oh hujung mingguku....

Sejak Jumaat aku tidak mencatat. Benarlah jika idea tidak dicari ia tidak datang. Gitu juga dengan masa dan mood. Namun aku agak sibuk dengan tugasan. Ada kerja yang perlu dilaksanakan.

Memang tanggungjawab itu wajib dilaksanakan kerana ia amanah yang telah diberikan. Lalu aku korbankan hujung mingguku. Sabtu dan Ahad penat melayan kerenah dan aktivitiku. Selain menghadirikan diri ke bengkel aku jugak kena memenuhi jemputan kahwin. AKu bagai terkejar2. Mujurlah 90 peratus dapat kulaksanakan.

Malam sabtu kuisi dengan malam pertama bengkel pengurusan aduan. Ceramah pembukaan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, KKM. Ada yang menarik. Beliau boleh membuat 36 peserta gelak dan ketawa. Komunikasi berkesan dan aduan awam disentuh serba sedikit. Keesokan harinya sessi ceramahnya amat menarik. Penceramah dari SPRM. Memang beliau seorang yang kreatif dan ilmunya mewah. Ada suatu yang luar biasa dibawanya. Peserta jadi terpukau dan terpesona.

Akan disambung...

Wednesday, November 9, 2011

Beli Belah Terapi Diri


Diri perlu terapi. Aku mau terapi itu tanpa dipaksa. Aku agak tenang bila pi shopping atau membeli belah. Belanja dan belanja untuk barang yang kita suka menjadikan diri kita bahagia. Lupa seketika gundah dan resah. Begitu le

Memang mengganggu bila minda tidak tenang. Perasaan pun kacau. Idea kurang bagus. Senyum seolah berat. Kata2 amat susah dilafazkan. Betapa berharganya sebuah ketenangan itu. Ketenangan itu anugerah yang amat bernilai.

Aku mau ketenangan itu. Aku dah pasang niat selepas laksanakan tugas berkaitan bengkel di Maytower. Kami bertiga- aku, Rasil dan Helmi. Mereka berdua balik ke Putrajaya sejurus selesai minum di cafe le mason. Aku pulak ambil keputusan untuk jalan2 di sekitar Jalan TAR. Suasana agak tenang. Cuaca redup . Maklumlah dah jam 5.00 petang. Aku masuk kedai keluar kedai. Dalam hati mau beli tudung. Maka tercapai impian itu bila aku terpikat tudung di gedung Hajra. Mulanya aku kurang selesa dengan jurujual wanita berbaju dan bertudung merah di situ. Dia tak mesra dan layan ala kadar saja. Muka macam kelat saja. Aku buat bodoh . Mungkin dia tak yakin aku mau beli. Dalam hati suka hati aku nak beli atau tidak. Ternyata tiga helai tudung aku beli dengan harga RM120 selepas diskaun. Kainnya lembut dan berkualiti. Agak lama aku berada di gedung itu dan pertama kali membeli di situ.

Selepas itu aku berhubung dengan abang untuk maklumkan aku di mana untuk memudahkan dia datang ambil. Sayangnya dia tidak sempat kerana ada tugas. Aku dengan relanya meneruskan perjalanan. Dalam minda mau beli sandle kerana yang lama kurang selesa kini. Sebelum itu akupun ke surau di Semua House. Aku lega setelah kewajiban ditunaikan.

Tiba2 aku teringat untuk membeli barangan kahwin untuk bagi kepada wanita putih dan baik hati, saudari Azni Aziz yang bakal berkahwin pada minggu akhir November ini. Macam2 barang ada di situ. Aku pun terpikat namun tak beli kerana mau bawa abang tengok dulu.

Kini kujumpa ketenangan. Kuteruskan perjalanan untuk ke Sogo. Kuhias pandangan dengan pelbagai tudung dan kain2 cantik yang tergantung di sana sini. Amat menarik. Harganya pun rata2nya murah. Aku masuk ke gedung pakaian Muaz. Amboi memang banyak tudung dan blaus murah. Namun aku tak terpikat di situ...alhamdulilah

Aku ke Sogo dan terus ke bahagian kasut. Memang ada tawaran harga murah 20% hingga 70%. Akhirnya aku tergoda dengan sandle warna putih Hush Pupples. Selesa di pakai. Harganya pun patut kerana ada potongan. Kasut warna hitam polo juga kubeli untuk pi jalan2 dengan potongan 50%.

Sepanjang beli belah itu aku amat bahagia. Minda fokus nak beli apa saja. Terapi telah kujumpa pada lewat petang itu. Namun aku perlu sedar membeli pun mesti yang perlu saja. Esok2 boleh buat terapi lagi. Insya Allah.

Tuesday, November 8, 2011

Jalan TAR ditakluki warga asing

Jalan Tunaku Abdul Rahman (TAR) kini ditakluki lagi. Ia lokasi membeli belah yang cukup terkenal . Bukan sahaja orang Kuala Lumpur yang berbelanja di sini tetapi dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Suatu ketika dulu wajah orang Melayu membajiri ruang2 perniagaag di Jalan TAR. Selepas itu, warga negara jiran Indonesia pula diambil sebagai pembantu dan kini ada di antara mereka sudah mempunyai ruang perniagaan sendiri. Apakah punca perkara ini berlaku?

Kini yang lain pula terjadi. Timbul pula tambahan warga asing lagi. Bagaimana boleh warga Iran, Iraq, Pakistan dan Kemboja pula menakluki Jalan TAR. Selain menjadi pembantu ada juga antara mereka yang menjadi peniaga. Di manakah martabat orang Melayu? Siapakah yang menjadi dalang sehingga warga asing begitu mudah membuka premis perniagaan?

Masyarakat Melayu suka membeli belah di Jalan TAR. Pelbagai jenis pakaian dan kain dijualkan di kawasan ini dengan macam2 harga. Terdapat baju siap dengan pelbagai fesyen seperti baju kurung moden, baju kurung tradisional, balus dan sebagainya. Tudung jugak sentiasa ikut trend terkini dengan berwarna warni. Malahan barangan untuk pergi haji dan ubat2an tradisional juga ada dijual di Jalan TAR.

Kawasan ini semakin sibuk jika musim perayaan seperti bulan puasa, deepavali, krismas dan tahun baru cina. Banyak gerai sementara didirikan dan disewakan kepada peniaga. Selain itu kedai-kedai yang sedia ada jugak menjual pelbagai keperluan harian. Para jurujual akan berdiri di pintu kedai atau gerai dan memanggil sesiapa yang lalu lalang. Ramai jugak yang terjebak dan terus terpikat. Lalu membeli belah le mereka. Ada kalanya lain macam saja cara mereka berbahasa. Malah ada yang bunyi bangla, Indon dan sebagainya. Habis le bahasa Melayu tercemar. Hak orang Melayu dicabar.

Jika hujung minggu atau cuti am kawasan ini menjadi tumpuan. Yang nyata sekitar jam 8.00 pagi pengunjung telah mula datang walaupun kedai atau gerai belum buka. Mereka datang awal kerana untuk mendapatkan kemudahan letak kereta. Ternyata kini orang Melayu membeli dari bangsa asing.

Jika difikir2 apakah yang terjadi kepada bangsa Melayu sepuluh tahun lag? Apakah suasana Jalan TAR akan bertukar wajah asing. Sediah betul!!!!!

Diam itu berkata2

Wahai diri kau diam saja le. Namun aku tau dalam diam itu kau mesti berkata jua. Memang benar sepanjang perjalanan itu beribu kata kucipta. Banyaknya ayat2 diri tercipta. Yang nyata kata dan ayat itu yang sendu dan terluka. Kenapa ini terjadi? Mungkin hari ini hari diam dan luka. Hari ini pagi untuk berkata2 dalam diam.

Memang aku diam. Sesekali nafasku berbunyi. Mata2 berkelip2. Rupa2nya ada air terkandung. Menangis ke itu? Atau mataku pedih? Pancaran lampu itu ada ketikanya amat memedihkan pandangan. Memang aku amat terasa. Diri seolah orang asing. Ada pedih di dalam. Adakah aku terluka? Mudah sangat kena padah. Aduh!!! sampai gitu sekali?

Inilah pertama kali diamku panjang. Dalam diam akau penat kerana terus berfikir dan berkata2 dengan diri. Dalam terasing itu ada rasa tersinggung yang amat sakit. Bagi tak terkatakan. Kenapa? Entahlah....mungkin sang berkata2 itu ke?

Oooooh. Bisik hatiku. Mungkin ginilah berlaku suatu ketika dulu. Kini aku mungkin tau serba sikit. Berkata salah diam pun salah. Bagai serba salah. Lalu ternyata ada ego seorang manusia di situ. Biasa le...

Terasa amat terasing

Terasa aku amat terasing. Hati luka dan tersinggung. Aku tahu hidup ini sebuah persinggahan. Ramai yang melaluinya. Beginilah jika ruang itu bukan kita punya. Ada saja yang tak kena bila cuba berkongsi rasa dan minda. Ginilah ceritanya...

Ketika hening pagi tiba2 terdengar suara kasar. Kata2nya tak kusangka terlalu menyusuk. Memang sakit amat. Rupa2 dia salah sangka tentang kata2 ku sebelum ini. Mungkin dia jenis yang tak boleh terima idea. Aku ini tak sedar diri ke?. Adakah aku berkata2 terlampau. Suaraku amat tinggi gitu? Aku tak berniat untuk marah sesiapa. Apa lagi untuk campur tangan. Cuma aku terkejut apabila melihat sesuatu yang tak masuk akal. Maklumlah aku bukan orang senang. Asal pula dari kampung. Dengan kata lain aku orang susah. Makanya, harga mahal itu suatu yang cukup membimbangkan.

Lantaran akupun cuba2 utk memasti suasana itu. Lalu lontarkan pendapat supaya disemak kepada yang berkenaan. Namun dia kata segalanya dia tahu. Mudah diselesaikan. Ulasan berpanjangan. Kenapa dan mengapa kononnya aku tiba2 bersuara yang bukan2? Puas dijawab tapi tak boleh lulus. Jadi...tiba2 aku tersedar ini ruang orang. Aku tak boleh masuk dan menyibuk. Aku sebagai tetamu sementara. Kini aku tau, akulah tetamu yang dijemput. Boleh juga dikatakan aku menumpang. Penumpang yang tempohnya bila berakhir?

Penumpang dan menumpang? Kurang jelas poooon. Ya suasana itu mengundang rasa tersinggung yang amat tajam. Aku terasa amat terasing. Ingin saja ku berlari dan pergi jauh2. Atau kembali ke tempat lama. Mujur di sana ruang itu masih menungguku. Aku masih ingin berkunjung dan melawatnya. Insya Allah di hujung minggu ini aku akan ke sana. Banyak kutinggalkan . Aku tak berniat untuk ucapkan selamat tinggal. Ini suatu perubahan dalam hidup.

Bisikan singgah bahawa aku diam saja. Minda bekukan saja. Tak usah sibuk berkata2. Simpan saja segala kata untuk diri dan mereka yang memerlukannya. Terima kelemahan diri. Usaha terus untuk bahagian dan mewah diri.

Lalu aku akan pergi berjalan2 nanti. Pergi ke ruang besar di tanah orang. Aku akan menjerit di sana bahawa aku bukan budak sekolah yang mesti diarah berpanjangan....

Restoran 24 jam puncak gemuk??????

Kenapa ramai orang gemuk? Di Malaysia memang ramai orang obasiti atau berbadan gemuk. Sebab itu pakaian saiz xl, xxl atau xxxl banyak dipasarkan di Kuala Lumpur khususnya. Memang saiz itu ada pemakainya. kegemukan merisaukan kerana boleh menimbulkan beberapa penyakit. Kesihatan selalu dikaitkan dengan masalah kegemukan itu sendiri.




Ada yang menyatakan restoran buka 24 jam merupakan punca gemuk. Betulkah demikian? Harap2 tidak ramai yang salahkan restoran. Mereka yang berniaga 24 jam itu niatnya untuk mendapat keuntungan selain memberi kemudahan bagi mereka yang memerlukannya. Apa yang saya tengok tidak ramai yang duduk di restoran buka 24 jam itu gemuk. Tapi yang nyata di restoran itu cara masaknya kurang sesuai untuk makan malam, lewat malam atau dinihari. Makanan yang disediakan berat.





Restoran mamak memang mendapat sambutan. Tambahan pula dengan adanya kemudahan tv yang banyak atau skrin besar. Jka musim bola ruang restoran mamak penuh dengan golongan berkenaan. Begitu juga dengan restoran makanan segera seperti KFC, Mc Donald dan sebagainya yang juga menyediakan kemudahan internet. Makanan yang disediakan memang boleh menggemukkan. Jadi tepuk dada tanyalah minda....untuk memilih makanan yang sesuai untuk kehidupan ini.





Apapun alasannya terpulang kepada individu itu sendiri. Restoran berkenaan tidak pernah memaksa untuk datang dan makan. Sewajarnya jika mereka yang bekerja ikut jadual sudah tentu tidak masalah sangat makan lewat malam kerana mereka tidak tidur. Tenaga dikeluarkan untuk bekerja. Kini yang sepatutnya berfikir adalah di kalangan mereka yang suka keluar malam dan makan sambil santai di restoran. Selepas itu balik rumah dan tidur. Ini menyebabkan pengadaman makanan itu terganggu dan tenaga yang dihasilkan berlebihan tapi tidak digunakan.





Nafsu makan tak boleh diturutkan sangat. Makan mesti berpada-pada dan tidak berlebih-lebih sehingga menjejaskan kesihatan. Harga sebuah kesihatan adalah tidak ternilai....

Mesti ada kuku

Aku rasa kurang selesa. Kenapa mesti ada kuku? Kuku hendaklah tajam. Adakah istilah ini boleh digunapakai lagi? Dalam kamus hidupku tak pernah terfikir tentang kuku dan kuasa itu. Mungkin lain orang lain kebiasaannya. Apalah ada pada kuasa dan kuku itu? Dalam berunding kerjasama penting. Kebijaksanaan berkomunikasi lebih berkuasa. Pemujukan tentunya pasti diserapkan sekali.

Memang aku tidak mau ada kuku. Apa lagi jika kuku itu untuk ditakuti. Yang aku mahu rakan sekerja hormat dan segan melakukan perkara tidak murni. Jika kita dihormati tentu arahan kita mereka tidak sanggup mengkhianatinya. Bukan mau memaksa tapi ada ketikanya kita kena bertegas dengan diplomasi.

Nah! aku ada tertekan sikit. Arahan ketua aku kena urus. Bila cuba merujuk dia kata u kena guna kuku. Bila aku teliti dia tidak mahu terlibat untuk menidakan tindakan seorang yang dia kenali. Orang itu pula memang sering melaksanakan tugas2 berkaitan. Jadi akulah yang menjadi mangsa kononnya mesti gunakan kuku. Maaf le aku memang simpan kuku itu. Biar arahan dipatuhi tanpa mereka sakit hati walaupun mungkin tergoris sikit.

Aduhai.....kuku akan patah jua

Monday, November 7, 2011

Hujan jadi kuah gulai kawah


Mendung tidak menunjukkan dirinya. Tiba2 awan gelap jua...kuih gulai diterjah hujan dari langit. Rasanya tidak berubah. Ceritanya gini...

Segalanya di tangan yang maha kuasa. Mulanya cuaca terik. Angin pun cuma sesekali bertiup. memang panas hari ahad itu. Hari Raya korban 2011. Pertama kali aku bersama-sama berada di surau mengadakan majlis korban. Aku cuba membantu apa yang termampu. Kebetulan aku ikut mengadakan korban untuk diri. Terima kasih suamiku di atas segala urusan yang dilaksanakan.

Masakan agak lewat siap. Ini disebabkan kami cuma mengharapkan air dari bukit. Air paip biasa tidak ada. Mungkin tekanannya kurang kerana surau terletak di atas bukit. Masalahnya air bukit juga agak kurang. Jadi proses memasak agak terganggu. Selain nasi dan mee hoon, ajk surau memutuskan untuk buat daging masak lemak cili api dan sup. Masak bergotong royong. Meriah .Sedap!!!!makan beramai2.

Masakan sedang dirasa. Api sedang menyala. Semua petugas menyiapkan tugasnya. Daging ditimbang untuk diagih2kan. Sang hujan mula rentik2. Tiba2 hujan lebat turun tanpa angin. Maka suasana jadi kelam kabut mencari penutup periuk. Seolah-olah berebut dengan sang hujan supaya tidak menyerang ke perut periuk dan kuali.

Memang hujan sempat terjah ke periuk dan kuali. Cuma tidak menghilangkan rasa yang ada. Hujan dari langit. Airnya bersih...Alhamdulilah majlis korban berakhir dengan baik hasil kerjasama dan semangat gotong royong sekampung....

Nasi dagang dan hadiah hari jadi

Nasi dagang berlaukkan ikan tongkol yang sememangnya sedap. Aku memang amat menyukainya. Hadiah cantik amat indah dan seronok menerimanya...pertama kali kuterima hiasan diri yang...Dia beberapa kali menelefonku....Gini le

Agak lewat tiba di rumah kak Wan. Kuharap dia bersabar. Janji datang siang tapi keadaan tak mengizinkan. Namun aku memang mau datang. Lagipun adalah menjadi tugas kita untuk datang jika dijemput. Apa lagi kak Wan telah kukenali sekian lama. Dia bagai kakak untukku. Kak Wan seorang baik hati dan mengambil berat terhadap diriku.

Aku masuk ke rumahnya seorang diri. Suami cuma menghantarku. Dia ada tugas segera yang perlu diselesaikan.

Betapa seleranya aku menjamu selera dengan nasi dagang kak wan. Memang sedap. Jarang aku makan nasi penuh pinggan apa lagi dah lewat jam 8.00 malam. Gulai ikan tongkol pun amat sedapnya...sedap! memang sedap!

Selepas makan kak wan bagi saya bungkusan berwarna kuning berbunga2. Aku dapat hadiah hari jadi. Amboi bestnya dapat hadiah gelang. Cantik dan memikat. Amat suka menerimanya. Tak sangka dapat hadiah seindahnya itu. Kak wan, kak wan kaulah kak wan yang cantik dan baik hati.

Aku membuka dengan penuh debar. Perlahan-lahan dalam hati berbunga indah. Tersimpan dalam kotak coklat lagi....Tak sabar mau tunjuk kepada abang hadiah dari kak wan. TERIMA KASIH BANYAK2 KAK WAN...MOGA PANJANG UMUR, SIHAT BAHAGIA DAN REZEKI MURAH BERTERUSAN...

Aku rindu lagi


Rindu lagi ni...

Aku fikir aku kuat. Memang aku kuat. Aku ingin menjadi kebal dengan segala perasaan yang melankolik. Namun rupa2nya aku tidak kuat. Kini aku rindu lagi pada arwah bapak. Kenapa begini jadinya? Ya Allah aku tahu kau yang maha berkuasa tiada Tuhan kusembah melainkan engkau Ya Allah. Bagilah kerahmatan kepada arwah bapakku di alam kuburnya. Tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang beriman.

Aku rindu lagi. Selalu begitulah. Tanpa kusedar rindu bermula. Dan akupun berkata2 dengan diri dan tanpa diminta bayangannya datang. Aku amat dekat dengan dirinya. Ya Allah kumohon pada-Mu jua supaya tabah berdepan dengan rindu ini...

Rindu ayah

Aduhai....terasa menikam di kalbu. Aku tiba2 dilambai rindu yang amat...kenapa ni Tuhan? Ampuni dosa-dosaku dan berikanlah aku ketabahan. Gini bermula....

Jam 6.45 pagi kami keluar rumah untuk pergi kerja di Putrajaya. Juruhebah radio Iklim membaca ringkasan tajuk2 akhbar hari ini. Memang bagus. Sekurang-kurangnya dapat atu apa yang tersiar di akhbar. Macam-macam berita. Selesai bagi maklumat, maka disiarkan takbir pulak!

Takbir itu bagai kilat menyambar di kalbu. Tiba-tiba rindu yang amat kepada arwah bapak. Bagai terngiang2 suaranya bertakbir di cupingku. Aku cuba ikut bertakbir dengan suara kecil. Begitu jugak suami di sebelah. Memang sakit bila rindu itu datang. Apa lagi bila terbayang di mata arwah berbaju Melayu dan bersampin. Dia tersenyum2 cuma kurang jelas bayangannya. Mungkin dia sudah tiada sejak tahun 1989 yang lalu.

Aku diamkan diri saja. Aku cuba penjamkan mata. Rindu itu kugenggam sambil memujuk diri agar sabar. Terima kasih wahai rindu di atas kedatanganmu di pagi hari. Sebaknya tidak terkatakan. Mujur le rindu itu perlahan-lahan hilang tanpa kusedar bila takbir berakhir.

Al-fathiah...

Thursday, November 3, 2011

Malam Media 2011

Malam media adalah majlis murni diadakan khas untuk media bersama dengan agensi tertentu. Ia sebagai jalinan memupukkan kerjasama serta untuk sling mengenal dan menghormati tugas masing2. Selain itu, untuk mendekatkan media dengan anggota perkhidmatan awam.

Namun malam tadi mencipta sejarah dalam hidupku sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Memang Malam Media itu khas untuk wartawan China. Tetamu hampir 90 peratus adalah dari kalangan mereka. Apa yang saya tahu Malam Media berkenaan untuk meraihkan wartawan china dalam usaha mempromosikan Medical Health in Malaysia ke China dan Hongkong.

Sebelum majlis makan malam sidang media diadakan. Aku dan Hartini masuk ke tempat berkenaan. Kami tak faham langsung kerana semua komunikasinya dalam bahasa China. Memang sejak awal masuk ke ruang dewan aku sudah perasaan kehadiran kaum China mencapai rating yang tinggi.

Majlis itu diadakan di hotel enam (6) bintang di Jalan Conly. Semua makanannya pun Chinese Food. Sedapnya boleh tahan. Mujur le biasa buat majlis di hotel berkenaan sebelum ini.

Bila difikir-fikir memang kehadiran kami tidak dihargai. Tanpa kami majlis itu tetap boleh dilaksanakan jua. Malahan seolah2 kehadiran kami tidak diperlukan. Tapi apa boleh buat arahan perlu kami patuhi.

Amat kecil peranan. Kami cuma diberi tugas daftar media asing. Malangnya tidak seorang pun media asing yang jemput tidak hadir.


Sabar aja le...



Games dan internet

Benarkah ada main games dan internet? Lalu ia antara penyebab panggilan tidak diangkat. Ia jugak menyebab timbulnya aduan. Siapakah yang melapor? Adakah laporan itu sahih? Sepatutnya mai le tempat aku boleh bincang dan urus apa yang patut.

Kenapa le mencari penyakit? Atau adakah memang dia sakit? Sakit hati atau iri hati. Tup-tup buat laporan kepada orang besar sikit pulak! Apa lagi terlayang le email kepada bos aku. Memang keja dia bagi email sebab laporan itu berkaitan dengan PKP. Tugas2 berkaitan telefon dan khidmat pelanggan di bawah penyeliaan kami. Aduiiiii Arahan pun diterima minta aku buat siasatan. Siapakah mereka itu? Adakah kebenaran laporan berkenaan?

Aku kena panggil urgent orang2 tertentu. Perbincangan pun panjang. Hasilnya semua PKP ada PC dan internet serta mereka melayarinya kecuali seorang PKP yang tidak mahir dengan komputer. Aku minta supaya dia bersedia supaya celek IT dan kursus untuk dia akan dilaksanakan. Biar semua PKP update ilmu dalam IT. Memang kemudahan komputer dan internet amat berkait rapat dengan tugas harian. Segala maklumat terkini terdapat dalam internet. Pelanggan pula mau cepat. Jadi internet le pembantu sedia. Kini yang perlu pemantauan terhadap mereka, keluarkan memo peringatan dan satu perjumpaan akan diadakan. Aduiii penatnya....

Kenapa perlu risau dan bimbang?-isu PPSMI


Wajarkah membantah supaya PPSMI diteruskan? Kenapa Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia itu tidak mampu untuk menjadi bahasa ilmu? Adakah rakyat negara ini tidak punya jati diri? Mereka amat takut anak-anak mereka berdepan dengan masalah. Kononnya susah jika bahasa penyampian ditukar masa sekarang. Amboi ! selama ini mereka tidak tau berbahasa Melayu atau berbahasa Malaysia?

Atau memang mereka mahu berbahasa Inggeris supaya nampak klasnya lagi bagus! Sudah lupa diri ke? Mereka berada di bumi Malaysia yang mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Maka, tentunya menjadi tanggungjawab untuk memertabat dan mendaulatkan bahasa Melayu/bahasa Malaysia itu. Orang Jepun, Korea, Paris dan German malahan orang Indonesia tetap bangga dan bahasa mereka. Jati diri mereka cukup kebal. Mereka amat bangga dengan bahasa mereka.

Bila lagi rakyat Malaysia terus bangga dengan bahasa Inggeris. Rasanya hanya dengan melaksanakn mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu tidak akan menjejaskan kemajuan bahasa Inggeris. Kenapa perlu takut tidak fasih berbahasa Inggeris jika usaha diri terus dibuat? Sewajarnya merasa malu dan terhina jika penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia tidak betul.

Kejayaan dan langkah cemerlang di depan memajukan bahasa kebangsaan itu bermula dengan langkah pertama. Peduli apa dengan pendapat orang-orang tertentu itu kerana perjuangan mereka amat terhad. Ada juga mementingkan diri saja atau sekadar menjadi pak turut.

Amat bangga dengan ketegasan TPM yang menekan Kerajaan tidak tunduk ugutan. Syabas!!! Begitu le pemimpin yang berjiwa besar. Pelaksanaan dasar baru itu memang tidak berkait dengan politik. Semua perlu menerima bahawa bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu bahasa kebangsaan negara ini. Sebagai rakyat perlu sedar dan berjuang bersama2 untuk menjadikan ia bahasa yang dihormati dan gagah di mata dunia. Tidak dinafikan amalan demokrasi dipraktikkan tetapi biarlah wajar dan berpada2 serta untuk kepentingan bangsa dan negara. Perlu diingat bukan untuk peribadi dan kehendak emosi semata-mata.

Salam bahasa kebangsaan

Wednesday, November 2, 2011

ada kelahiran lagi

31 oktober 2011 ada kelahiran lagi. bayinya seberat 2.8 kg cuma. kecil tapi badannya ada isi. matanya bulat. muka halus mulus. sesekali dia menangis. apabila jika dibuka bendungnya. dia dicepatkan lahir ke maya ini. ibunya tak larat lagi bekerja. dia berjalanpun macam susah sangat.

Tadi si kecil berkelip2 matanya. dia cuma diam. terbaring di celah-celah orang besar sedang melihatnya. apapun dia tak tau apa-apa. belum dengar apa-apa . dia baru balik dari hospital. dia cuma menyusu dengan ibunya.

Kasian di kecil itu. kelahirannya memang dinantikan. dia punya seorang kakak yang comel. belum pandai bercakap. hanya boleh panggil mama, bapak, nenek, kakak dan atuk. masih mengaku dia baby...hahaha...si kakak

Namanya belum ada. seorang abang sepupu berwajah cina memberi namanya Nora. cadangan saja. namun nora kurang dipersetujui kerana ada makcik nama seperti itu. makanya, masih mencari nama. nama itu biar mudah, indah dan maknanya bagus...

Ada cadangan atuknya sempena hari raya aidil adha ini akikah untuk si kecil dan kaknya akan diusahakan. Bagus jugak ambil berkat bulan bermakna ini....harap2 tercapai cadangan itu ye...

Perdana Menteri Wanita Diancam Banjir

Betulkah Bangkok terus banjir kerana Perdana Menterinya Wanita? Kenapa begitu jadinya??? Bangkok kian tenggalam. Banyak kerosakan berlaku. Agak lama Bangkok ditenggalami air. Ramai rakyat menjadi korban.

Apakah tindakan bijak Perdana Menteri yang cute itu? suasana di sana amat mengharukan . penduduk Bangkok terus diancam banjir. Kini paras air semakin naik. Semua jalan-jalan utama di Bangkok ditenggelamni air. Keadaan ini diramalkan akan berterusan dalam sebulan lagi. Betapa lamanya lagi..

Perdana Menteri Thaland ialah Yingluck Shinawatra pun amat sedia dan risau. Beliau menyatakan kemungkinan banjir akan surut agak susah. Adakah ini balasan kepada Perdana Menteri yang cantik manis itu? Yang penting semua kena sabar dan menilai diri semula.

Kerugian dah tentu amat banyak. Korban dan terkorbon tidak dapat di bendong. Ingin saja ku berlari dan meminjamkan mereka rumah tegap tapi sekadar impian.

Itu perempuan berhenti kerja tanpa notis

Perempuan mau hidupnya berubah. memang bagus tapi dia pentingkan diri sendiri. dia tidak pedulikan orang lain. dia sanggup menipu dengan pelbagai alasan. dia memang menyusahkan orang lain. apa punya jenis le manusia seperti ini. pening dibuatnya.

Itu perempuan seorang pekerja khidmat pelanggan. tiba-tiba saja mau berhenti kerja serta merta. Lepas hantar surat terus pergi begitu saja tanpa notis. aduiii memang teruk betul. sebelum ini dia cuti dengan alasan menjaga atuk/nenek sakit. ternyata hanya membohong. rupa-rupanya berhenti kerja sebab dapat tawaran kerja lain. dia sendiri bagitau dalam surat.

Kenapa perempuan yang cukup sifat buat hal. peraturan dilanggar. entahle salah ambil pekerja le...ramai lagi orang mau kerja. kini kes ni kena urus jugak! sudah le aku baru bertugas, baru mau mengenal kekawan dan keja, baru belajar suasana dan kerenah timbul pulak perkara ini...

Sabar aja le..mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan segalanya..

Doktor Gigi Jalanan

Apa sudah jadi dengan senario ini? doktor gigi jalanan ada sasaran. bila saya fikir sejenak macam pelik tapi benar pulak! entah benar atau doktor tipu kita pun tak pasti. ada sumbernya doktor ini dari China.

Ada beberapa lokasi tempat doktor gigi jalanan ini beroperasi. antaranya kawasan pantai dalam, pudu, klang, seremban dan ada beberapa tempat lagi yang jadi hot spot. mereka membuka gerai di celah-celah gerai bedak dan sayur. apapun ada jugak orang yang sanggup menggunakan khidmat doktor ini.

Memang merisaukan kerana faktor jangkitan penyakit. kebersihan tak terjamin. peralatan cuma diletakkan dalam beg. kemungkinan besar tidak dibasuh selepas guna. ini disebabkan lokasi biasa di kawasan pasar. selain itu doktor pun tidak menggunakan sarung tangan dan penutup mulut.

Keselamatan amat tidak terjamin. bagaimana dengan penyakit2 berjangkit seperti hiv yang boleh merebak dengan perkongisan peralatan untuk cabut gigi misalnya. selain itu, jika timbul masalah selepas rawatan bagaimana? tentunya susah untuk merujuk kerana doktor itu tidak ada tempat tetap. mungkin juga mereka bermusim. besar kemungkinan menggunakan pas melancong. amat membahayakan...

Sikap waspada dan pentingkan pengesahan doktor gigi yang berlesen adalah jalan selamat. jadilah rakyat malaysia yang sentiasa peka dengan doktor gigi jalanan ini... perlu ingat di negara ini banyak klinik kerajaan dan swasta yang beri perkhidmatan gigi...jangan sampai tersalah langkah...