Saturday, November 26, 2011

Kenduri kahwin

Pengalaman pertama aku mengikuti suami untuk menghadirkan diri di kenduri kahwin di Batu 13 , Kg Chenor, Temerloh Pahang. Perjalanan agak jauh juga dari Kuala Lumpur . Mujurlah kami berempat. Ada saja tajuk yang disentuh. Hilang rasa mengantuk. Hajah Ramlah (adik abang) dan suaminya Haji Harun pergi sekali dengan kami. Malahan Haji Harun yang memandu dengan penuh berhemah.

Tiba di kawasan rumah pengantin sekitar jam 11.30 pagi. Orang sudah ramai dan berderet kereta di sepanjang jalan. Memang masih awal tapi suasana di kampung memang tetamunya awal datang. Aku teringat begitu juga keadaan di kampungku ketika kenduri diadakan. Ada dua khemah. Kami terus ke khemah berdekatan dengan rumah tuan rumah. Di situ memang selesa kerana tidak ramai tetamu.

Kami makan semeja. AKu makan nasi biryani berlaukkan rendang daging, ayam masak merah, sayur nenas dan dal. Boleh tahan masakannya. Menurut seseorang makanan ditempah kerana tuan rumah tidak berupaya untuk masak.

Ketika makan semakin ramai tetamu datang termasuklah saudara mara suami. Namun kebanyakannya aku pernah berjumpa. Namun aku tidak sempat tengok pengantin perempuan - anak saudara suami. Pengantin lelaki sempat tengok ketika singgah di surau.

Kami singgah solat sekejap. Tiba-tiba hujan lebat dan angin sekali. Mujurlah tidak kilat dan guruh. Setelah hujan teduh kamipun balik selepas bertemu dengan adik bungsu abang - ina bersama suami dan anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment