Saturday, November 26, 2011

Cabaran Mau Hadir Kenduri Azni Aziz

Memang cabaran betul mau hadir kenduri kahwin Azni. AKu sudah pasang hajat mahu ke Kelantan bersama Yan. Siap rancang macam2 termasuk mau berjalan2 di bumi Cik Mek Molek itu. Maklumlah bukan selalu dapat ke sana. Aku pun memohon untuk cuti sehari supaya tidak penat sekembalinya ke Kuala Lumpur nanti. Gembira bukan main kerana bos luluskan cuti.


Hari Rabu aku dan Yan sering bersms dan sesekali bertelefon. Ia berlanjutan sehingga ke hari Jumaat. Kami berbincang tentang perjalanan. Mulanya memang mau berkereta. Yan pun sanggup membawa keretanya sendiri. Aku tiada masalah. Lagipun kereta saya kurang meyakinkan kerana ada alat yang belum sempat ditukar baru. Aku yakin Yan memang boleh memandu dengan baik.


Dalam mindaku terbayang baju apa nak pakai. Malahan berapa helai pakaian nak bawa pun sudah dirancangkan. Di mana kami mau bermalam pun telah dibincangkan. Aku pun berhajat untuk melawat emak angkat di Kelantan. Rumahnya berdekatan dengan gerbang istana. Apapun aku ingat2 lupa. Tapi insya Allah boleh kami cari.


AKu berbincang dengan abang. Dia mengizinkan dengan syarat kami mesti bertolak siang dan ada kawan lelaki pergi bersama. Maka yan pun mempelawa Bob atau Faizal. Aku cuma menunggu saja.


Namun tiba2 terima berita keadaan di Kelantan dan sekitarnya banjir. Maka abang pun kerap kali menghubungi saya bertanya perkembangan perjalanan yang bakal aku tempoh. Dia risau kerana keadaan banjir yang membimbangkan. Abang kena kerja luar pejabat sebab itu dia tidak dapat pergi bersamaku. Memang pada mulanya aku dan dia akan menghadiri kenduri Azni. Memang benar kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.


Seorang rakan di pejabatku, namanya iza dan berasal dari Kelantan sering memberi maklumat terbaru tentang keadaan di Kelantan. Dia kelihatan risau bila aku menyatakan memang akan ke Kelantan jugak. Aku dengan Yan akan naik bus jika terpaksa begitu. Kebetulan abang pun cadang lebih baik naik bus saja.


Maka, Yan pun menelefon kaunter Transnasional. Aku terkilan sangat kerana tiket habis pulak. Aku pernah ke Kelantan naik bus berkenaan. Yan kata dia akan cuba cari bus naik. AKu sudah mula keciwa dan terima hakikat tidak dapat apa. Mungkin bukan rezeki untuk menghadirikan diri dalam majlis bersejarah Azni. Namun doa dan ingatan tetap ada untuk dirinya.


Dalam menunggu tiket yang Yan cari, abang telefon dan menyatakan program dia pada hari Sabtu tangguh. Dia akan balik ke Kuala Lumpur. Dia pun kata jika tiket tidak ada, maka kami kena hadir majlis kenduri anak saudaranya di Temerloh. Nah! aku kena terima cadangan suami dahulu. Selepas itu dengan berat hati aku telefon Yan dan maklumkan perkara berkenaan. Ternyata segala angan dan impianku tidak menjadi kenyataan.


Aku pun tidak pasti adakah Yan dapat tiket untuk ke kenduri Azni. Namun besar kemungkinan Yan dapat kerana dia seorang yang kuat semangat.


Salam bahagia untuk seorang Azni di saat2 menjadi pengantin baru bersama suaminya.




No comments:

Post a Comment