Sunday, November 20, 2011

Badai Semalam -coretan 1




Memang ada kuasa lakonan Erra Fazira membawa watak Mazni. Aku teruja. Ada pesona yang manis dan indah. Namun aku tak terfikir kesan lakonannya di pentas teater seperti itu. Memang dia ternyata ada klasnya tersendiri di alam seni.




Sebenarnya ketika mengambil keputusan untuk menonton teater Badai Semalam aku dalam keadaan yang seolah-olah keliru. Bolehkah para pelakon BS ini membawa diriku ke dalam teater itu? Bisik hatiku. Kebetulan novel Badai Semalam adalah bahan bacaan dan untuk lulus exam ketika aku mengambil SPM. Aku masih ingat betapa susahnya membawa watak yang diadaptasikan dari sebuah novel yang memang ada seninya tersendiri.




Ikhlas kunyatakan memang pengaruh rasa untuk menonton teater ini tidak kuat. Mujurlah seorang sahabat- Gee Faizah bertanya dua kali tentang peluang untuk bersama aku ke teater itu. Tiba2 aku teringin amat untuk berjumpa kekawan di Istana Budaya. Siapa lagi kalau bukan Abang Joe , Zubaidah, Puteri, Kama, Azli, kak Ton dan beberapa orang lagi yang biasa bertugas ketika ada pementasan di Panggung Sari.




Selepas mendapat sms daripada Puteri aku rasa terkilan. Sedih pun ada kerana kakinya sakit. Kena simen lagi. Puteri berwajah lembut dan manis. Nah pasti aku tak dapat jumpa dia jugak! Aku fikir sejenak dan berdoa semoga dia cepat sembuh. Selepas itu aku bersms dengan Kama, seorang gadis cantik berhidung mancung. Tinggi dan cantik. Aku pun berjanji akan datang jam 2.15 petang.




Aku dan Gee buat temu janji bersua di Sogo jam 11 pagi. Selepas membeli apa yang patut kami terus ke Istana Budaya. Ternyata sudah ramai orang. Wah! bisik hatiku ramainya orang. Yang bestnya ramai juga kalangan generasi muda atau remaja yang datang tengok teater itu. Sebelum ini aku dapat maklumat penonton yang datang di kalangan mereka yang berusia 40-an. Maklumlah Badai Semalam menjadi bahan bacaan untuk peperiksaan mereka yang berkenaan ketika zaman persekolahannya.


Alai betapa gembiranya aku tiba2 seorang kawan manis datang dekat sambil memegang tangan kananku. Zubaidah M yang manis dan kecil molek dengan senyuman amat mempesonakan menegurkan. Betapa bertuahnya diri empunya kekawan yang mesra manja. Terima kasih Tuhan kurniakan mereka kepadaku.

Aku dan gee memang santai nonton BS. Dimulakan dengan tayangan slaid. Latar bunyi menggunkan derian hujan. Menyentuh rasa.

Bagiku watak Mazni berjaya dilakonkan oleh Erra Fazira. Mazni seorang yang kuat semangat dan bercita2 tinggi. Seorang yang taat dengan perintah ibunya tetapi tegas dalam membuat keputusan. Berperwatakan lemah lembut cuma sesekali Mazni mudah tertekan apabila sering disindir jirannya.

Watak karim yang dilakonkan oleh Aaron Aziz tidak kurang hebatnya. Cuma Aaron kena belajar lagi untuk berteater. Suaranya agak keras dan kurang berkesan di jiwaku ketika babak sedih dan merintih. Dia melakonkan adegan kasar dan samseng memang boleh tahan. Oleh itu, Fizz Fairus sebagai hero kedua, berjaya dengan wataknya. Lontaran suaranya jelas dan sesuaikan rentak wataknya.

Ummi Aida sebagai isteri orang kaya dan ibu kepada Aaron pun memang tidak hairan berjaya mencuitkan hati penonton kerana beliau sudah biasa dengan pentas teater. Manakala watak Emelda pun hebat sebagai Kak Kiah yang kecoh dan suka menghasut. Sesekali dia berjaya membawa penonton ke pentas dengan pengucapan dialog dan gerak badannya. Suarapun begitu jelas.

Teater oh teater....




No comments:

Post a Comment