Friday, November 18, 2011

Rakyat Malaysia antara pengguna telur terbanyak di dunia

Pernahkah anda terfikir berapa jumlah telur ayam dihasilkan di negara kita Malaysia ini. Aku memang langsung tak fikir perkara itu. Aku pun tak pernah beli telur lebih sepapan selama hidup di Kuala Lumpur ini semata untuk dimakan atau dibuat bahan makanan.

Namun aku terfikir sejenak apabila terbaca di Utusan Malaysia mengenai betapa mewahnya negara ini dengan telur ayam. Berjuta biji telur digunakan orang penduduk atau rakyat di Malaysia. Berapa banyak reban ayam yang mengusahakan telur berjuta-juta itu. Aku teringat aku pernah memungut telur ayam pada masa lalu ketika ibu memelihara ayam telur. Memang seronok melihat telur bergolak di reban ayam. Begitu juga telur itik yang lebih besar.

Kini yang aku bteruja aca ialah sebanyak 10.6 juta biji dihasilkan oleh lima syarikat pengeluar telur terbesar di Malaysia ketika ini. Apa tidaknya makanan atau masakan menggunakan telur. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan seperti hari raya puasa pelbagai jenis kuih muih menggunakan telur. Tukang masak di kedaipun menggunakan telur untuk dijadikan pelbagai jenis masakan. Jika mau cepat dibuat telur dadar atau telur mata kerbau atau telur rebus.

Dengan jumlah 10.6 juta biji telur itu ternyata ada kaitannya dengan rekod pengguna. Menurut penyelidik rakyat Malaysia adalah antara pengguna telur ayam per kapita terbesar di dunia, iaitu sebanyak 320 biji seorang . Bukan jumlah yang sedikit. Perlu diingatkan bahawa rakyat Malaysia ramai yang mempunyai kolestrol jahat yang tinggi mungkin antara penyebabnya makan telur dengan banyak.

Ini ternyata Malaysia mencipta rekodnya sendiri dan perlu dikurangkan pengambilan telur untuk kesihatan. Sebagai perbandingan, setiap rakyat Amerika Syarikat hanya menggunakan 250 biji telur setahun. Apa mereka makan atau lauk makan yang paling mudah dibuat selain telur itu ya?

No comments:

Post a Comment