Thursday, November 17, 2011

Tempat letak kereta OKU

Biasanya di sesuatu kawasan itu ada dikhaskan tempat letak kereta OKU. Namun yang terjadi ada juga insan-insan yang tidak sedar diri mereka bukan OKU menggunakan tempat berkenaan. Memang amat memalukan orang seperti ini. Mungkin juga mereka tidak mahu memikirkan impak disebabkan tindakan itu.

Disebabkan kemudahan OKU diceroboh demikian, maka timbullah aduan supaya hanya OKU saja yang berhak terhadap tempat yang disediakan itu. Kini Kementerian Kesihatan Malaysia menerima aduan berkaitan daripada Biro Pengaduan Awam (BPA). Semua fasiliti kementerian ini memang menyediakan tempat letak kereta OKU tetapi berlaku juga pencorobohan. Misalnya di kawasan hospital, klinik kesihatan,kolej dan institusi kesihatan. Oleh itu, UKK terpaksa memajukan email untuk memohon kerjasama supaya pemantauan berterusan terhadap kemudahan OKU itu dilaksanakan dengan baik bagi mengelakkan aduan berulang.

Ingin diserukan di sini untuk pengunjung atau penjawat awam letaklah kereta di kawasan yang lain walaupun terpaksa berpusing beberapa kali kecuali anda sendiri seorang OKU. Menceroboh itu salah dan jangan jadikan diri anda seorang pesalah di depan orang ramai dengan bukti kereta atau kenderaan anda sendiri berada di tempat yang dikhaskan itu.

Selamattttttt

No comments:

Post a Comment