Monday, November 14, 2011

P.Ramlee menjadi nama sekolah kebangsaan

Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Nama yang harum akan mewangi di segenap ruang. Menjadi sebutan sepanjang zaman. Ia akan ditatang sepanjang masa. Makanya, itulah yang berlaku kepada Allahyarham Tan P.Ramlee yang telah meninggal sejak 38 tahun yang lalu. Peminat dan pencinta seninya terus berkembang. Filem dan lagunya memikat serta pesonakan generasi yang kemudian. Dia menjadi idola orang lama dan baru. Malahan lagu2 dirakamkan semula sehingga menimbulkan kontrovasi di Indonesia kerana lagu madu tiganya. Ternyata dia punya kuasa seni yang luar biasa.

P.Ramee yang insan yang dikurniakan Allah swt bakat yang terus bersinar. Idea seni P.Ramlee mendahului zamannya. Jika ada masih hidup sekarang sudah tentu dia menjadi insan seni yang berjaya dan kaya. Namun dia berjuang bukan kerana wang sebab itu dia bukan insan seni yang mewah ketika zamannya. Dia seorang yang pemurah dan penyayang.

Baru2 ini keluarganya terharu apabila sebuah sekolah di Pulau Pinang, iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Jalan Gudwara ditukarkan nama yang dikenali ini sebagai Sekoalh Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee. Betapa tingginya nilai sumbangan itu diletakkan oleh para pendidik. Alhamdulilah akhirnya nama besar P.Ramlee dipahatkan untuk sebuah gendung ilmu.

Sekolah ini merupakan sekolah pertama P.Ramlee belajar. Memang ia mencipta sejarah dalam catatan perjalanan hidup seorang pencinta seni di negara ini. Mungkin setiap 29 Mei nanti sekolah ini akan mengadakan sesuatu sempena kembalinya P.Ramlee Ke rahmatullah. Harap2 ada suatu aktiviti murni untuk seniman agong ini.

Kini namanya terpahat dalam sejarah seni tanah air. Hari Seniman juga diwujudkan sempena perginya beliau ke rahmatullah pada 29 Mei. Selain itu, setiap kali ada perbincangan seni sudah tentu nama P.Ramlee dan sumbangannya sentiasa bermain di bibir dan menjadi catatan wajib dalam kertas2 yang dibentangkan. Al-fatihah untuk arwah Tan Sri P.Ramlee.

Selamat dalam segalanya...

No comments:

Post a Comment