Wednesday, November 16, 2011

152,182 anak luar nikah

Gejala seks tanpa nikah di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan. Remaja wanita seolah-olah menjadi penyebab pertambahan anak luar nikah kerana mereka yang melahirkan. Wanita juga yang menanggung risiko dan malu. Kenapa agaknya anak luar nikah ini terlalu ramai? Adakah anak-anak remaja sekarang ini membelakangkan ajaran agama? Atau adakah mereka sama ada lelaki atau perempuan terpengaruh dengan maklumat bebas di alam siber? Mungkin juga keinginan mencuba dan ada yang membukti cinta sucinya kononnya. Tepuklah dada tanyalah minda atau akal.

Angka 152,182 anak luar nikah yang direkodkan di seluruh negara bukannya sedikit. Ia memang memerajatkan kerana negara ini agama rasminya Islam dan agama-agam lain pun tidak menggalakkan seks tanpa nikah. Jika diteliti dengan lebih serius seolah-olah masalah sosial di kalangan remaja tidak terkawal. Betapa malunya emak bapa apabila anak remaja yang masih belajar melahirkan anak tanpa tau siapa bapaknya.

Sebagai contoh seorang pelajar di sebuah institut melahirkan anak seorang diri. Pensyarah dan kekawan tidak tahu perkara yang memalukan itu berlaku di dalam asrama. Malahan sahabat baik saya yang menjadi penyelia di asrama berkenaan hampir pengsan apabila diberitahu seorang pelajar melahirkan anak dalam tandas tidak jauh dari rumah. Ia terbongkar apabila kawan yang membantu ketika kelahiran itu tidak tahan lagi menyimpan rahsia dan rasa bersalah. Maka, dia pun memberitahu pihak asrama setelah mereka tamat peperiksaan akhir. Mujurlah maklumat tersimpan jika awal terbongkar tentunya pelajar itu tidak tamat pengajiannya.

Pelajar itu menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada orang kampung kawan yang membantunya. Mungkin dia masih banyak pertimbangan dan waras mindanya kerana tidak membuang bayi itu. Dan rasanya bayi ini tidak masuk dalam rekod berkenaan. Ini bererti angka yang dikumpul itu mungkin lebih besar lagi....

Perlu disekat dan dikurangkan rekod anak luar nikah. Begitu juga dengan tabiat membuang bayi biarkan tidak menjadi jalan terakhir untuk mereka yang hamil tanpa nikah. Takat ini Negeri Sabah yang mencatat teramai anak luar nikag dan diikuti oleh negeri Selangor seramai 18,983 orang. Secara purata 26 anak luar nikah dilahirkan sehari. Suatu angka yang memilukan nilai-nilai murni dalam masyarakat negara ini.

Namun yang ternyata di Selangor misalnya anak tanpa nikah ini lahir bukan disebab rogol semata-mata. Ini disebabkan hasil kajian di Selangor hanya 25 peratus dirogol manakala lima peratus tidak mendaftarkan perkahwinan serta 92.5 peratsu mengaku melakukan hubungan seks tanpa nikah secara sukarela.

Memang ramai remaja mengandung ank luar nikah...Oleh itu pemantaun dan penguatkuasaan perlu diperketatkan untuk mengelakkan jumlah anak luar nikah bertambah. Sebagai contoh hotel bujet perlu dipantau kerana anak2 remaja suka berkumpul di tempat2 ini... Begitu juga pusat2 hiburan , kafe siber yang menjadi port mereka. Anak2 bermasalah ini juga hendaklah dipantau dan dididik supaya tidak jadi pembunuh dengan membuang anak2 yang tidak berdosa itu...

No comments:

Post a Comment