Wednesday, November 16, 2011

Berlian oh berlian


Segalanya hanya impian. Ia sebuah angan-angan yang kosong untuk menyedapkan mata dan hati. Berlian kuning yang berkerlip cahayanya memancar. Mata menjadi silau tapi keindahannya amat pesona. Batu berlian kuning paling jarang ditemui dan tentu harga berjuta-juta. Biasa tengok berlian warna putih. Itu pun tak mampu nak beli....

Seperti tersiar akhbar Utusan Malaysia, berlian 110 karat berwarna kuning itu digelar Sun Drop Diamond dijual dengan harga RM34.5 juta. Itupun ketika acara jualan lelong firma Sotheby's di Geneva, Switzeland. Aku tak dapat bayangkan jika harga biasa tentunya sampai beratus juta ringgit Malaysia. Memang sampai mati pun aku tidak dapat membelinya. Mungkin untuk menyentuh berlian semahal itu pun tidak dapat dilakukan.

"Ia merupakan rekod tertinggi jualan berlian kuning. Ia merupakan sebiji permata yang hebat dan unik", kata David Bennett pengerusi firma lelongan Sotheby's.

Mengikut sejarahnya permata ini ditemui di Afrika Selatan pada tahin 2010 dan mengagumkan para pelawat Muzium Sejarah Semulajadi di London ketika ia dipamerkan di situ pada awal tahun ini.

Berlian yang unik ini cuma sebesar ibu jari tangan wanita berbentuk pear. Ia diperolehi daripada unsur-unsur gas nitrogen dalam komposisi karbonnnya.

Teringin pulak melancong ke Afrika Selatan untuk melihat berlian-berlian yang ada di sana. Membeli memang tidak mampu sama sekali kerana harga berlian bukan untuk aku. Ia untuk mereka yang memang wangnya berlebih-lebihan gitu...



No comments:

Post a Comment