Wednesday, November 9, 2011

Beli Belah Terapi Diri


Diri perlu terapi. Aku mau terapi itu tanpa dipaksa. Aku agak tenang bila pi shopping atau membeli belah. Belanja dan belanja untuk barang yang kita suka menjadikan diri kita bahagia. Lupa seketika gundah dan resah. Begitu le

Memang mengganggu bila minda tidak tenang. Perasaan pun kacau. Idea kurang bagus. Senyum seolah berat. Kata2 amat susah dilafazkan. Betapa berharganya sebuah ketenangan itu. Ketenangan itu anugerah yang amat bernilai.

Aku mau ketenangan itu. Aku dah pasang niat selepas laksanakan tugas berkaitan bengkel di Maytower. Kami bertiga- aku, Rasil dan Helmi. Mereka berdua balik ke Putrajaya sejurus selesai minum di cafe le mason. Aku pulak ambil keputusan untuk jalan2 di sekitar Jalan TAR. Suasana agak tenang. Cuaca redup . Maklumlah dah jam 5.00 petang. Aku masuk kedai keluar kedai. Dalam hati mau beli tudung. Maka tercapai impian itu bila aku terpikat tudung di gedung Hajra. Mulanya aku kurang selesa dengan jurujual wanita berbaju dan bertudung merah di situ. Dia tak mesra dan layan ala kadar saja. Muka macam kelat saja. Aku buat bodoh . Mungkin dia tak yakin aku mau beli. Dalam hati suka hati aku nak beli atau tidak. Ternyata tiga helai tudung aku beli dengan harga RM120 selepas diskaun. Kainnya lembut dan berkualiti. Agak lama aku berada di gedung itu dan pertama kali membeli di situ.

Selepas itu aku berhubung dengan abang untuk maklumkan aku di mana untuk memudahkan dia datang ambil. Sayangnya dia tidak sempat kerana ada tugas. Aku dengan relanya meneruskan perjalanan. Dalam minda mau beli sandle kerana yang lama kurang selesa kini. Sebelum itu akupun ke surau di Semua House. Aku lega setelah kewajiban ditunaikan.

Tiba2 aku teringat untuk membeli barangan kahwin untuk bagi kepada wanita putih dan baik hati, saudari Azni Aziz yang bakal berkahwin pada minggu akhir November ini. Macam2 barang ada di situ. Aku pun terpikat namun tak beli kerana mau bawa abang tengok dulu.

Kini kujumpa ketenangan. Kuteruskan perjalanan untuk ke Sogo. Kuhias pandangan dengan pelbagai tudung dan kain2 cantik yang tergantung di sana sini. Amat menarik. Harganya pun rata2nya murah. Aku masuk ke gedung pakaian Muaz. Amboi memang banyak tudung dan blaus murah. Namun aku tak terpikat di situ...alhamdulilah

Aku ke Sogo dan terus ke bahagian kasut. Memang ada tawaran harga murah 20% hingga 70%. Akhirnya aku tergoda dengan sandle warna putih Hush Pupples. Selesa di pakai. Harganya pun patut kerana ada potongan. Kasut warna hitam polo juga kubeli untuk pi jalan2 dengan potongan 50%.

Sepanjang beli belah itu aku amat bahagia. Minda fokus nak beli apa saja. Terapi telah kujumpa pada lewat petang itu. Namun aku perlu sedar membeli pun mesti yang perlu saja. Esok2 boleh buat terapi lagi. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment