Wednesday, November 16, 2011

Bangunan berkuasa solar terbesar berada di China

Aku amat teruja dengan berita sekilas di Utusan Malaysia hari ini. Sungguh luar biasa daya pemikiran rakyat di China. Mereka boleh membangunkan kuasa solar di negara besar itu. Ini ternyata kerana dalam bulan Disember 2009 China mengisytiharkan sebuah bangunan pejabat di Dezhou yang terletak di Wilayah Shangdong menggunakan tenaga solar sepenuhnya untuk keperluan tenaga sendiri.

Ini satu-satunya bangunan yang mencatat sejarahnya tersendiri sebagai bangunan berkuasa solar terbesar di dunia. Ia berbentuk alat yang digunakan pada zaman dahulu untuk menunjukkan waktu dengan bayangan matahari. Sumber alam kurniaan Allah SWT menjadi pemangkin untuk menghasilkan tenaga untuk menampung sistem yang diwujudkan. Kuasa matahari begitu luar biasa di dunia ini.

Dinyatakan juga bangunan itu berkeluasan 807,000 kaki persegi. Ia mempunyai kemudahan dewan pameran pelbagai guna, penyelidikan saintifik, latihan dan hotel. Wow!!! hebat dan mewah bangunan besar itu sehingga aku terasa tidak sabar untuk ke sana. Aku ingin menyaksikan sendiri hasil kehebatan idea dan pemikiran orang China.

Tidak hairan bila ada desas desus negara China mahu membina bangunan yang lebih tinggi dan hebat daripada Menara KLCC.

No comments:

Post a Comment