Sunday, November 13, 2011

Badannya Panas

Aku risau. lalu mata tak boleh lelap. Badan abang panas. Dia bagai nak demam. Aku tertanya2 adakah disebabkan terkena hujan siang tadi. Kami pi kenduri beberapa buah rumah. Malah terpaksa menempuh hujan kerana memenuhi jemputan. Aku pun tiba2 kena selsema. Ya Allah ya Tuhanku hanya pada-Mu aku memohon supaya sihatkanlah suamiku. Stabilkan seperti biasa panas badannya. Sembuhkan dia dengan segera Ya Allah.

Sudah tiga kali aku basahkan tuala untuk diletakkan di dahinya. Kini aku tambahkan untuk letakkan tuala di lehernya bagi mengurangkan panas badannya. Aku juga bagi dia minum air walaupun kena paksa. Mungkin dia tak selera minum. Namun aku akan cuba untuk menjadikan dia minum banyak air.

Mulanya tadi dia rasa sejuk walaupun badannya panas. Jadi aku pakaikan stokin dan pakai tshirt lengan panjang dan jubah berpetak2. Kemudian kuselimutkan dia. Sesekali aku gerakkan dia dan bertanya perkembangan dirinya. Mudah2an dia cepat sembuh.

Aku terus mencatat kerana mata ini tak boleh tidur. Kepalaku mula sakit2. Mungkin juga hingus bayi yang meragam kini. Mudah2an ia tidak menjadi. Sembuhkanlah aku dari serangan selsema ini Ya Allah....

No comments:

Post a Comment