Tuesday, November 15, 2011

Sofea oh sofea


Lelaki itu siapa? Di mana ibu sofea? Adakah dia orang suruhan atau seorang bapa tapi tidak mau bertanggungjawab. Dia tinggalkan anak kecil itu seorang diri. Lalu dia dinamakan sofea. Sofea untuk memanggilnya. Dia anak comel dan manis . Belum tau tentang kehidupan. Anak ini diitinggalkan di tepi tandas sebuah pusat membeli belah di Melaka. Sudah seminggu dijaga oleh Jabatan Kebajikan Melaka dan ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah, Seremban.

Media telah menyiarkan berita tentang kanak-kanak malang ini namun sehingga kini tidak ada yang datang untuk menuntutnya. Lelaki itu pun terus hilang. Ibu bapa yang mungkin ada kehilangan anak pun tidak ada yang datang. Lalu siapakah sebenarnya ibu dan ayah sofea? Kenapa tidak ada yang mau mengambil sofea dari JKM?

Mungkin juga lelaki itu sengaja meletakkan sofea di tepi tandas supaya senang orang menemuinya. Memang menyedihkan kanak2 kecil ditinggalkan begitu saja. Mujurlah ada yang prihatin akan kehadiran sofea di situ. Andainya tandas itu jauh dari pandangan orang ramai sudah tentu sofea hingga kini tidak bernama. Kasiannya dia....lalu apakah yang berlaku pada anak kecil itu?

Jika umur panjang dan tidak dituntut sofea akan membesar di rumah asuhan. Dia tidak berayah dan beribu. Malahan keturunan dia pun tidak dapat dijejaki. Adakah sofea akan membesar dengan situasi yang baik?? Harap dia menjadi anak yang baik. Oleh itu semoga JKM akan melaksanakan tindakan sebaiknya untuk kanak2 seperti Sofea.

Memang tidak dinafikan sudah ramai sofea dilahirkan. Sayangnya sofea dilenyapkan dari duniakan. Mereka tidak takut azab Allah swt. Berzina dan membunuh zuriat itu memang amat berdosa besar. Berganda dosanya. Mujurlah sofea ini bertuah kerana ia masih bernafas dan sihat. Dia ditinggalkan dalam keadaaan yang baik dan ditemui oleh orang yang berhati baik. Kini sofea diurus oleh golongan yang baik-baik.

Ciannya kanak2 kecil itu. Sofea oh sofea...

No comments:

Post a Comment