Thursday, November 3, 2011

Kenapa perlu risau dan bimbang?-isu PPSMI


Wajarkah membantah supaya PPSMI diteruskan? Kenapa Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia itu tidak mampu untuk menjadi bahasa ilmu? Adakah rakyat negara ini tidak punya jati diri? Mereka amat takut anak-anak mereka berdepan dengan masalah. Kononnya susah jika bahasa penyampian ditukar masa sekarang. Amboi ! selama ini mereka tidak tau berbahasa Melayu atau berbahasa Malaysia?

Atau memang mereka mahu berbahasa Inggeris supaya nampak klasnya lagi bagus! Sudah lupa diri ke? Mereka berada di bumi Malaysia yang mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Maka, tentunya menjadi tanggungjawab untuk memertabat dan mendaulatkan bahasa Melayu/bahasa Malaysia itu. Orang Jepun, Korea, Paris dan German malahan orang Indonesia tetap bangga dan bahasa mereka. Jati diri mereka cukup kebal. Mereka amat bangga dengan bahasa mereka.

Bila lagi rakyat Malaysia terus bangga dengan bahasa Inggeris. Rasanya hanya dengan melaksanakn mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu tidak akan menjejaskan kemajuan bahasa Inggeris. Kenapa perlu takut tidak fasih berbahasa Inggeris jika usaha diri terus dibuat? Sewajarnya merasa malu dan terhina jika penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia tidak betul.

Kejayaan dan langkah cemerlang di depan memajukan bahasa kebangsaan itu bermula dengan langkah pertama. Peduli apa dengan pendapat orang-orang tertentu itu kerana perjuangan mereka amat terhad. Ada juga mementingkan diri saja atau sekadar menjadi pak turut.

Amat bangga dengan ketegasan TPM yang menekan Kerajaan tidak tunduk ugutan. Syabas!!! Begitu le pemimpin yang berjiwa besar. Pelaksanaan dasar baru itu memang tidak berkait dengan politik. Semua perlu menerima bahawa bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu bahasa kebangsaan negara ini. Sebagai rakyat perlu sedar dan berjuang bersama2 untuk menjadikan ia bahasa yang dihormati dan gagah di mata dunia. Tidak dinafikan amalan demokrasi dipraktikkan tetapi biarlah wajar dan berpada2 serta untuk kepentingan bangsa dan negara. Perlu diingat bukan untuk peribadi dan kehendak emosi semata-mata.

Salam bahasa kebangsaan

No comments:

Post a Comment