Thursday, January 31, 2013

Nenek 60 tahun jual bayi ke penjara

Bila baca artikel di akhbar Harian Metro aku jadi marah dan benci. Aku macam menyampah dengan seorang nenek berusia 60 tahun. Namanya Lim Kian Wan. Kenapa dia sanggup menjual tiga bayi yang berusia lima tahun itu? Dia memang tak berhati perut. Kenapa berlaku demikian? Adakah ini pekerjaan yang paling mudah dan mewah untuk dirinya? Memang salah jika itu yang difikirkannya. Menjual bayi yang tak berdosa. Keuntungannya tentu banyak. Akibatnya dia didenda RM30,000 dan dipenjarakan. Padan le muka dia. Nenek ini mau kehidupan senang dan mewah serta mudah. Tindakannya memperdagangkan bayi adalah untuk mendapatkan kemewahan hidup dan wang ringgit. Mujur le pihak berkuasa berjaya menjejaki dia. Jika tidak dah tentu ramai bayi menjadi mangsa si nenek ini. Sebenarnya nenek ini menghadapi pelbagai penyakit. Selain itu dalam kakinya ada besi kononnya disebabkan kemalangan dua tahun lalu. Dia menyara 11 anak dan 30 cucunya.

Bila nak PRU13 ni?

Adakalanya jadi bosan bila ramai yang tanya pasal bila nak pilihan raya? Aku pun bukannya tau bila PRU13 tu. Asyek2 komen di media PRU13 dalam masa terdekat. Terdekat itu bila le agaknya? Ramai yang ramal ia dibuat sempena cuti sekolah. Ini disbebakan lokasi menghuni akan dilaksanakan di sekolah2 terpilih. Nah tentunya dalam bulan Mac kan? Entah le susah nak cakap. Cepat2 le umum supaya kita ni boleh buat perancangan. Tak seperti menunggu buah tak gugur. Sejak sekian lama dulu biasa le di Malaysia PRU dibuat secara mengejut. Kononnya untuk kepentingan bersama. Malahan jangka masa untuk kempen pun dipendekkan berbanding ketika dulu. Kenapa gitu agaknya? Mungkin juga untuk mengelakkan terlalu lama berkempen. Ia juga demi keselamatan bangsa dan negara. Namun yang pasti ramai yang tak sabar menunggu pilihanraya. Bukan apa, ramai yang mau merancang program terutama jika semasa cuti sekolah. Malahan ada yang telah tempah tiket untuk pegi melancong ke luar negara. Kini tentunya mereka jadi risau, takut cuti tak lulus. Rugi le jadinya nanti. Adalah lebih molek jika PRU13 dirancang dengan baik. Ia lebih baik jika dimaklumkan lebih awal. Dengan itu rakyat lebih bersedia dan boleh merancangkan aktiviti mereka. Pemakluman awal ini berlaku di negara luar seperti sebuah negara itu yang berani mengumumkan pilihanraya pada bulan September nanti.

Wednesday, January 30, 2013

Penduduk Korea Utara makan anak

Memang tak diterima akal. Binatang pun sayangkan anaknya. Tapi yang ini memang gempar dan sedih disebabkan lapar mereka sanggup makan anak sendiri. Ada seorang lelaki dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya. Mana hati perutnya? Hakikatnya itu le yg berlaku di Korea Utara yang membunuh anak untuk dijadikan makanan untuk mengelakkan kelaparan. Ternyata disebabkan tak mampu berlapar sanggup jani pembunuh. Memang kejam, kejam dan kejam!!!!! Jejek dan menjejekkan dengan berlakunya tindakan gila. Ini terbukti apabila seorang nenek menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.
Menurut The Sunday Times masa kini lebih 10,000 ribu rakyat Korea Utara mengalami kebuluran. Kenapa begini jadinya? Ada sumbernya kebuluran berlaku disebabkan oleh kejatuhan pengeluaran makanan di negara itu terutama akibat dilanda musim kemarau. Namun pemimpin negara itu menafikan perkara yang amat memalukan ini. Jadi kenapa para pemimpin tidak bertindak segera untuk kepentingan dan keselamatan rakyatnya itu????

Monday, January 28, 2013

Benarkah Rozita Che Wan nak kahwin?

Macam tak berapa selesa saya dengan gossip artis janda yang cantik ini. Siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan atau Che Ta. Memang suka tengok dia. Cara dia bercakap dengan media pun cantik. Dia memang banyak dikaitkan bercinta dengan lelaki muda. Bercinta memnag tak salah. Namun dia tak pernah mengaku bercinta. Terpulang dengan dia. Namun, bagiku dia seorang yang telus. Bukan apa aku tak mau dia dikeciwa kerana lelaki itu jauh lebih muda dari dia.
Lelaki muda itu ialah Zain. Artis yang boleh dikatakan popular sekarang. Dia pun kacak dan bergaya. Mana taknya, dia darah campuran. Dia begitu berani gitau media mau pinang Rozita hujung tahun ini. Kononnya dia tak mau Rozita dikaitkan dengan gossip liar terutama dengan lelaki. Bagus le jika cam tu!
Namun yang jelas Che Ta takat ni belum bagi kepastian. Macam tak yakin saja dia akan berkahwin dengan lelaki muda itu. Harap2 Che Ta fikir betul2. Masa suka dan cinta memang le seseorang itu semuanya sanggup. Takut2 nanti bila mata dah terbuka luas dan macam2 jenis cinta akan datang, hatinya boleh berubah. Apapun segalanya kerja Tuhan. Che Ta boleh berdoa minta terbaik dari-Nya ye.

Bagai peluru di ketiak

Memang tak kuduga tiba2 saja aku teringat tentang seorang wanita dengan apa yang dimilikinya. Lebih 20 tahun yang lalu berlaku di depan mataku. Aku tinggal sebilik dengan wanita lembut dan cantik ketika kerja luar pejabat ketika itu. Namun tak kusangka dia menyimpan sesuatu di luar jangkaanku. Memang malu jugak untuk disebut tapi kenangan itu harus kukongsikan dengan rakan2 blogku. Aku terkejut apabila terlihat ketiak dia penuh. Mungkin dia suka simpan bulu. Atau lama tak cabut atau cukur. Bagai peluru hitam di ketiaknya. Mataku berpinar2. Macam tak percaya gitu. Aduiii aku jadi malu tapi dia relaks saja masa itu. Hingga kini aku bila teringat macam ada geli dan lucunya. Pernah kongsi cerita ini dengan suami menyebabkan dia ketawa. Aku jadi malu pulak! Nah! betapa perlunya kita membersihkan diri dan menutup aurat walaupun sesama wanita.

Tuesday, January 22, 2013

Gaji statik ada peluang naik 2 - 5 %

Alhamdulilah penjawat awam gaji statik dijangka menikmati kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus. Terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara KSN) di atas usaha murni itu. Terima kasih juga kepada Kerajaan. Mudah2an segala usaha itu terus dalam keberkatan. Betapa murninya hati KSN kerana meminta JPA melihat penjawat awam yang sampai gaji maksimum supaya ada perubahan dalam gaji mereka. Beliau tidak mau mereka yang mencapai prestasi cemerlang, iaitu pencapai 80 peratus ke atas mengalami gaji statik. Impian itu kian cerah nanti apabila Kerajaan bakal mengumumkan kenaikan itu pada bulan depan. Ia bagai satu keajaiban. Semoga menjadi kenyataan secepatnya.

Monday, January 21, 2013

Akhirnya Jozan jadi juara MLM

Tahniah kepada kumpulan Jozan. Akhirnya mereka menjadi juara MLM ke-2 walau pun persembahan kurang menyengat. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000. Tentunya RM250,000 seorang kan?. Sebelum ini Zizan pernah dalam keadaan tertekan kerana beraksi seorang2 sebanyak dua kali. Ada juga menyatakan lawak Zizan tak menjadi tanpa Johan. Namun yang jelas Zizan telah berusaha untuk mambawa Jozan ke final. Ketika musim kesembilan dia seolah kelihatan sebak dan seolah2 menahan tangisan ketika diumumkan Jozan terpilih ke final. Apa pun tahniah juga kepada Johan yang punya semangat jitu dalam perjuangan lawaknya.
Memang peminat Jozan ramai. Sorakan tak henti2 ketika mereka membuat persembahan. Sokongan itu antara faktor kemenangan mereka. Jika diteliti persembahan Jozan tidak begitu menyerlah daya kreativitinya. Mereka banyak menjerit walaupun tidak perlu. Pendekatan idea pun agak mendatar dan kurang kemas. Mungkin mereka kurang latihan. Namun jika rezeki ia tak akan ke mana.
Ketika final MLM itu hampir semua kumpulan membuat persembahan agak baik. Namun begitu masih ternampak beberapa idea yang tidak kemas. Walau bagaimana pun perlu diberi pujian kepada Kumpulan Jambu yang membuat persembahannya juga bermutu. Idea dan mesejnya jelas dan kreatif persembahannya. Mereka cuma bercakap di restrum tapi mesej mereka boleh menyebabkan penonton ketawa. Kelebihan Jambu adalah lontaran suara yang cukup bagus!

Pelajar Martikulasi Arau dijangkiti kencing Tikus

Kesian dan menakutkan berita dari utara tanahair ini yang melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun. Pelajar Martikulasi Arau ini dijangkiti kencing tikus atau leptospirosis selepas mandi manda di pusat rekreasi Gua Kelam, Padang Besar. Dia kini berada di wad biasa di Hospital Tuanku Fauziah sejak 31 Disember 2012 dan kini beransur pulih. Program yang bersuka2 itu akhirnya mendatangkan penyakit yang membahayakan kesihatan pelajar berkenaan. Berita yang tersiar di akhbar UM ini bersumberkan Jabatan Kesihatan Perlis dan telah pun dimaklumkan kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk tindakan berkaitan. Kes ini sebagai pengajaran betapa bahaya kencing tikus itu dalam kehidupan manusia. Oleh itu, untuk keselamatan setiap makanan yang terdedah seperti minuman dalam tin hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum diminum. Makanan yang telah diusik tikus mesti dibuang demi keselamatan. Ini disebabkan tikus selalu menggeledah dan kencing merata-rata ketika mencari makanannya. Bahana kencing tikus ini amat bahaya dan menyebabkan mangsa dalam keadaan kritikal dan boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan cepat dan berkesan. Tikus memang binatang yang pengotor dan membawa penyakit sejak sekian lama.

Friday, January 18, 2013

Benarkah Sofia Jane Nak Jadi Pengarah?

Sofia Jane memang cantik dan jelita. Dengar cerita dia sudah jadi pengarah sebuah filem pendek. Wah bagus le jika macam itu. Sekurang2nya bertambah juga jumlah angka wanita dalam pembikinan filem. Cuma aku tertanya2 tentang pencapaian hasil pengarahan Sofia Jane ini. Hasil lakonan dia pun tidak banyak mana jadi cukupkah pengalaman itu untuk mengarah. Dia terkenal dengan filem kontrovesi Perempuan,Isteri dan .... arahan U-Wei Shaari. Mudah2an dia banyak belajar dari bidang lain lain. Moga arahan Sofia Jane ananti akan mencatat sejarah sendiri.
Andai Sofia Jane terus mengarah filem atau drama,maka ini merupakan tindakan yang amat bagus. Senario ini menunjukkan pengarah wanita ada pelapis. Takat ini dunia pengarahan wanita banyak digerakkan oleh Suhaimi Baba, Erma Fatimah, Fauziah Ahmad Daud, Datin Rosnani Jamil, Yana Shamsudin dan beberpa orang lain. Persaingan hasil tangan Sofia Jane nanti tentu menjadi cabaran kepada pengarah2 lain khususnya pengarah wanita.

Johan dan Zizan dalam MLM malam ini

Malam ini adalah penentuan untuk Jozan sama ada berjaya atau tidak untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega ke-2. Tidak dinafikan peminat Jozan mahu mereka menjadi Juara. Namun, tentunya setiap kumpulan telah melengkapkan diri masing-masing untuk berjuang malam ini. Persembahan lawak terbaik dan berkualiti menjadi harapan. Peminat Jozan semestinya berdebar-debar menunggu persembahan mereka setelah dua minggu Zizan bertarung di pentas seorang2. Dengar2 Johan bersama Zizan demi Jozan dalam MLM malam ini. Nah! apakah lawak mereka akan punya taring malam ini? Apakah Johan akan melontarkan idea2 spontan yang terbaik dan memikat? Mampukah Zizan melayan dan menyambut idea2 itu sehingga peminat dan penonton gelak tak henti2 sambil bersorak? Kita tunggu dan lihat saja le... Pertemuan Johan dan Zizan di pentas MLM malam ini memang ditunggu2 para peminatnya. Mereka tentunya mengharapkan Jozan akan menang musim ini.

Thursday, January 17, 2013

Bila Shaarnaz nak merisik Shila Hamzah

Shaarnaz mau merisik Shila dalam bulan Mac ini. Adakah rancangan itu akan menjadi kenyataan? Tentu ramai yang menanti mereka menjadi raja sehari. Sebenarnya mula2 dulu aku tak berapa ambil kisah tentang cerita cinta Shaarnaz dan Shila Hamzah ini. Sebelum ini,aku selalu baca berita tentang Shila Hamzah berbanding dengan Shaarnaz. Mungkin disebabkan Shila itu anak kepada ND Lala. Ketika dulu aku suka tengok lakonan ND Lala terutama drama Penghujung Rindu. Heroinnya dalam drama itu ialah Liza Abdullah yang terkenal dengan bulu mata palsunya.
Kini aku selesa mengikut kisah cinta mereka. Aku ternanti2 bila agaknya Shaarnaz mau menghantar rombongan keluarganya untuk bertemu dengan jkeluarga Shila. Mudah2an perancangan Shaarnaz untuk menyunting kekasihnya itu akan menjadi kenyataan walaupun terpaksa menempuh dugaan. Dengar2 Shaarnaz memang mau merisik Shila dalam tahun ini walaupun macam kurang lancar sebab bakal bapa mentuanya tidak memberi lampu hijau. Dia mau Shila menumpukan perhatian dalam kerjaya sehingga betul2 berjaya. Memang tujuan itu baik demi masa depan anaknya Shila. Andainya kejayaan itu dapat mencipta suatu sejarah maka, Shila terbukti membina empayar keseniannya. Ia juga kejayaan ND Lala yang bertungkus lumus membawa anak perempuan sulungnya itu ke lapangan sekarang.
Mudah2an impian pasangan kekasih ini untuk mendirikan mahligai akan tercapai. Adalah diharapkan mereka dapat menempuh segala rintangan dengan baik dan berjaya menangani masalah dengan cemerlang. Kedua2nya memang sesuai untuk berumahtangga kerana Shaarnaz pun sudah 28 tahun dan Shila 23 tahun. Didoakan mereka akan diberkati Allah swt untuk meneruskan niat murni itu.

Tuesday, January 15, 2013

Perkampungan orang tua oleh PEWANIS

Betapa teharunya bila membaca sebuah artikal di akhbar Utusan Malaysia tentang perkampungan warga emas bakal diwujudkan. PEWANIS atau Persatuan Wanita Islam Malaysia mencetuskan idea dan usaha yang amat tinggi nilainya. Perkampungan ini menempatkan orang tua terbiar dan disisihkan oleh anak-anak serta keluarga masing-masing. Moga dengan terbinanya perkampungan ini warga yang bersedih akan gembira meniti kehidupan mereka. Selain itu, yang penting semoga ia akan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda supaya lebih menyayangi warga emas. Lebih penting lagi anak-anak sentiasa menghargai dan menyayani ibu bapa sendiri.
Pewujudan perkampungan yang bernilai murni ini bakal dilengkapkan dengan 60 buah rumah di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang individu di Rantau Panjang, Kelantan seluas 1.6 hektar. Selain itu dibina jugak klinik, surau dan perpustakaan. Segalanya itu untuk memudahkan kehidupan seharian golongan warga emas yang menghuni perkampungan yang memang dinanti2kan itu. Ini suatu yang cukup relevan kerana masa kini ramai warga emas yang terbiar, sunyi dan daif kehidupannya tanpa sesiapa di sisi walaupun ada di antaranya mempunyai anak.
PEWANIS begitu memahami ada kalangan warga tua ini senangkan alam sekitar sehingga diwujudkan juga kawasan pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang mereka. Mudah2an usaha murni ini dapat dilaksanakan sesegeranya demi melindungi dan membahagiakan warga emas selagi hayatnya masih ada.

Terkejut tengok Fauziah Latiff

Di awal pagi begini tiba2 aku teringat muka depan majalah URTV yang baru. Memang berhajat mau beli keluaran terbaru itu selepas terbaca iklan di akhbar. Ini disebabkan ada sesuatu di kulit depan URTV itu. Tertawan saya tengok foto putih bersih Fauziah Latiff. Namun apabila aku beli dan depan mataku URTV itu, aku terkejut tengok betapa seksinya bahagian dada artis itu. Terdedah lain macam saja. Mungkin sengaja di buat. Aku belum pernah nampak Gee berfoto seperti itu. Ye mungkin disesuaikan dengan konsep baju pengantin yang jadi penaja.
Ingin dikongsikan aku memang suka dengan URTV sejak zaman sekolah hingga sekarang. Boleh dikatakan URTV adalah majalah pilihanku. Namun tak semua edisi aku beli. Ini disebabkan cerita dan cover majalah itu menyebabkan aku membelinya. Pemilihan dan reka letak foto dalam URTV menarik perhatianku.
Fauziah Latiff atau Gee memang cantik dan manis. Badan masih slim dan nampak dia tidak dimamah usia walaupun anak2nya dah besar. Menurut cerita dalam majalah itu kini dia solo semula dan masih sibuk dengan aktiviti keseniannya termasuk lakonan. Dia juga terkenal dengan sukan berkuda dan scuba. Wah! hebat aktiviti artis yang pernah kahwin dengan TB keturunan kerabat DiRaja Selangor dan Perlis ini. Semasa Gee berada di puncak populariti dia berkahwin dan dia terus dipuja. Kebetulan sokongan mentuanya begitu hebat. Dia juga seorang wanita yang kental, berani dan memang cantik manis. Namun jodohnya tak panjang sehingga tak sempat dilaksanakan majlis persandingan yang dirancang begitu indah sekali.
Gee membujang agak lama jugak. Dia tetap sibuk dengan aktiviti nyanyiannya sehingga dia ketemu jodoh dengan seorang jejaka kaya. Suami bersama keluarganya sering berhari raya di luar negara. Gee juga bernikah di luar negara. Mungkin mereka lebih selesa berada di luar Malaysia. Setelah beberapa tahun kebahagiaan dikecapi akhirnya jodoh Gee sekali lagi berakhir dan kini kembali solo.

Sunday, January 13, 2013

Nyawa bayi terancam tanpa mesin oksigen

Terkedu membaca berita derita seorang bayi. Namanya Hazim yang bergantung hidup dengan mesin oksigen. Mesin itu seolah2 penyambung nyawanya. Ia ditanggalkan ketika si kecil itu dimandikan.Terasa betapa pilu hati ibunya. Hidup bayi yang berusia 18 bulan itu amat mencabar dan dalam bahaya. Dia berdepan dengan maut jika tidak dijaga denga betul. Bayi sekecil itu menghadapi serangan 3 virus. Yang sedihnya salah satu virus itu mengganggu saraf otaknya.
Terbayang2 di mata saya badan bayi itu akan kebiruan jika berenggang walaupun lima (5) minit dengan mesin oksigen. Dia menghadapi masalah paru-paru. Ya Allah besarnya dugaan-Mu untuk sekecil dan ibunya, Siti Noor Anom Naton, 29. Mudah2an mereka dapat menghadapi segala dugaan itu dengan tabah. Menurut cerita ibunya, sejak dalam kandungan lagi Hazim bermasalah kerana didapati saiznya tidak normal iaitu telalu kecil. Disebabkan itu sejak lahir dia didapati menghadapi masalah paru-paru dan mula menggunakan bantuan pernafasan.
Mereka bernasib baik kerana pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) memijamkan mesin oksigen berharga RM6,000.00 selain mesin oksigen mudah alih. Namun Hazim tetap perlukan kemudahan kewangan untuk menanggung kos perubatan.Kata ibunya setiap bulan sebanyak RM1000.00 untuk kos itu sedangkan gaji suaminya cuma RM2,000.00. Alangkah baiknya jika ada yang sudi menghulurkan bantuan. Didoakan semoga dipermudahkan rezeki mereka.

Mungkin Zizan berlawak solo dalam MLM ke-2?

Zizan berjuang seorang2 lagi dalam Program Maharaja Lawak Mega ke-2 malam Jumaat lepas. Tentu dia gemmuruh lagi. Pasangannya, Johan masih dalam rawatan. Mungkin doktor belum benarkan dia bergerak pentas atau aktif. Tahniah untuk Zizan yang tabah meneruskan misi Jozan dalam MLM itu. Namun ternyata Zizan boleh kawal pentas dengan idea lawak yang bagus! Penonton tak kering gusi dengan telatahnya.Dia memang berbakat dan berani berdikari serta sahut cabaran berlawak secara solo.
Mungkinkah Zizan akan berjuang dalam MLM ke-2 nanti tanpa Johan? Bererti dia membuat persembahan solo. Belum dapat dipastikan lagi. Jika berlaku maka betapa beratnya bahu Zizan memikul harapan peminat Jozan.Cabaran Zizan tentunya besar kerana sebelum ini dia berbincang dengan Johan sebelum mengadakan persembahan.
Malam Jumaat baru lepas saya terima jugak sms peminat Jozan. Dia tak puas hati sebab Zizan berlawak seorang2. Katanya boring. Ada juga yang hampa dan sedih sebab Johan tak beraksi di pentas MLM itu. Namun ada juga yang komen cukup terhibur dengan lawak Jozan walaupun Zizan seorang. Nah! berlaku percanggahan pendapat. Apa yang perlu peminat kena terima perubahan yang tak disengajakan itu.
Peminat Jozan memang berharap mereka menjadi juara MLM ke-2. Mereka terus bersorak setiap kali Jozan muncul di pentas walaupun Zizan tanpa Johan. Mudah2an setiap peserta MLM dapat mempersembahkan lawak yang bermutu dan menghiburkan penonton serta memuaskan hati para juri.

Friday, January 11, 2013

Adakah Jozan akan menjadi juara MLM 2

Zizan terpaksa berlawan lawak di pentas seorang2 apabila kawan Johan rehat seketika kerana menjalani pembedaan. Memang Zizan berdebar dan susah hati tentunya kerana biasanya berdua. Namun yang ternyata, dia berjaya melawak secara solo. Cara pemyampaian lawak bersahaja dengan mesej yang jelas. Penggunaan prop yang menarik dan sesuai dengan dirinya. Mungkin semangat Zizan lebih bersemarak kerana program itu dilaksanakan di negeri sendiri. Tambahan pula tepukan dan sokongan peminatnya tetap bergemuruh. Tidak dinafikan juga faktor Zizan yang masih solo antara daya penarik peminat amat meminatinya.
Sehingga kini, Zizan dan Johan atau Jozan masih mengungguli pertandingan realiti Maharaja Lawak Mega Musin ke-2 (MLM 2) itu. Kini telah berlangsung selama lapan minggu. Mereka memang popular dan undian mungkin berdasarkan populariti. Bagaimanapun 70 peratus daripada markah keseluruhan masih diberikan oleh barisan juri tetap. Jadi, mereka perlu berusaha lagi untuk memantapkan lawak yang mesejnya universal dan jelas, cantik penyampaiannya dan persembahan yang berkualiti.
Kedua2 anak muda yang berbakat ini perlu menyiapkan diri dengan idea2 yang lebih mantap dan memikat. Mereka tidak boleh selesa dengan kedudukan sekarang ini kerana kumpulan2 lain pun mempunyai penyokong yang ramai dan sudah tentu mereka berusaha keras untuk membukti lawak mereka bermutu. Tentunya semua peserta menyimpan impian mengadakan persembahan terbaik dan seterusnya juara MLM 2.

Petua lagi

Mari kongsi petua ini: Daun Saderi kekal segar. Daun saderi dibungkus di dalam plastik aluminium dan masukkan ke dala peti ais. Insya Allah daun itu mampu bertahan selama seminggu.
Bawang putih tak melekat Biasanya semasa mencincang bawang putih akan melekat di bahagian mata pisau. Maka, untuk mengelakkan perkara itu berlaku ambil sedikit garam dan taburkan di bahagian mata pisau mahupun di papan pemotong. Insya Allah. SELAMAT MENCUBA.

Thursday, January 10, 2013

Petua potong telur

.
Taukah anda bagaimana memotong telur rebus dengan cantik? Maksudnya tak hancur atau pecah. Mari kita kongsi petua potong telur, iaitu: SEMASA ingin memotong telur rebus, basahkan sedikit pisau bagi memudahkan telur dipotong dan tidak mudah hancur. Selain itu, cuba juga letakkan sedikit minyak masak di mata pisau. Insya Allah potongan telur itu akan cantik. SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, January 9, 2013

Cinta di usia lewat 2

Kunamakan wanita berkulit putih itu Rohani. Dia suka ketawa.Manis wajahnya. Wanita bergaya. Suaranya manja di telefon.Kata2nya lembut. Bunyinya indah saja. Malam tadi dia bercerita lagi tentang lelaki penagih cinta itu. Kunamakan Zaidi. Tak hairan Zaidi terpesona mendengar suara Rohani. Kebetulan selain menghantar mesej sesekali dia menelefon untuk bertanya khabar. Dia sanggup luangkan masa untuk bercerita walaupun sibuk. Maklum le dia bekerja dan punya keluarga. Namun demi cinta dengan Rohani dia sanggup korbankan masa untuk berkongsi cerita. Zaidi pernah menjadi tetamu ALlah di Madinah dan Mekah. Namun ia tak menghalangnya untuk bercinta walaupun cinta itu sebelah tangan saja. Dia sanggup menunggu untuk berterus terang dengan Rohani walaupun bertahun-tahun lamanya. Kini dia berkesempatan berjumpa sambil minum2 dengan buah cinta itu pun dah cukup membahagiakan. Rohani kini seolah2 dalam keadaan yang kurang selesa. Perasaanya agak terganggu dengan wajah Zaidi yang sesekali menerpa dalam ingatannya. Tambahan pula Zaidi kata, dia kononnya boleh melihat Rohani dari jauh. Malahan ada ketikanya Zaidi datang tapi Rohani tak nampak. Dia kononnya ada ilmu yang dibaca sehingga boleh ghaib. Kerana rasa sayang dan cinta kepada Rohani dia sanggup menghantar kadam secara ghaib untuk menjaga Rohani. Betapa peliknya dunia ini. Adakah ini benar atau tidak tak ada siapa yang boleh menjawabnya.

Cinta baru Zul

Entah tiba2 di awal pagi ini menerpa di mindaku. Kisah cinta baru Zul. Hero yang tegap dan hensam ini. Ada saja cerita cintanya tapi tak sepanas dulu. Terus terang saya jarang tengok lakonan Zul. Tapi dia memang berbakat. Zul antara pelapis yang punya auranya sendiri. Sapa kenal dgn zul sebelum bercinta dengan Abby A? Masa mereka teman tapi mesra banyak cerita dia di media. Kadang2 jadi muak jugak sebab asyek2 cerita tentang cinta tapi konon2nya berteka teki saja. Adat le tu kan? Namun ternyata persahabatan itu menyerlahkan zul dalam bidang lakonan. Lagipun dah nama artis memang menjadi buruan. Tak kira cerita kerjaya atau peribadi.
Kini Hero bermata kecil ini hot lagi dengan cinta barunya. Tabik spring untuk Zul kerana kali ini awal dia berterus terang. Ini sebenarnya hero Malaya. Bertuah jugak wanita yang tinggi lampai itu. Wanita itu memang berkelibar dalam bidang seni. Saya pun kenal dia tapi dia tak kenal saya le. Tak pa le saya pun senang hati Zul baik dengan dia sebab dia berpengalaman. Mungkin Zul boleh pergi jauh lagi. Lagipun sama2 bujang. Layan aja le.... Soal usia bukan penghalang jika sudah suka sama suka. Cuma biarlah nanti cinta itu tidak padam bila dewi cinta semakin dimakan usia.

Tuesday, January 8, 2013

Jelita untuk jantan ke?

Apa sudah jadi ni? Ini mesti pengaruh dari luar negara.Apakah benar ini pengaruh fenomena K-Pop? Siapakah yang bersalah? Dalam laporan Harian Metro kalangan lelaki atau jantan sekarang mau juga kelihatan jelita. Amboi semakin teruk keadaan sosial kita? Mereka sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk jadi jelita. Wajah K-Pop gitu. Sebab itu jangan hairan apabila nampak perubahan yang seolah2 menakjubkan sedangkan satu penipuan. Wajah dan diri seseorang jantan itu amat menawan dan sempurna. Kejelitaan yang amat mempesonakan. Sebagai contohnya, ada jantan yang dagu terbelah dan runcing,dan hidung mancung. Kulit muka cerah dan gebu kerana mereka mengambil suntikan vitamin C yang dulunya dipraktikkan oleh wanita sahaja. Seolah2 ada persaingan kan? Entah le dunia... dunia... Selain itu, pengaruh fenomena K-Pop ini juga dipercayai turut menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan terbaru sehingga lelaki terbabit sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapat wajah idaman persis penyanyi dan pelakon Korea. Mereka rela merubahkan wajah dan badan semata2 untuk mencapai impian. Ada kalangannya yang sanggup buat pembedahan menyedut lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk badan menarik bersesuaian dengan bentuk wajah yang diubah. Tindakan ini merubah ketentuan Tuhan. Bagi kalangan beragama Islam, adalah haram mengubah fizikal sudah sempurna.

Himpunan Shamsidar

Tiba ingin berkongsi cerita ini. Aku memang hairan apa tujuan mengadakan Himpunan Shamsidar. Adakah suatu keistimewaan seorang Shamsidar itu? Apakah muslihat mengadakan himpunan berkenaan pada 12 Januari 2013 itu. Kenapa mesti guna nama Shamsidar?Mungkinkah ini satu exploitasi terhadap wanita? Bukankah Shamsidar Taharin itu pernah dikaitkan dalam kes Anwar Ibrahim? Jika benar le dia akan berada di pentas nanti tentu ada imbas kembali tentang hubungannya dengan bekas TPM itu. Memang sehingga kini belum ada bukti jelas akan kebenarannya tapi ramai yang masih ingat tilam diangkat ke mahkamah. Oleh itu, sebagai wanita, ibu, isteri dan seorang beragama Islam tentunya tidak manis dia ketengah dan menonjolkan diri. Setakat ini pun Shamsidar tidak menyertai program2 besar yang dihadiri suaminya, Azmin Ali. Dia terus diam dan kini manis bertudung. Shamsidar tentunya sentiasa bergelora berdepan dengan pelbagai cerita moral. Nah! Jadi kenapa dia sanggup menyertai Himpunan Shamsidar itu? Bukankah lebih baik terus diam dan tumpukan perhatian untuk rumahtangga dan anak2 selain menjadi saksi nanti terhadap kes saman fitnah melibatkan Anwar Ibrahim.

Durian Musang King menawan hati

Dulu durian Musang King belum popular atau belum wujud lagi. Aku memang tak suka dengan durian. Aku tak pernah ambil kisah apa jenis durian. Cuma makan dua ulas pun sudah naik muak. Memang aku bersyukur sebab durian pun antara buah yang mahal. Namun kini agak berbeza aku begitu suka makan durian. Malahan sanggup berbaris semasa program Jom Makan Buah di Putrajaya tempohari. Sayangnya cuma tinggal durian D24 sahaja. Aku memang berhajat musim durian tahun 2012 aku mesti makan Musang King. Musang King tiba2 bermain dalam minda bila saja sebut durian. Aku terus mencari Musang King itu. Impian itu belum jagi kenyataan hingga kini. Sebenarnya aku pun kurang pasti ciri2 dan bentuk Musang King itu. Risau juga jika kena tipu. Kini aku dapat maklumat bahawa durian Mudang King itu berbau wangi, rasa pahit dan manis, isi kuning terang dan tampak licin, biji kecil, kulit berwarna keperangan, durinya lebar dan tumpul, bentuk buahnya seperti kacang,kulitnya agak tebal, harga serendah RM10 -n RM16 sekilo. Musang King juga dikenali juga sebagai Raja Kunyit.