Monday, January 21, 2013

Akhirnya Jozan jadi juara MLM

Tahniah kepada kumpulan Jozan. Akhirnya mereka menjadi juara MLM ke-2 walau pun persembahan kurang menyengat. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000. Tentunya RM250,000 seorang kan?. Sebelum ini Zizan pernah dalam keadaan tertekan kerana beraksi seorang2 sebanyak dua kali. Ada juga menyatakan lawak Zizan tak menjadi tanpa Johan. Namun yang jelas Zizan telah berusaha untuk mambawa Jozan ke final. Ketika musim kesembilan dia seolah kelihatan sebak dan seolah2 menahan tangisan ketika diumumkan Jozan terpilih ke final. Apa pun tahniah juga kepada Johan yang punya semangat jitu dalam perjuangan lawaknya.
Memang peminat Jozan ramai. Sorakan tak henti2 ketika mereka membuat persembahan. Sokongan itu antara faktor kemenangan mereka. Jika diteliti persembahan Jozan tidak begitu menyerlah daya kreativitinya. Mereka banyak menjerit walaupun tidak perlu. Pendekatan idea pun agak mendatar dan kurang kemas. Mungkin mereka kurang latihan. Namun jika rezeki ia tak akan ke mana.
Ketika final MLM itu hampir semua kumpulan membuat persembahan agak baik. Namun begitu masih ternampak beberapa idea yang tidak kemas. Walau bagaimana pun perlu diberi pujian kepada Kumpulan Jambu yang membuat persembahannya juga bermutu. Idea dan mesejnya jelas dan kreatif persembahannya. Mereka cuma bercakap di restrum tapi mesej mereka boleh menyebabkan penonton ketawa. Kelebihan Jambu adalah lontaran suara yang cukup bagus!

No comments:

Post a Comment