Monday, January 21, 2013

Pelajar Martikulasi Arau dijangkiti kencing Tikus

Kesian dan menakutkan berita dari utara tanahair ini yang melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun. Pelajar Martikulasi Arau ini dijangkiti kencing tikus atau leptospirosis selepas mandi manda di pusat rekreasi Gua Kelam, Padang Besar. Dia kini berada di wad biasa di Hospital Tuanku Fauziah sejak 31 Disember 2012 dan kini beransur pulih. Program yang bersuka2 itu akhirnya mendatangkan penyakit yang membahayakan kesihatan pelajar berkenaan. Berita yang tersiar di akhbar UM ini bersumberkan Jabatan Kesihatan Perlis dan telah pun dimaklumkan kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk tindakan berkaitan. Kes ini sebagai pengajaran betapa bahaya kencing tikus itu dalam kehidupan manusia. Oleh itu, untuk keselamatan setiap makanan yang terdedah seperti minuman dalam tin hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum diminum. Makanan yang telah diusik tikus mesti dibuang demi keselamatan. Ini disebabkan tikus selalu menggeledah dan kencing merata-rata ketika mencari makanannya. Bahana kencing tikus ini amat bahaya dan menyebabkan mangsa dalam keadaan kritikal dan boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan cepat dan berkesan. Tikus memang binatang yang pengotor dan membawa penyakit sejak sekian lama.

No comments:

Post a Comment