Thursday, January 31, 2013

Bila nak PRU13 ni?

Adakalanya jadi bosan bila ramai yang tanya pasal bila nak pilihan raya? Aku pun bukannya tau bila PRU13 tu. Asyek2 komen di media PRU13 dalam masa terdekat. Terdekat itu bila le agaknya? Ramai yang ramal ia dibuat sempena cuti sekolah. Ini disbebakan lokasi menghuni akan dilaksanakan di sekolah2 terpilih. Nah tentunya dalam bulan Mac kan? Entah le susah nak cakap. Cepat2 le umum supaya kita ni boleh buat perancangan. Tak seperti menunggu buah tak gugur. Sejak sekian lama dulu biasa le di Malaysia PRU dibuat secara mengejut. Kononnya untuk kepentingan bersama. Malahan jangka masa untuk kempen pun dipendekkan berbanding ketika dulu. Kenapa gitu agaknya? Mungkin juga untuk mengelakkan terlalu lama berkempen. Ia juga demi keselamatan bangsa dan negara. Namun yang pasti ramai yang tak sabar menunggu pilihanraya. Bukan apa, ramai yang mau merancang program terutama jika semasa cuti sekolah. Malahan ada yang telah tempah tiket untuk pegi melancong ke luar negara. Kini tentunya mereka jadi risau, takut cuti tak lulus. Rugi le jadinya nanti. Adalah lebih molek jika PRU13 dirancang dengan baik. Ia lebih baik jika dimaklumkan lebih awal. Dengan itu rakyat lebih bersedia dan boleh merancangkan aktiviti mereka. Pemakluman awal ini berlaku di negara luar seperti sebuah negara itu yang berani mengumumkan pilihanraya pada bulan September nanti.

No comments:

Post a Comment