Wednesday, January 30, 2013

Penduduk Korea Utara makan anak

Memang tak diterima akal. Binatang pun sayangkan anaknya. Tapi yang ini memang gempar dan sedih disebabkan lapar mereka sanggup makan anak sendiri. Ada seorang lelaki dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya. Mana hati perutnya? Hakikatnya itu le yg berlaku di Korea Utara yang membunuh anak untuk dijadikan makanan untuk mengelakkan kelaparan. Ternyata disebabkan tak mampu berlapar sanggup jani pembunuh. Memang kejam, kejam dan kejam!!!!! Jejek dan menjejekkan dengan berlakunya tindakan gila. Ini terbukti apabila seorang nenek menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.
Menurut The Sunday Times masa kini lebih 10,000 ribu rakyat Korea Utara mengalami kebuluran. Kenapa begini jadinya? Ada sumbernya kebuluran berlaku disebabkan oleh kejatuhan pengeluaran makanan di negara itu terutama akibat dilanda musim kemarau. Namun pemimpin negara itu menafikan perkara yang amat memalukan ini. Jadi kenapa para pemimpin tidak bertindak segera untuk kepentingan dan keselamatan rakyatnya itu????

No comments:

Post a Comment