Thursday, January 31, 2013

Nenek 60 tahun jual bayi ke penjara

Bila baca artikel di akhbar Harian Metro aku jadi marah dan benci. Aku macam menyampah dengan seorang nenek berusia 60 tahun. Namanya Lim Kian Wan. Kenapa dia sanggup menjual tiga bayi yang berusia lima tahun itu? Dia memang tak berhati perut. Kenapa berlaku demikian? Adakah ini pekerjaan yang paling mudah dan mewah untuk dirinya? Memang salah jika itu yang difikirkannya. Menjual bayi yang tak berdosa. Keuntungannya tentu banyak. Akibatnya dia didenda RM30,000 dan dipenjarakan. Padan le muka dia. Nenek ini mau kehidupan senang dan mewah serta mudah. Tindakannya memperdagangkan bayi adalah untuk mendapatkan kemewahan hidup dan wang ringgit. Mujur le pihak berkuasa berjaya menjejaki dia. Jika tidak dah tentu ramai bayi menjadi mangsa si nenek ini. Sebenarnya nenek ini menghadapi pelbagai penyakit. Selain itu dalam kakinya ada besi kononnya disebabkan kemalangan dua tahun lalu. Dia menyara 11 anak dan 30 cucunya.

No comments:

Post a Comment