Tuesday, January 8, 2013
Jelita untuk jantan ke?
Apa sudah jadi ni? Ini mesti pengaruh dari luar negara.Apakah benar ini pengaruh fenomena K-Pop? Siapakah yang bersalah? Dalam laporan Harian Metro kalangan lelaki atau jantan sekarang mau juga kelihatan jelita. Amboi semakin teruk keadaan sosial kita? Mereka sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk jadi jelita. Wajah K-Pop gitu.
Sebab itu jangan hairan apabila nampak perubahan yang seolah2 menakjubkan sedangkan satu penipuan. Wajah dan diri seseorang jantan itu amat menawan dan sempurna. Kejelitaan yang amat mempesonakan. Sebagai contohnya, ada jantan yang dagu terbelah dan runcing,dan hidung mancung. Kulit muka cerah dan gebu kerana mereka mengambil suntikan vitamin C yang dulunya dipraktikkan oleh wanita sahaja. Seolah2 ada persaingan kan? Entah le dunia... dunia...
Selain itu, pengaruh fenomena K-Pop ini juga dipercayai turut menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan terbaru sehingga lelaki terbabit sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapat wajah idaman persis penyanyi dan pelakon Korea. Mereka rela merubahkan wajah dan badan semata2 untuk mencapai impian.
Ada kalangannya yang sanggup buat pembedahan menyedut lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk badan menarik bersesuaian dengan bentuk wajah yang diubah. Tindakan ini merubah ketentuan Tuhan. Bagi kalangan beragama Islam, adalah haram mengubah fizikal sudah sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment