Tuesday, January 8, 2013
Himpunan Shamsidar
Tiba ingin berkongsi cerita ini. Aku memang hairan apa tujuan mengadakan Himpunan Shamsidar. Adakah suatu keistimewaan seorang Shamsidar itu? Apakah muslihat mengadakan himpunan berkenaan pada 12 Januari 2013 itu. Kenapa mesti guna nama Shamsidar?Mungkinkah ini satu exploitasi terhadap wanita? Bukankah Shamsidar Taharin itu pernah dikaitkan dalam kes Anwar Ibrahim? Jika benar le dia akan berada di pentas nanti tentu ada imbas kembali tentang hubungannya dengan bekas TPM itu. Memang sehingga kini belum ada bukti jelas akan kebenarannya tapi ramai yang masih ingat tilam diangkat ke mahkamah. Oleh itu, sebagai wanita, ibu, isteri dan seorang beragama Islam tentunya tidak manis dia ketengah dan menonjolkan diri.
Setakat ini pun Shamsidar tidak menyertai program2 besar yang dihadiri suaminya, Azmin Ali. Dia terus diam dan kini manis bertudung. Shamsidar tentunya sentiasa bergelora berdepan dengan pelbagai cerita moral. Nah! Jadi kenapa dia sanggup menyertai Himpunan Shamsidar itu? Bukankah lebih baik terus diam dan tumpukan perhatian untuk rumahtangga dan anak2 selain menjadi saksi nanti terhadap kes saman fitnah melibatkan Anwar Ibrahim.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mana ada himpunan Shamsidar.. yang ada himpunan kebangkitan rakyat.. hehe. hebat utusan & tv3 brainwash kita semua. aku pun tertipu. haha
ReplyDelete