Tuesday, January 8, 2013
Durian Musang King menawan hati
Dulu durian Musang King belum popular atau belum wujud lagi. Aku memang tak suka dengan durian. Aku tak pernah ambil kisah apa jenis durian. Cuma makan dua ulas pun sudah naik muak. Memang aku bersyukur sebab durian pun antara buah yang mahal.
Namun kini agak berbeza aku begitu suka makan durian. Malahan sanggup berbaris semasa program Jom Makan Buah di Putrajaya tempohari. Sayangnya cuma tinggal durian D24 sahaja. Aku memang berhajat musim durian tahun 2012 aku mesti makan Musang King. Musang King tiba2 bermain dalam minda bila saja sebut durian. Aku terus mencari Musang King itu. Impian itu belum jagi kenyataan hingga kini.
Sebenarnya aku pun kurang pasti ciri2 dan bentuk Musang King itu. Risau juga jika kena tipu. Kini aku dapat maklumat bahawa durian Mudang King itu berbau wangi, rasa pahit dan manis, isi kuning terang dan tampak licin, biji kecil, kulit berwarna keperangan, durinya lebar dan tumpul, bentuk buahnya seperti kacang,kulitnya agak tebal, harga serendah RM10 -n RM16 sekilo. Musang King juga dikenali juga sebagai Raja Kunyit.
Labels:
Makanan sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment