Wednesday, January 9, 2013

Cinta di usia lewat 2

Kunamakan wanita berkulit putih itu Rohani. Dia suka ketawa.Manis wajahnya. Wanita bergaya. Suaranya manja di telefon.Kata2nya lembut. Bunyinya indah saja. Malam tadi dia bercerita lagi tentang lelaki penagih cinta itu. Kunamakan Zaidi. Tak hairan Zaidi terpesona mendengar suara Rohani. Kebetulan selain menghantar mesej sesekali dia menelefon untuk bertanya khabar. Dia sanggup luangkan masa untuk bercerita walaupun sibuk. Maklum le dia bekerja dan punya keluarga. Namun demi cinta dengan Rohani dia sanggup korbankan masa untuk berkongsi cerita. Zaidi pernah menjadi tetamu ALlah di Madinah dan Mekah. Namun ia tak menghalangnya untuk bercinta walaupun cinta itu sebelah tangan saja. Dia sanggup menunggu untuk berterus terang dengan Rohani walaupun bertahun-tahun lamanya. Kini dia berkesempatan berjumpa sambil minum2 dengan buah cinta itu pun dah cukup membahagiakan. Rohani kini seolah2 dalam keadaan yang kurang selesa. Perasaanya agak terganggu dengan wajah Zaidi yang sesekali menerpa dalam ingatannya. Tambahan pula Zaidi kata, dia kononnya boleh melihat Rohani dari jauh. Malahan ada ketikanya Zaidi datang tapi Rohani tak nampak. Dia kononnya ada ilmu yang dibaca sehingga boleh ghaib. Kerana rasa sayang dan cinta kepada Rohani dia sanggup menghantar kadam secara ghaib untuk menjaga Rohani. Betapa peliknya dunia ini. Adakah ini benar atau tidak tak ada siapa yang boleh menjawabnya.

No comments:

Post a Comment